💎45💎

4.4K 393 5
                                    

"Saya... Lydia? Awak ini pula siapa?" Soal Lydia kepada Ethan dengan wajah yang naif sekali.

Ethan memandang Lydia dengan wajah jelik. Aku rasa, mamat ni tahu siapa Lydia. Maklumlah, organisasi mereka kan bertentangan matlamatnya.

"Aku Ethan, boyfriend Hailey. Ingat tu." Ujar Ethan bersahaja yang mana membuatkan aku memegang mulut menahan muntah.

Geli! Nasib baiklah Lydia tahu tentang aku. Kalau Mayu yang bersama aku, sudah dia percaya bulat-bulat nanti.

"Oh..." Balas Lydia sambil menoleh ke arahku perlahan-lahan. Wajah toya ditayangkannya walhal dalam hatinya, aku rasa dia sedang menyampaikan simpati.

Aku memandang Ethan dan menanyakan sebabnya datang mencari aku. Dia memandangku dengan senyuman dan menjawab. "Tahniah kerana menang! Hebat betul ya kumpulan awak dapat tumpaskan magis kami."

Hanya jelingan tajam aku hadiahkan pada Ethan dan gelengan kecil aku berikan pada Lydia agar tidak berkata apa-apa. Malas aku nak layan. Kalau gaduh dekat sini dan perang mulut, aku tak tahu apa akan jadi.

"Awak balik mana nanti?" 

"Balik Perancislah. Saya nak pergi mana lagi? Awak pula balik mana?" Aku membalas soalan Ethan dengan soalan.

Ethan membuat gaya sedang berfikir. "Saya balik German kot."

"Awak duduk german? Kalau di sana, sebagai golongan bangsawan, mesti awak digelar Herr Ethan kan?" Lydia berkata teruja. Anggukan kecil Ethan berikan kepadanya sebagai jawapan.

"Di sana, mereka panggil saya Herr Roth. My full name is Ethan Roth." Tutur Ethan pada Lydia bagai sahabat lama. 

Aku pula yang risau. Lydia tahu siapa Ethan tapi adakah Ethan tahu siapa Lydia? Mungkin lakonan Lydia yang innocent membuatkan Ethan ragu-ragu akan identiti Lydia sebagai seorang ahli puak zamrud? Biarlah keadaannya begini.

"I thought your name is Ethan Stone." Aku pula menyibuk sekali supaya suasana janggal tak akan muncul. 

"Stone is my mother's surname and Roth is my father's surname. I just like to introduce myself to people as Ethan Stone 'cause I think it sounds better." Balas Ethan lancar apabila aku mula berbahasa Inggeris. Aku dapat melihatnya seronok apabila aku bagaikan ingin berbicara dengannya.

Perbualan kami pada hari itu banyak berkisarkan keluarga Ethan dan dia juga sudi untuk berbual tentangnya. Kalau dia okey, aku okey. Kalau aku okey, Lydia lagilah okey. Seronok bila dengar kisah tentang seseorang secara mendalam. Waktu ini, aku dapat rasakan yang Ethan bukanlah musuhku buat sementara waktu.

Loceng seterusnya membuatkan perbualan kami terhenti. Aku dan Lydia sempat meminta diri bagi ke kelas kami dan meminta izin untuk mengambil tikar. Dia mengangguk bagi memberikan keizinan.

Selepas kami menghilangkan diri, Ethan termenung di situ seorang diri. Kemudian, dia membaringkan diri ke atas rumput sebelum meletakkan tangannya ke atas mata.

