💎82💎

3.8K 362 31
                                    

Berbasikalnya kami di bandar Strasbourg, Perancis dengan gembira. Dengan suasana yang sedang-sedang sahaja sejuknya, menjadikan bandar ini sedikit sunyi kerana ramai yang berkurung di dalam rumah.

Walaupun kami berbasikal, tidak bermakna ada sembilan basikal di sini. Mayu membonceng  basikal yang dikayuh Reuben manakala Lydia pula sibuk ingin membonceng basikal yang dinaiki Min Hyuk. Banyak kali Min Hyuk menolak permintaan itu tetapi siapa saja yang boleh lawan Lydia yang keras kepala tu?

Aku bawa basikal sendiri memandangkan di sinilah tempat tinggal aku. Sesat pula mereka nanti kalau tiada orang yang perlu menunjukkan jalan.

Kami tinggal di rumah lama kami kerana masih ada pengawal dan pembantu rumah yang tinggal di situ. Jika ayah ada urusan di Perancis, kami sekeluarga bakal tinggal di rumah lama itu buat sementara. Kiranya, aku ada dua tempat tinggal-lah.

"Cantiknya tempat ni." Puji Mayu sambil memegang topinya yang ditiup angin. Reuben yang berada di hadapan sekadar mengangguk setuju.

"Selfie dekat Eiffiel Tower nanti mesti cantik." Tutur Olivia, teruja.

"Ha, itu esok ya. Kita jalan-jalan dekat Paris puas-puas. By the way, esok bangun awal tau sebab perjalanan dari Strasbourg untuk ke Paris mengambil masa empat jam." Justin sempat berpesanan sebelum berlumba kecil bersama Faron di sisinya. Terkekek-kekek mereka ketawa di situ.

Kami mengangguk faham. Banyak gambar nak ambil ni dekat Paris tu. Aku yang dah pernah pergi ni pun, excited semacam.

"Kedai aiskrim!" Talha bersuara tiba-tiba seraya menuding ke arah sebuah kedai. Segera kami semua menoleh serentak ke arah kedai tersebut.

Aku tersenyum kecil lalu berkata. "Jom, saya belanja." 


~~~~~~~~~~


"Est-ce que ça va?" Tanya pembantu rumah yang khas untuk menjaga aku. Matanya terbeliak apabila melihat kami pulang dengan baju yang kotor dengan pelbagai corak dan warna.

"Bien." Balasku malas sebelum menjeling ahli kumpulanku seorang demi seorang.

Kisahnya, aku dah seronok belanja aiskrim. Elok nak makan, mereka jadikan permainan baling-baling aiskrim pula. Fikir elok ke main rezeki?

Senior Talha sahaja yang elok memakirkan basikalnya di tepi penghadang jalan lalu duduk di atas lantai. Sopan sahaja gayanya apabila bersantap. Tatasusilanya amat aku kagumi.

Nak tahu siapa mula dulu? Of course si Faron tu. Lydia tak sengaja tercalit sedikit aiskrimnya ke baju Faron memandangkan terdapat seekor serangga berada pada aiskrimnya itu. Apa lagi, peperangan pun bermula.

Memanglah kami boleh beli aiskrim tu lagi, tapi tolonglah bersyukur dengan apa yang ada. Daripada mereka yang tidak bernasib baik itu?

Oh ya, sejak dua menjak ini kan, ayah sering sibuk dengan pelannya yang baharu. Katanya, dia ingin mencari tempat-tempat yang memerlukan bantuan. Jadi, dia akan cuba sedaya upaya untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.

"Huh?" Kakak bersuara terkejut tatkala menuruni tangga dan terlihat kami sekumpulan yang berdiri kekok di ruang tamu.

"Kakak, it's not like what you think-"

"Pergi mandi sekarang!" Terus sahaja dia meninggikan suara tanpa aku sempat menjawab habis.

Dekat rumah ni, kami ada peraturan masing-masing. Peraturan kakak yang utama adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Oleh itu...

"Okay!" Balas kami serentak lalu lintang-pukang berlari ke bilik sendiri yang telah pun disediakan.


~~~~~~~~~~


"Aiskrim punya hal, kita kena marah. Faron, jangan buat macam tu lagi." Tegurku setelah kami semua berkumpul semula di studio muzik yang sudah tersedia di dalam rumahku ini. 

