💎44💎

4.6K 366 19
                                    

Cuti yang kian hadir membuatkan setiap penghuni Muzika Melodia tertunggu-tunggu untuk pulang ke tanah air masing-masing. Bagi kami yang tercalon untuk ke Le Musique Concurrence, harus bersedia untuk menziarahi rumah ahli pada cuti minggu kedua.

"Darya, okaerinasai (selamat pulang)!" Ucap Mayu apabila Darya muncul di pintu dorm bersama beberapa bagasi miliknya.

"Spasibo (terima kasih)." Balas Darya yang sedang berusaha menarik segala beg pakaiannya. Aku segera beralih dari katil lalu membantunya.

Sambil mengemas barang-barangnya, aku sempat menyoal. "Macam mana bertukar tempat dengan Lydia? Okey?"

Darya tersenyum nipis sebelum menjawab soalanku. "Bolehlah. Budak-budak bilik dia sama bising je macam dia. Pening saya."

Aku hanya membalas dengan tawa. Kalau sebilik dengan Lydia pun dah pening, inikan pula sebilik dengan empat orang yang macam Lydia? Fuh, kita yang introvert pun boleh jadi extrovert.

"Okey, saya sudah siap! Saya akan ke kelas sekarang. Jumpa nanti semua." Ujar Mayu kepada kami sebelum melangkah keluar dengan gembira sekali.

Mana tak gembiranya? Le Musique Concurrence kami dah menang, lepas tu Reuben pula ajak dia keluar makan sama-sama. Sebenarnya, Reuben ajak aku dan Min Hyuk sekali. Tapi Min Hyuk ada hal dan aku pula ada misi melepak bersama Lydia.

"Okeylah Darya, barang awak sudah saya kemas. Jadi, saya nak keluar dulu. Bye!" Aku berkata mesra lalu menepuk bahu Darya perlahan dan melangkah keluar.

Hanya anggukan yang diberikan Darya kepadaku.

~~~~~~~

Matahari terik di atas kepala. Walaupun begitu, taman yang sentiasa menjadi tempatku ini amat redup kerana dipenuhi pohon-pohon yang rendang. Untuk duduk di sini lama-lama, boleh. Tapi kena tahan sikit sekiranya ada ulat pokok yang jatuh tiba-tiba atas kepala.

Ceh, gurau je.

Tapi serius, aku pernah kena dulu.

"Hailey, awak nak tahu sesuatu tak?" Tanya Lydia sebagai pembuka acara melepak kami. 

Aku panggil lepak. Padahal aku tengah pegang buku mata pelajaran sejarah.

"Apa dia?" Jawabku walaupun tidak memandangnya yang sedang meniarap di atas bentangan tikar yang kami bentangkan di atas rumput.

Lydia tersenyum apabila melihat aku yang dari tadinya memandang buku kini mencuri memandangnya sekali-sekala. Dia meletakkan buku ke tepi lalu menongkat dagu.

"Awak tahu tak yang puak Zamrud ini, ada di mana-mana?"

"Yang saya tahu, awak seorang je yang suka jalan merata-rata. So saya nampaklah awak di mana-mana." Balasku acuh tak acuh.

Dia menepuk dahinya kuat. "Aish, mengarut jelah awak ni. Sebanyak mana pun orang kami, orang Lilac ada lebih lagi. Dekat sekolah ni pun, dah berapa orang."

Terbuntang mataku mendengarnya. Ada berapa orang? Kalau ramai, tak ke mampus kalau semua tu tahu yang aku ni Chanson?

"Berapa orang?!" Terjerit aku di situ. Lydia yang tadinya sedang sedap-sedap tergolek di atas tikar, terus terduduk akibat terkejut.

"Apa awak ni jerit-jerit?! Terkejut saya!" Marahnya sambil mengusap dada. 

"Dah tu, awak yang terkejutkan saya dulu." 

Dia memandangku sekilas lalu mengeluh perlahan. "Jangan terkejut sangatlah awak. Sikit je. Tak sampai lima orang pun. Sebab tu, saya bernasib baik dapat satu kumpulan dengan awak supaya dapat lindungi awak dari dekat!" Katanya tegas.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now