💎1💎

22.8K 1K 52
                                    

Sekolah Elit Muzika Melodia berdiri teguh di hadapanku. Inikah yang dikatakan sebuah impian telah tercapai?

Walaupun ragu-ragu, aku tetap melangkah masuk. Pagar yang telah aku lalui itu membuatkan aku berasa gembira.

Sekolah ini, benar-benar memberikan aura kegembiraan. Suasana yang ceria. Keadaan yang tiada keresahan jiwa.

Cuma,

Aku risau akan satu benda.

Aku merupakan seorang insan yang memegang banyak bakat dalam memainkan alatan muzik.

Maka dengan itu, apakah yang harus aku pilih?

"Piano."

Aku ucapkan sambil tersenyum. Sebaik sahaja nama tersebut disebut, tanda lahir yang berada pada tanganku yang asalnya berbentuk baton ochestra kini bertukar kepada bentuk piano.

Baru aku sedar yang aku sekarang sedang berdiri di tengah-tengah dataran untuk memasuki bangunan sekolah.

Di manakah meja pendaftaran? Tiada pelajar barukah di sini? Mengapa aku ditinggalkan berseorangan?

Pelbagai soalan menjengah fikiran.

"Oi!!!!"

Kedengaran suara kecil seorang gadis dari belakangku. Terus sahaja aku menoleh kerana jeritan itu umpama sedang memanggilku.

"Sumimasen, saya sesat ni. Awak tahu meja pendaftaran di mana?" Soal gadis itu. Aku mengerutkan dahi.

"Saya pun sesat. Marilah kita cari bersama." Ajakku.

Kami berjalan bersama-sama memasuki bangunan sekolah. Masing-masing kebingungan.

Aku menoleh ke arahnya. "Oh, lupa pula saya untuk perkenalkan diri. Nama saya Hailey Chanso- Ehem, saya Hailey. Tahun 1 pelajar sekolah ini."

Gadis yang berada di sebelahku itu menoleh. "Ha'ahlah, tak perkenalkan diri pula. Baiklah, nama saya Kazue Mayu. Boleh panggil saya Mayu."

"Nihon? (Jepun?)" Aku menyoalnya.

Dia mengangguk gembira. "Haik! (Ya!) Half Japanese." Katanya dengan bersemangat. Aku turut berasa teruja kerana aku amat meminati bahasa Jepun.

"Bonjour! Sesatkah?" Soal seorang jejaka yang baru tiba dengan sebuah kereta yang bertaraf tinggi tepat di hadapan bangunan sekolah.

Alamak, aku terlupa untuk perkenalkan sekolah ini dengan lebih mendalam.

Hanya pelajar tertentu sahaja yang boleh belajar di sekolah ini. Kalian haruslah meminati dan berjaya dalam bidang muzik dan yang paling utama, kalian mestilah,

Kaya.

Itu salah satu kunci untuk memasuki sekolah ini.

Aku? Kayakah?

Pastilah. Keluargaku merupakan salah satu keluarga tersohor di Ochestra World memandangkan kami sekeluarga sangat berbakat dalam bidang muzik.

Tetapi, aku merupakan anak terakhir dalam keluarga tersebut. Maka dengan itu tiada sesiapa yang mengenaliku kerana aku tidak suka menonjolkan diri seperti kakak dan abang.

"Bonjour! Ya, kami sesat. Awak siapa?" Soalku kepada jejaka itu.

Jejaka itu keluar dari keretanya lalu berjalan ke arah kami. "Saya merupakan pelajar tahun 2 di sini dan saya ditugaskan untuk menjadi penunjuk arah kepada pelajar tahun 1."

"Kenapa kalian cakap 'Bonjour' instead of 'Hello'?" Soal Mayu kebingungan.

"Saya half Perancis."

"Saya orang Perancis."

Aku dan jejaka itu menjawab serentak.

"Patutlah saya terasa macam nak cakap 'Bonjour' kat awak. Half French rupanya." Balas jejaka itu lalu ketawa kecil. "By the way, nama saya Justin La Muzika." Sambungnya lagi.

"Saya Hailey. Piano player." Kataku sambil menunjukkan tanda lahir yang berada pada lenganku. Justin tersenyum lalu mengangguk.

Mayu merehatkan tangannya pada bahuku. "Saya Kazue Mayu. Namae? You can call me, Mayu. Saya seorang pemain seruling." Ujarnya sambil menayangkan senyumannya yang mampu mencairkan para jejaka.

Justin mengangguk lagi lalu memulakan bicara. "Baiklah mari ikut saya."

"Mari kita ke kaunter pendaftaran."

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now