💎3💎

9.3K 718 70
                                    

Kami berjalan menyusuri kelas-kelas yang kosong. Nampaknya, pelajar-pelajar tahun 1 masih dibawa berlayar atau mudah dikenali sebagai melawati kawasan sekolah.

"Wah, bilik apa ni?!" Soal Mayu dan Reuben serentak. Mereka meletakkan tangan mereka pada kaca pintu.

Justin melepaskan tawa kecil. "Itu bilik persiapan alat muzik. Walaupun kita boleh menggunakan magis, namun alatan muzik yang sebenar mestilah diperlukan." Ulasnya.

Mayu dan Reuben saling berpandangan sebelum masing-masing menyengetkan kepala.

"Mereka tak faham." Bisik Min Hyuk kepadaku, perlahan. Aku hanya menganggukkan kepala.

Aku mengamati pemandangan sekeliling. Bangunan ini sungguh besar. Walaupun tertutup, namun pemandangan luar masih dapat dilihat kerana hampir 40 peratus bangunan ini dicipta daripada kaca.

Sedang kami asyik mengahayati keindahan sekolah, sekumpulan pelajar berlalu di hadapan kami.

Aku,

Terkejut.

Sekumpulan pelajar itu memakai uniform yang berlainan daripada kami.

"Justin, baju apa tu? Lain daripada baju kami. Kenapa.... Cantik sangat?" Soalku, kehairanan.

Lupa nak bagitahu. Aku memang tak boleh tahan kalau nampak sesuatu yang cantik dan menarik.

Dalam keluarga, akulah yang paling handal dalam bergaya. Hahaha.

"Mereka pelajar sekolah ini cuma, kelebihan mereka sedikit berlainan." Justin berkata dalam nada misteri.

Mayu dan Reuben mendekatkan wajah mereka kepada Justin. "Apakah ia?" Bisik mereka.

"Mereka tidak memiliki kelebihan untuk memainkan alatan muzik tetapi mereka berbakat dalam bidang nyanyian." Balas Justin sambil tersenyum simpul.

Mayu, Reuben dan Min Hyuk kelihatan terkejut manakala aku pula hanya memaparkan riak wajah tenang.

Menyanyi saja? Biasa saja kot.

Itu yang pasti kalian fikirkan.

Tetapi tidak bagi dunia ini, seseorang yang pandai menyanyi amatlah disanjungi kerana kemerduan suara mempunyai tahap yang tersendiri. Maka, sangatlah jarang untuk bertemu dengan seseorang yang pandai menyanyi.

Aku? Pandai menyanyi tak?

Mari lihat tanda lahir yang berada di tanganku. Ia bertukar kepada sebuah melodi muzik. Hebat bukan?

Ya, aku juga pandai menyanyi.

Senyum sikit, guys. Tengah bangga ni.

"Hailey, apa yang awak buat seorang-seorang di situ? Kenapa tanda lahir awak bercahaya?" Soal Reuben. Aku menoleh ke arahnya dan sedar bahawa aku telah ketinggalan.

"Tak ada apa-apa." Laungku lalu berlari ke arah mereka.

>>>>>

"Baiklah Hailey. Ini kelas kamu." Ujar Justin lalu menyuruhku memasuki kelas tersebut.

Aku melangkah masuk. Oh, baru tiga orang sahaja yang sudah tiba.

"Hello!" Kataku, ramah.

"Sawadikarp!" Balas seorang lelaki yang berpakaian tradisional.

Macam tak percaya pula yang alat muziknya ialah piano.

"Ni hao!" Ujar seorang gadis yang mempunyai rambut hitam bersinar. Senyuman yang sangat manis diberikannya.

"Czesc!" Balas seorang jejaka pula. Anggapku, dia warganegara Poland . Wah, dia sungguh kacak!

Aku mengambil tempat yang berada di bahagian tengah lalu berpaling ke belakang bagi melihat ketiga-tiga pelajar yang duduk berasingan itu.

"Bonjour! Saya Hailey. Kalian?" Soalku, sedikit gementar. Sebenarnya, aku tidaklah seramah ini.

"Saya Ko Ying Juan." Balas gadis yang berbangsa cina itu.

"Saya Józef. Miło mi cię poznać (Selamat berkenalan)." Balas jejaka yang berbangsa Poland itu pula.

Aku hanya mengangguk mendengarkan sebutan bahasa yang tidak kufahami itu.

"Pom chu Arthit karp (Nama saya Arthit)." Kata jejaka yang berbangsa Thailand itu sambil memberikan senyuman manis kepadaku.

Aduhai, kenapalah aku dapat kawan-kawan kelas yang berbangsa lain-lain ini?

Mana pelajar yang lain?!

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now