💎61💎

4.3K 401 22
                                    

Tiga hari berada di Singapura tidak mendatangkan banyak kebaikan kepada kami. Masing-masing lebih banyak melayan perasaan dan mengurung diri. Terutamanya Faron yang membiarkan aku tergantung sepi.

Daripada apa yang aku lihat, hanya Justin dan Olivia sahaja yang banyak memajukan diri dengan duo mereka itu. Mayu juga kadangkala mengikut langkah mereka memandangkan dia seorang yang gemar bermain seruling bersama seorang pemain violin. Seperti yang semua tahu pula, di mana ada Mayu, di situ ada Reuben.

Min Hyuk? Aku tidak tahu ke mana tetapi sering kali dia menghilangkan diri. Apabila dia menghilang, Lydia turut menghilang. Barangkali gadis itu memberi sesi kaunseling kepada jejaka Korea yang seorang itu.

Kini, aku tinggal seorang diri. Merenung nasib yang hujungnya tidak pasti. Hanya purnama yang indah menemani aku malam ini.

"Tengok apa tu?" Justin menegur aku dari belakang. Kemudian, dia mengambil tempat di sebelahku.

Aku tidak menjawab malah mengfokuskan renunganku pada air pancut yang menghiasi taman milik rumah keluarga Lydia ini. Malas mahu diganggu. Itu apa yang aku rasakan sekarang.

"Janganlah macam ni, Hailey. Awak ada sewaktu saya serabut dan sekarang ini, biarlah saya pula yang bantu awak." Ujar Justin lagi dengan lembut sekali. Dia mencabut jaket yang dipakainya lalu diletakkan ke atas bahuku. Dingin malam yang mencengkam tubuh kini kurang aku rasakan.

"Saya..." Tiada apa yang dapat aku luahkan. Sesungguhnya, semua masalahku adalah sulit. Lydia sahaja menjadi pendengar setiaku. Namun, sekarang ini ada yang lebih memerlukan bahunya. Aku boleh jaga diri sendiri.

Pandangan mataku yang terarah pada air pancut itu masih tidak aku alihkan. Mulut ingin berbicara tetapi hati kata jangan. 

Cahaya bulan membiaskan satu sinaran bewarna hijau dari sisiku. Mataku terpejam akibat dipanah cahaya tersebut. Aku terus menoleh ke arah datangnya cahaya tersebut. Kelihatan sebuah cincin zamrud berada dalam pegangan Justin.

Membulat mataku melihat perhiasan yang ditunjukkan di hadapanku itu. Cincin milik organisasi Zamrud!

"Aw- Awak... Awak curi Lydia punya cin- cincin ya? Ha- Hahaha... Saya bagitahu dia nanti kang." Ugutku dengan senyuman yang terketar-ketar. 

"Ha'ah saya curi." Balas Justin bersahaja. Dia tersenyum nipis. "Banyaklah saya nak curi. Kenapa awak tak beritahu yang awak Chanson?!" Soalnya keras tiba-tiba.

Aku tersentak seketika. "Chanson tu apa?" Tanyaku pula.

Ark! Kenapa kau jawab macam tu Hailey? 

"Nak menipu pun agak-agaklah." Justin berkata sebelum ketawa besar. Sempat lagi dia menyimpan cincin tersebut semula ke dalam poketnya.

Dengan penuh dramatik, aku berdiri di hadapannya dengan tangan yang dicekak ke pinggang. "Kenapa awak cakap macam tu? Beri saya sejuta sepuluh alasan yang saya ialah keturunan tersebut!" Jeritku sambil menuding tepat ke batang hidungnya.

"Pertama, awak tiada nama keluarga. Kedua, awak pakai sarung tangan. Ketiga, Perancis ialah destinasi terakhir untuk sesi ziarah menziarahi kita ni. Keempat, rambut awak warna ungu!" Ujar Justin dengan penghabisan yang sedikit kuat. Tangannya mengalihkan tudinganku daripadanya.

"Apa kena mengena pula?!" Ternganga aku mendengar jawapan terakhirnya itu. Kalau dekat dunia ni ada orang warna rambut macam aku, boleh buat camouflage kan?

"Awak fikir saya tak tahu ke yang abang awak datang sekolah masa awal tahun hari tu?" Balas Justin tegas. Riaknya bagaikan ingin marah tetapi tidak.

Aku terdiam memandangnya. Mamat ni gila tahu semua benda!

"Buat pengetahuan awak, saya anak kepada ketua organisasi Zamrud yang sekarang. Anak pertama tau. Err... Memang anak pertama pun sebab saya anak tunggal. Anyways, saya tak pernah tahu pun tentang kewujudan anak terakhir Chanson." Bermulanya bicara Justin mengenai dirinya yang tidak pernah kuketahui selama ini.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now