💎84💎

3.6K 354 15
                                    

Tiada lagi daun yang gugur di Music Autumn kerana musim sejuk bersalji telah pun tiba. Dedaun luruh yang membanjiri lantai sudah pun dibersihkan oleh petugas yang bertugas. Kini, duduknya kami sekumpulan sambil memegang sehelai kertas.

Imbas semula.

"Siapa tak dapat top 20, kena buang dari group."

"Itu ganas sangatlah, Olivia."

"So, awak nak apa Justin?"

"Apa kata, siapa yang tak dapat top 20 kena pakai pakaian yang berlawanan jantina sewaktu party akhir tahun nanti?" Saran Justin dengan sengihan.

Talha segera menggeleng laju dan membuat bentuk 'X' menggunakan tangannya yang disilangkan. "Saya tak setuju dan perkara itu haram."

"Haih, habistu?" Semua sudah mengalah dengan pertandingan yang tidak rasmi ini. "Tuan puteri, awak ada cadangan?" Soal Lydia pada aku.

Aku berdiam diri seketika dan membiarkan mindaku ligat berfikir. Tidak lama kemudian, satu idea bernas muncul dalam fikiranku.

"Apa kata kita...."

Tamat imbasan semula.

"Saya tak nak buat lawak atas pentas! Saya dahlah tak pandai melawak!" Mayu sudah seperti ingin menangis.

Reuben menoleh pantas ke arah teman wanitanya itu. "Kenapa? Awak tak dapat top 20 ke?" Soalnya risau.

"Manalah saya tahu! Saya tak tengok lagi." Balas Mayu sambil mengelap air mata yang sedikit lagi bakal mencurah keluar. Reuben mengeluh lega kerana perkara yang dirisaukan belum berlaku lagi.

Kami semua berdiam diri seraya merenung satu sama lain. Tangan yang memegang kertas sudah mula bergerak-gerak.

"Satu, dua, tiga!" 

Sebaik sahaja Justin menghabiskan kiraannya, kertas yang dipegang kami itu dipusingkan ke arah kami. Sebenarnya, tiada seorang pun daripada kami yang sempat melihat keputusan sendiri memandangkan semuanya tergesa-gesa menuju ke Music Autumn.

"Alhamdulillah. Aku top ten." Talha bersuara terlebih dahulu. Jelas kelegaan terserlah pada wajahnya.

"Oho, top five." Tutur Justin sambil tersenyum senget. Talha mengerling tajam ke arah Justin kerana gaya percakapan Justin itu seperti ingin mengejeknya yang kebetulannya sama umur.

Olivia menggigit bibir seraya melirik takut ke arah kami yang memandangnya. "Fuh, saya dapat nombor 9." Ujarnya perlahan. Sungguh, dia agak bersyukur oleh sebab dia seorang sahaja pelajar tahun tiga di sini.

"Nombor empat, yes!" Kata-kata Lydia itu membuatkan kami semua terkejut. Gadis ini, biar betul?

"Betul?!" Tanya Faron, tidak percaya.

Lydia mencebik geram. "Yalah! Awak fikir saya ni siapa, ha? Jangan pandang rendah terhadap saya, ya. Sila ambil iktibar." Nasihatnya, acah sombong sedikit.

"Saya dapat... Nombor dua... Belas."  Min Hyuk pula memberitahu keputusannya. Dia tertunduk malu kerana tidak mendapat top ten seperti yang lain.

"Hey, saya nombor tiga belas!" Reuben cuba menceriakan Min Hyuk dengan menjerit keputusannya kuat-kuat. Tidak lama selepas itu, dia jadi malu sendiri tatkala kami sekadar memandangnya kosong.

Keluhan kecil Mayu berikan sebelum tersenyum kecil. "Nasib baik saya tak perlu buat lawak. Saya dapat nombor 10." Katanya riang. Kertas yang mengandungi keputusannya itu dilemparkan ke udara.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now