💎31💎

5.3K 446 44
                                    

"So... Kita nak buat lagu apa?" Soal Mayu sambil mengacau teh. Gayanya sangat elegan sehinggakan apabila dia mengangkat cawan, jari kelingkingnya dikeluarkan.

Memang layak dipanggil puteri.

Aku? Nak jadi perempuan Perancis terakhir pun gini-gini, ada pula nak jadi puteri. Macam kelakar kalau bayangkan aku ni anak raja.

Tapi kalau nak cakap berkenaan keturunan kami, macam ada baur-baur bacang dengan keluarga diraja. Aku rasalah sebab ayah bekerja dekat sangat dengan raja atasan.

"Kalau nak cakap pasal lagu, kita kena tanya penyanyi-penyanyi kita dulu. Sebab kita yang akan bawa mereka nanti." Balas Reuben sambil merenung setiap pergerakan Mayu yang tidak biasa dilakukan oleh orang biasa.

Lydia mengangguk faham sebelum memandang Reuben yang duduk di sebelahnya. "Saya tak sabar nak mula! Dapat pula berkumpulan dengan kalian. Awesome!"

Sengihan janggal mereka berikan kepada Lydia. Aku hanya memberikan senyuman manis buatnya.

"Saya dah bosan menunggu. Bila kita nak mula pergerakan ke setiap rumah ahli?" Min Hyuk menyoal secara tiba-tiba.

Aik, dia memang ada dekat sini? Tak perasan pula bila dia senyap je.

"Saya nak ajak kalian ke rumah saya dahulu. Apabila saya menceritakan perkara ini kepada orang tua saya, mereka menjadi excited apabila mendapat tahu saya dapat menyertai Le Musique Concurrence. Melalui komunikasi saya dan Miharu semalam, saya mendapat tahu bahawa kita akan disambut dengan meriah sekali. Haih..." Mayu mengeluh sebelum menyembamkan wajahnya ke atas meja. Malu barangkali.

"Ahaha! Tidak mengapalah, Mayu. Lagipun, musim bunga bakal tiba. Saya dan Hailey teringin untuk melihat bunga Sakura." Tutur Lydia bagi menyedapkan hati Mayu. Gadis Jepun itu mengangkat kepalanya kemudian tersenyum manis.

Aku terus memandang Reuben. Jejaka itu sedang menyembunyikan wajahnya dengan memandang ke luar tingkap sambil membiarkan angin sepoi-sepoi bahasa menampar wajahnya. Apa dia fikir aku tidak nampak wajahnya yang kelihatan sedikit merah itu?

Seperti yang aku pernah cakap pada bab 1, senyuman Mayu mampu mencairkan lelaki.

Lagi pun, aku tengah seronok nak merasa ke Jepun jadi baik aku jangan kacau Reuben. Kalau hilang mood jejaka itu, hilang juga mood si Mayu. Yalah, seperti mana orang yang berkawan. Apabila kawan kita berasa sedih, kita juga akan turut bersedih.

"Saya ada kelas kejap lagi." Ujar Mayu sebelum melihat jam tangannya. "Bila lagi kita nak berbincang sebegini? Setiap orang lain-lain masa ada. Tak bestnya..." Keluhnya lagi.

Reuben segera menoleh ke arah Mayu. "Kelas? Sekarang dah petang, awak. Kelas awak malam ke?"  Soalnya lalu disambuti dengan anggukan sedih daripada Mayu. "Bahayanya! Nanti kelas awak dekat blok dekat mana?" 

"Blok Zariri."

"Uish, jauh tu dari sini. Saya temankanlah nanti."

"Eh, serious?"

"Serious!"

Kemudian, mereka berdua bersorak gembira sambil bertepuk tangan. Aku, Lydia dan Min Hyuk hanya memandang mereka sambil menyisip minuman kami. 

Tu veux juste de l'attention,

Tu ne veux pas de mon cœur,

Tu n'aimes pas l'idée que je n'sois pas avec toi.

Semua tergamam apabila ringtone milik telefon aku tiba-tiba bergema di kafe tersebut. Mujur tiada ramai pelanggan pada ketika itu.

"Lagu Attention Charlie Puth dalam bahasa Perancis ke tu, Hailey?" Tanya Mayu yang terkejut seketika. Aku tersengih mengangguk sebelum mengeluarkan telefon pintarku dari beg cepat-cepat.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now