"Betul ke apa aku buat ni?" Gumamnya pada diri sendiri.

~~~~~~~~

Habis sahaja kelas pada hari ini, semua pelajar berderu-deru keluar daripada kelas masing-masing. Aku membiarkan semua berjalan keluar terlebih dahulu sehinggalah kelas kosong. Selepas itu, barulah aku melangkah keluar dari kelas dan berjalan tenang.

Balik! Yeay!

"Bonjour." Aku menelefon abangku Keane, di sebuah tempat terpencil. Senang kata, aku sedang menyorok dari pandangan orang ramai.

"Bonjour adikku! Apa khabar? Nak balik dah ke? Abang tak dapat baliklah." Balasnya laju. 

Aku memuncungkan bibir. "Amboi, masa adik kena buli boleh pula datang? Siap pakai pakaian samaran pula sampai adik fikir adik kena culik. Hish, ni yang nak merajuk ni!" Ujarku geram.

"Agak-agaklah abang nak datang ambil kat sana. Rahsia kamu macam mana? Kamu nak semua tahu yang pemain biola terkenal ni abang kamu?" 

"Amboi, perasan pula. Macam tak boleh tutup muka." Marahku padanya. Macam-macam pula alasan dia.

Talian berada di sebelah sana menjadi sunyi. Bunyi pen yang dihentakkan ke atas meja berkali-kali dapat aku dengar. Tengah berfikir kot dia tu.

"Cuba call Henry. Mana tahu dia boleh ambil dekat airport? Dia kan pemandu kegemaran kamu." Dia berkata sebelum tertawa sendiri.

Aku pula tersentak seketika sebelum memetik jari. "Ha'ahlah! Okeylah, sorry ganggu. Au revoir!"

"Okey, bye!" Jawabnya lalu meletakkan panggilan.

Tengok kiri kanan dulu, and then lari laju-laju. Kalau ada orang nampak, menangis tak berlagu pula aku. 

~~~~~~~~

"Flight MM567?"

"Ya."

"Seat D10?"

"Ummm, oui?"

"Très bien! Sama flight, duduk sebelah-sebelah!" Ujar Justin bersemangat dengan tangan yang diangkat ke udara. "Saya harap, kita ke Jepun pun nanti sama-sama." 

Kami sekarang ini berada di dalam bilik kelab yang sudah pun khas menjadi milik kami bersembilan. Di pintu tersebut, terdapat papan tanda yang terukir 'The Blue Silhouette'.

"Kalian tak naik... private jet ke?" Soal Olivia, kelu. Kita kan orang kaya. Kenapa nak naik kapal terbang macam orang biasa?

Talha yang berada di sudut dinding memandang kami yang tersentak dengan soalan Olivia. "Jimat kot. Lagipun, service dia okey. Dah kalau naik kapal terbang dari pulau akademi kita ni, tak ke kaya namanya tu?" Balasnya santai.

"Aip, ke Jepun Hailey tak boleh sama-sama dengan Justin. Saya akan jemput dia sendiri!" Mayu menyibuk sekali dalam perbualan kami. Bersungguh-sungguh dia membuat gaya.

"Nak ikut!!" Lydia menjerit teruja yang mana membuatkan Mayu menggeleng laju. "Awak, saya akan hantar jet lain. Negara lain-lain. Saya tak boleh nak biar satu jet ambil dua orang dari negara yang berlainan." Ujar Mayu sehingga Lydia terangguk-angguk memahami.

Reuben dan Min Hyuk hanya memandang satu sama lain. Malas mahu terlibat sama dalam kekalutan itu. 

"Woi, tak nak balik ke? Semua orang dah gerak. Bilik ni je bising-bising lagi tahu? Dari sana aku boleh dengar tau tak?!" Faron muncul di muka pintu sambil menuding ke sebuah arah yang mana kami tidak ketahui di mana. Kelilingnya pula dipenuhi bagasi yang hanya berwarna gelap kesemuanya.

Apabila kami semua hanya memandangnya tidak berkelip, dia berkata lagi. "Okey, tak mau tak apa. Aku balik dulu. Adios!" Tuturnya sebelum menghempas pintu.

"Weh, tunggu!" Jeritku meninggalkan mereka semua yang turut berhempas-pulas menggalas dan menarik beg.

Je rentre à la maison!

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now