💎56💎

4K 397 31
                                    

Bagasi-bagasi milik kami yang pelbagai warna disusun ke tepi kerusi. Lapangan terbang antarabangsa Incheon yang besar itu dibanjiri pelancong dan penduduk tempatan. Termasuklah kami, yang sedang melangut menunggu ketibaan pemandu Min Hyuk.

"Kita naik teksi sajalah." Saran Talha yang sudah mula kebosanan. Mulutnya mengunyah kismis yang sentiasa dibawanya. Faron pula menyibuk di sebelah bersantap sekali.

"Maaflah, pemandu saya tu, dia selalu lambat." Min Hyuk membalas sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sungguh dia berasa malu dengan pemandunya sendiri.

"Awak pecat saja dia." Olivia berkata sambil berpeluk tubuh. Matanya dipejam geram.

Min Hyuk hanya mendiamkan diri. Dia mengeluh perlahan.

Tap! Tap! Tap!

Telingaku menangkap bunyi seseorang sedang berlari. Apabila aku menoleh, kelihatan seorang lelaki melangkah ke arah kami dengan tergesa-gesa.

"Min Hyuk." Panggilku. Setelah aku dapat mendapat perhatiannya, aku menuding ke belakang. "Itu ke pemandu awak?"

Mendengarkan soalanku itu, semua berpaling ke belakang. Tersengih-sengih lelaki itu memandang kami yang sudah lama menunggunya. Rambutnya yang disembunyikan di sebalik topi dibetul-betulkan.

"Handsome." Bisik Lydia pada aku. Dah namanya orang Korea, semua nampak kacak kan?

Min Hyuk melirik ke arah Lydia. "Handsome apa? Itu perempuanlah." Tegurnya.

Kami semua tersentak. Oh, perempuan rupanya.

"Pemandu awak seorang perempuan?!" Tanya Reuben terkejut. Dia ternganga apabila Min Hyuk mengangguk.

"Annyeonghaseyo, nama saya Do Chin Sun. Keluarga saya telah berkhidmat dengan keluarga Ahn buat sedekad lama. Saya ni anak tunggal keluarga saya dan dilahirkan sebagai seorang perempuan. Mahu tidak mahu, saya, terpaksa." Ujar Chin Sun diakhiri dengan keluhan. 

"Tapi, saya suka kerja saya. Walaupun keluarga Ahn memberi saya peluang untuk mencari kerja lain, saya tetap akan meneruskan legasi keluarga saya."  Sambungnya lagi, bersemangat. 

Kami memandang Chin Sun, kemudian memandang Min Hyuk. Berkali-kali kami lakukannya sehinggalah Justin berdehem perlahan.

"Jadi, kita nak pergi ke..." Justin membiarkan ayatnya tergantung.

Kami terus sahaja bangkit dan mengemas barang. Yalah, sudah lama berada di situ tetapi menghabiskan masa dengan mendengar kisah orang pula. Chin Sun bergegas membawa kami ke keretanya.


~~~~~~~~


"Please, saya nak pergi Myeongdong!" Olivia membidas garang. Dia berpeluk tubuh membelakangi kami. Rambutnya yang beralun itu membilas angin.

"Saya nak ke Dongdaemun. Situ banyak mall dan pelbagai kedai." Mayu pula bersuara di situ. Kakinya dihentakkan ke lantai berkali-kali.

"Setuju! Barang-barang fesyen dan fabric di sana semua latest trend, tahu?" Aku tidak kurang juga terlibat sama. 

Lydia hanya memandang kerenah kami dari atas sofa. Mulutnya mengunyah popcorn yang dia dapati entah dari mana.

"Ladies." Suara Justin muncul dari arah tangga. Dia berdiri di kaki tangga bersama dengan dua orang 'bodyguard' di belakang iaitu Faron dan Reuben. Mereka berdua siap berpeluk tubuh penuh gaya. Min Hyuk yang berada di atas pula hanya menggeleng kesal.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now