💎30💎

5.4K 486 29
                                    

Pecutan laju aku berikan apabila kelas tamat. Swifty Sound tidak aku gunakan kerana hari ini, kelasku berada di dalam blok Teknolia yang mana bangunannya adalah terbesar di Muzika Melodia. Tidak sempat untuk ke kafe biasa kupergi, aku melangkah ke kafe Teknolia.

Dengan harapan tiada sesiapa yang aku kenal hadir ke sini, aku mengambil tempat di hujung sekali. Aku mengeluarkan komputer riba dan Melody Caller bertemankan secawan kopi dan biskut.

Musim panas bakal habis maka musim bunga akan muncul pula pada bulan depan. Andai The Blue Silhoutte akan ke Jepun untuk melawat rumah Mayu pada ketika itu, pasti aku dapat melihat bunga sakura.

Cakap pasal The Blue Silhoutte, aku harap sangat yang cadangan aku diterima agar rumahku menjadi pilihan terakhir untuk dilawat. Sekiranya ditanya mengapa, aku telah mempunyai jawapan yang sesuai.

Sementara aku sedang melayari internet sambil menghirup teh, aku memerhati setiap pelajar yang ada di situ.

Secara tiba-tiba, aku terlihat Talha sedang berbual rancak bersama dua orang sahabatnya dengan gembira sekali sambil berjalan ke arah kafe. Apabila dia tenampak aku, dia mara ke tempat dudukku.

Eh?

"Hai Mayu." Tegurnya.

Aku berdehem seketika sebelum menuding ke arah diriku. "Saya Hailey."

"Ah, okey Hailey." Balasnya semula malu-malu.

Seorang sahabatnya tersengih sebelum meletakkan tangannya ke bahu Talha. "Talha ni pelupa sikit, maaflah ya."

Aku mengangguk faham. Melihatkan keberadaan mereka dan tanda lahir mereka yang jelas di pipi, aku menebak sesuatu.

"Kalian semua pemain kompang ya?"

Talha mengangguk tanda mengiyakan. Di Ochestra World, sudah jelas seseorang pemain kompang pasti mempunyai tanda lahir di tempat yang sama walau bentuknya berbeza-beza.

"Aku Asraf! Dari Indonesia. Senang bertemu denganmu!" Ujar sahabatnya yang masih meletakkan tangannya di atas bahu Talha.

Sejurus itu, aku melihat ke arah seorang lagi sahabatnya itu pula. Dari apa yang aku lihat, dia seorang yang sangat pemalu.

"Sa- Saya... Saya Emran dari Brunei." Katanya perlahan. Aku tertawa lalu memperkenalkan diriku pula.

Di hadapan aku ini, budak-budak Asia yang tinggal di garisan Khatulistiwa. Kasihan pula aku lihat kerana mereka tidak pernah merasakan suasana empat musim. Mujur Muzika Melodia, terletak di suatu pulau asing yang berkongsi tempat dengan negara-negara empat musim.

Maka, bolehlah mereka merasai salji nanti. Eh kejap, mereka ini pelajar tahun dua kan? Pastilah pernah main salji di sini. Aduh, aku ni pun.

"Kawan-kawan saya ni..." Suara Talha menghentikan lamunanku. "...Akan berlawan dengan kita dalam Le Musique Concurrence. Umm, kecuali Asraf." Sambungnya lagi.

"Aku tahulah aku tidak layak! Diam kamu!" Marah Asraf kepada Talha. Berkepul-kepul asap keluar dari telinganya.

Talha dan Emran ketawa bersama sebelum meminta diri untuk membawa Asraf yang sudah mula mengamuk dan ingin mencampak bangku kafe. Aku hanya membalas dengan anggukan kecil sebelum mereka melangkah pergi.

Haih, bosannya. Otakku tidak dapat diproses dengan baik sejak perjumpaanku dengan mama.

Aku hanya ingin berfikir bahawa segalanya adalah satu khayalan. Perjumpaan aku dengan mama bukanlah nyata!

Tetapi melihatkan air mata yang jatuh melalui matanya meyakinkan aku yang pertemuan kami itu adalah satu kebenaran. Sudah lama aku tidak bertemu dengan mama, tidak keruan aku dibuatnya.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now