Faron mencebik kecil seraya melirik ke arah lain. "Alah, bukan selalu." Dia masih tidak mahu mengalah.

Kami semua hanya mampu mengeluh kesal. Ini seorang lagi, keras kepala dia memang tak boleh lawan. Mahu kena tempeleng dengan Fayre kakaknya dahulu baru nak dengar kata kot.

"Saya bagitahu kak Fayre nak?" Ugut aku. Telefon pintar sengaja diangkat tinggi.

Faron memeluk tubuh sebagai jawapan. "Buatlah."

"Serius? Okey."

"Oops, jangan please." Segera Faron merampas telefon pintarku itu. 

Tahu takut dengan kakaknya yang seorang itu! Baru kakak, belum lagi aku panggil emaknya.

"Sudahlah." Talha menegur kami. "Jomlah kita buat benda berfaedah sikit! Study ke? Periksa tak lama lagi." Sambungnya lagi dengan serius.

Kata-kata Lady Beatrix mula terngiang-ngiang di telinga kami. Akibat tidak mahu kejadian itu berlaku dalam masa terdekat, segera kami berpecah bagi mengambil buku masing-masing yang telah pun dibawa.

Dua kumpulan sudah kami bahagikan. Pelajar tahun satu mencipta satu kumpulan sendiri manakala pelajar tahun dua dan tahun tiga membuat kumpulan lain. Jika tidak faham apa yang dipelajari, boleh bertanya pada ahli kumpulan lain.

"Prom night nanti tu, awak nak nyanyi?" Bisik Mayu kepadaku.

Aku membuat gaya berfikir seketika. "Perlu ke?" Tanyaku.

"Perlulah! Suara awak tu macam magis!" Lydia membalas dengan bersemangat. 

Tergelak aku dibuatnya. Menyanyi? Malaslah. Kita bagi peluang dekat orang lain pula.

Sedang kami seronok berbual berbanding belajar, dua orang pembantu rumah hadir bagi menghidangkan minuman dan kudapan ringan buat kami. Secangkir teh karamel buat setiap seorang dan sepinggan biskut sablé.

"Merci beaucoup." Min Hyuk cuba-cuba juga untuk berbahasa asing. Selepas itu, Reuben dan Faron mengajuknya dengan lidah yang terbelit-belit.

Ketawa geli hati aku dan Justin apabila mendengarnya. Okeylah itu, sekurang-kurangnya mereka mahu mencuba.

"Nampaknya, Olivia kena belajar bahasa Perancislah ni." Usik Lydia.

Olivia yang tidak mengerti hanya mengerutkan dahinya. 

"Yalah, macam mana awak nak berkomunikasi dengan keluarga Justin? Tak akanlah nak cakap bahasa Inggeris tak pun bahasa novel." Sambut aku pula.

"Buat apa? Saya bukannya teman wanita Justin." Dalih Olivia garang. Justin yang berada di sebelah pun terkejut sehingga terhinjut sedikit bahunya.

Faron tertawa kuat mendengarkan jawapan seniornya itu. "Hey, kalian berdua ni obviously in love, okay? Ke awak syok sendiri, Olivia?" Dia pula mengusik.

Alamak, Olivia sudah berdiri menghadap Faron dengan mata yang mencerlung marah.

"Sini kau!" Jeritnya lalu mengejar Faron. Dari dulu sampai sekarang, gadis itu sememangnya tidak puas hati dengan Faron. Jejaka itu sering mengacaunya sewaktu persembahan, menjadi ahli kumpulannya tanpa dipinta dan sekarang ini, mengusiknya tanpa rasa hormat? Memang bergaduhlah jawabnya.

Nasib kami sangat-sangatlah baik kerana ayah dan mama tiada di sini. Tinggal kakak sahaja yang menjaga rumah ini agar ada juga ahli keluarga Chanson yang menghuni. Maka, kalau mereka yang buat masalah, aku yang jawab nanti. Jadi, tak apalah.

"Apa yang bising-bising dekat bawah tu?!" Suara kakak bergema dari tingkat atas. Aku rasa, kakak stress kerja ni, tu yang asyik nak marah sahaja.

Olivia dan Faron cepat-cepat kembali duduk di tempat masing-masing.

"Kawan-kawan saya yang bising, kak." Balasku jujur. Darah mula menyerbu wajah mereka yang berkenaan kerana malu.

Kan aku dah kata, aku yang jawab nanti.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now