💎21💎

5.8K 501 5
                                    

"Kenapa?" Soalku bagai tiada apa yang berlaku. Riak resah di wajah aku sorokkan dengan penuh profesional.

Justin berjalan ke arahku dengan wajah yang penuh tanda tanya. "Hailey, mana awak dapat botol-botol kecil tu?"

"Oh, tak boleh guna ya? Maafkan saya." Balasku naif. Seraya itu, aku mula mengemaskan barang untuk ke kelas yang bakal bermula setengah jam lagi.

Gelengan diberikan Justin. "Bukan. Barang luar dibenarkan sahaja." Ucapnya. "Botol itu kan keluarga Chanson yang punya." Sambungnya sambil menuding ke arah poket kainku.

Aku melepaskan tawa bagi menyembunyikan rasa janggal. "Awak tahu benda ni? Wah, hebat!"

"Yalah, saya dari Perancis, bukan? Lagipun, keluarga itu terkenal. Mana awak dapat? Adakah awak..." Justin meninggalkan ayatnya tergantung bagi menambahkan suspen. Namun begitu, aku langsung tidak berasa gentar.

"Saya dapatlah, senior. Ada orang bagi. Maklumlah, saya kan kaya. Hohoho."

"Semua kat sini kaya lah, Hailey oi."

Alah, potong stimlah Justin ini. Aku baru nak acah-acah hebat sebab menyimpan sesuatu daripada keluarga besar di Ochestra World.

"Okeylah. Saya nak kena pergi kelas ni." Ujarku lalu menggalas beg.

"Nah." Justin berkata seraya mencampakkan sesuatu. Mujur sekali aku dapat menyambutnya.

Kelihatan sebuah lencana terletak di atas tanganku. Uwah, cantiknya!

Ia bewarna biru gelap serta terdapat satu bentuk melodi bewarna emas di atasnya.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal sebelum bertanya. "Apa ni?"

"Pakai. Awak dah lepas ujian tadi. Maaflah saya tutup sebelum awak habis sebab terkejut awak ada harta warisan keluarga Chanson. Kalau awak nak tahu mereka yang sudah tinggi tarafnya di sekolah ini, mereka akan memakai lencana itu." Ulasnya sambil tersenyum manis.

Oh ya, kini baru aku sedar akan sesuatu. Justin turut memakai lencana tersebut dan ia disangkut pada lengan bajunya. Bukan itu sahaja, Faron turut mempunyai lencana tersebut dan disangkut pada kolar baju sekolahnya.

Wow, wow, wow. Itu saja yang mampu aku katakan. Mengapa selama ini aku tidak sedar?

Nampaknya, taraf dan pangkatku telah naik! Aku telah menjadi pelajar elit!

"Yalah sangat elit tu, Hailey. Kami ini berkedudukan istimewa sahaja. Jadi, awak boleh datang ke blok Izili bila-bila sahaja." Justin berkata tiba-tiba sekaligus menyedarkan aku daripada lamunan.

Aik, muka aku ni nampak bangga sangatkah?

"Baiklah. Saya akan ke blok utama dahulu. Au revoir!" Tuturku lalu bergerak keluar daripada bilik latihan tersebut.

Justin hanya tersenyum nipis sambil melihatku keluar dengan lirikan matanya. Namun begitu, mindanya sudah memikirkan pelbagai kemungkinan.

♪♪♪♪♪

Gembiranya aku! Gembiranya aku!

Sungguh aku tidak percaya bahawa aku akan mendapat sesuatu yang sebegini. Pada mulanya, aku ingatkan ianya hanya latihan yang biasa-biasa. Rupa-rupanya ia boleh digunakan untuk menaikkan taraf kita sebagai pelajar di Muzika Melodia.

Aku mencucuknya pada bahagian bawah jalinan nama sekolah yang terletaknya pada bahuku. Jalinan 'MM' itu diserikan lagi dengan lencana yang berbentuk bulat dan berhias sebuah bentuk melodi.

Sewaktu aku sedang berkhayal mengenai lencana itu, aku terserempak pula dengan Mayu, Reuben dan Min Hyuk. Namun, pada ketika itu, Reuben dan Min Hyuk telah melepasi platform dan meninggalkan Mayu di belakang. Mayu yang perasan tentang kehadiranku terus menerpa laju.

"Hailey!! Lama tak jumpa." Ujarnya bersahaja dengan penuh gembira.

Aku ketawa besar. "Lama tak jumpa apa ke bendanya? Kita satu dorm!"

"Alah, pagi tadi awak keluar awal sangat. Tidak sempat untuk bersarapan bersama-sama." Keluhnya sambil mencebik. Alahai, comel sungguh!

Satu cahaya terbias dari bahuku dan perkara itu membuatkan Mayu terpaku. Dia segera menoleh ke arahku dengan wajah teruja. Sejurus itu, dia melompat kecil persis kanak-kanak yang terlihat kartun Disney di alam nyata.

"Lencana Melody Student? Awak dapat?! Mana awak dapat?!" Dia bertanya dengan penuh teruja sekali.

Oh, itukah gelaran kepada pemilik lencana itu? Melody Student?

Sengihan lebar kuberikan kepadanya. Hehe, rasa bangga pula.

"Saya pernah cuba simulasi tu masa awal tahun tapi saya tak pernah lepas. Susah sungguh nak lawan Fairy Courts!" Bising Mayu dengan mata yang terpejam-pejam. Dia kelihatan betul-betul kecewa.

Kemudian, dia menilik lencana yang terdapat di bahuku. Permukaannya yang licin itu diusap-usap dengan penuh kagum.

"Macam mana awak lawan Fairy Courts?" Soalnya ingin tahu.

Aku memberikan senyuman yang penuh muslihat. "Pastilah dengan magis!"

"Saya pun guna magis jugalah, Hailey."

Aku mengangguk pasrah. "Yeah, I know. I know." Jawabku mengalah.

"Hailey!!" Jeritan dari belakangku memberikan kejutan elektrik ke seluruh badan. Mayu yang mendengarnya turut terjerit kecil akibat terkejut.

Alamak, habislah. Mamat tu dah datang.

"Lama tak jumpa. Tak rindu aku?" Soal Ethan sambil bermain dengan rambutku. Helaian rambut yang bewarna ungu terang pada rambutku menjadi sasaran permainannya.

Senyuman janggal Mayu berikan kepadaku. Dia menunjukkan gaya bahawa dia ingin pergi dahulu dan aku hanya mengangguk serta meminta maaf. Mujur dia amatlah memahami.

Setelah kelibat Mayu hilang, aku berpaling ke arah Ethan. Jejaka itu hanya tersenyum manis.

"Nak pergi mana?"

"Nak pergi kelas."

"Lepas kelas, jangan lari daripada aku."

"Ba-baiklah."

"Okey, belajar rajin-rajin ya!"

"Ah... Okey."

Kemudian, dia menarik tanganku dan memberikan kucupan kecil ke atasnya. Selepas itu, dia segera berlari meninggalkan aku dengan seribu tanda tanya.

Apa masalah dia ni?

Oh wait, lupa pula kami sedang ber-'couple'.

Bencinya. Aku ingin hidup tenang tanpa paksaan dan tidak hidup dalam ketakukan.

Frère Keane, tolong saya!

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now