💎22💎

6K 474 4
                                    

Aku bangkit daripada tempat dudukku dan segera berlari menuruni tangga. Sebaik sahaja tiba giliran aku untuk menghantar kertas kerja, aku segera menghulurkannya kepada Tuan Robert.

Tuan Robert menelitinya satu persatu sebelum tersenyum puas. "Saya sukalah dengan hasil kerja awak, miss Hailey. Sentiasa teratur dan kemas. Baiklah, awak boleh keluar sekarang." Balasnya.

Aku mengangguk faham lalu berlalu meninggalkan meja guru. Audrey yang beratur di belakangku memberikan kertas kerjanya kepada Tuan Robert sambil memandangku dengan wajah yang geram. Ainsley yang berdiri di belakangnya pula hanya tersenyum kekok.

Dengan senyuman yang terukir di bibir, aku berjalan pantas ke pintu kelas.

Apakah perasaan ini? Mengapakah aku berasa begitu gembira? Adakah kerana... Ethan mengajakku keluar bersama?

Ugh, rasa geli pula.

Perlahan-lahan, aku menarik pintu kelas itu lalu terlihatlah seorang jejaka berambut perang menyandarkan dirinya ke dinding sambil bermain dengan telefon pintarnya. Tidak sangka, dia menunggu aku!

Situasi yang aku rasakan ini seperti biasa pula kerana Ethan juga sering diintip oleh gadis-gadis tidak kurang seperti Faron. Tidak kira jauh atau dekat, renungan mereka pasti akan dia terima.

"Ah, Hailey!" Suara Ethan yang menyapa menghentikan lamunanku. Dia berlari-lari anak.

Aku hanya tersenyum kekok. "Haha, hai!" Balasku tidak ikhlas.

Tanpa segan silu, dia segera menarik tanganku dan aku turut ikut berlari bersamanya. Sungguh, wajahnya kelihatan amat gembira.

"Eh, eh! Kita nak pergi mana?"

♪♪♪♪♪

Di Blok Izili...

"Asyik kena grouping dengan awak je. Kalau bukan kerana cadangan awak, tak ada benda ini jadi. Bosanlah!" Ujar Olivia sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik Puan Ariana.

Faron menyatukan tapak tangannya seraya berjalan beriringan dengan Olivia. "Paitine (Maaf)!" Pohonnya dengan bahasa ibundanya, Latin.

"Aku mana tahu yang Miss Ariana akan terima cadangan aku! Lagi pun, ini tahun terakhir kau." Balas Faron sambil berpeluk tubuh.

Keluhan kecil Olivia lepaskan sebelum menggeleng perlahan. "Saya memang ada bagi nama dekat cikgu untuk masuk Le Musique Concurrence. Tapi tak sangka pula, saya satu group dengan awak. Sudahlah suka kacau saya, lepas tu tiba-tiba satu group dengan saya. Ugh!" Luahnya tanpa sedar.

Faron hanya tersengih janggal. Apa kena dengan senior dia ini?

"Le Musique Concurrence tu apa?"

Pak! Olivia menepuk dahinya.

"Ia merupakan satu pertandingan terbesar di Ochestra World yang mana bakal mengambil tempat di pentas muzik terbesar di Amerika Syarikat. Setiap sekolah muzik yang berpestij tinggi pasti akan terlibat. Selain itu, satu kumpulan dari setiap sekolah sahaja yang dapat masuk." Terangnya panjang lebar.

Faron mengangguk kecil. "Bermakna, setiap tahun akan ada pertandingan di Muzika Melodia untuk mencari kumpulan terbaik? Wooh, this is madness!"

"Sudah dua tahun saya masuk, kumpulan saya tidak pernah menang walau berjaya ke Amerika Syarikat. Oleh itu, saya harap kita dapat pemain muzik yang handal! Jangan 'The Detector' salah pilih sudahlah!" Tutur Olivia dengan bersemangat walau nadanya bagaikan orang yang putus harapan.

Kerutan jelas kelihatan pada dahi Faron. Dia berasa hairan, mengapakah Muzika Melodia tidak pernah menang?

"Sabotajkah?" Gumamnya. Sekolah terbaik tidak pernah menang? Sudahlah nama pertandingan tersebut daripada bahasa Perancis manakala tempatnya pula di Amerika Syarikat. Bertambah-tambah pelik jadinya.

Faron dan Olivia hanya melangkah sambil melayan perasaan masing-masing. Suasana antara mereka begitu sepi.

Sehinggalah, satu suara memecah kesunyian.

"Ethan, awak nak bawa saya pergi mana ni?" Soalku yang ditarik pantas ke arah sebuah taman bunga.

Ethan tersenyum manis. "Tada!" Laungnya sambil mendepakan tangan ke arah sebuah pohon Sakura yang cantik bunganya.

Mataku bagaikan terkena dengan satu sinaran merah jambu yang berkilau. "Cantik." Ucapku riang tanda teruja.

Kemudian, Ethan menarik tanganku semula dengan lembut dan mula membawaku bersiar-siar.

Dari kejauhan (tingkat lima blok Izili), kelihatan seorang gadis memandang kedua-dua pelajar itu dengan penuh hairan.

"Ethan? Ethan!" Laung Olivia dari atas lalu segera berlari ke tingkat bawah menggunakan tangga dengan pantas sekali.

Ethan segera menoleh lalu terlihat Olivia yang sedang berlari laju. "Eh, Olivia!!"

"Ethan." Kata Olivia lalu memperlahankan lariannya. Dia berhenti di hadapan Ethan lalu menunjukkan sehelai kertas.

"Wah, awak dapat masuk Le Musique Concurrence?! Tahniah!!"

"Aiyo, belum pasti lagi. Saya masih ada beberapa kumpulan yang harus saya lawan!"

Aku segera menghela nafas lega apabila Ethan melepaskan tanganku dan sibuk berbual dengan Olivia. Kain sekolahku, aku tepuk bagi menghilangkan debuan bunga yang bertaburan.

"Hailey?"

Suara itu... Macam kenal sahaja?

Oh, tidak!!

"Hailey!" Suara bisikan itu semakin kuat.

"Apa?!" Aku membisik semula lalu berpaling. Wajah Faron hanya beberapa inci sahaja dariku.

Kedua-dua tanganku memegang bahunya lalu menolaknya perlahan. Wajahku pula dipalingkan ke arah lain dengan mata yang dipejamkan. Itulah yang dipanggil sebagai tindakan refleks.

"Buat apa dekat sini?" Soal Faron.

"Jalan-jalan. Dengan Ethan."

"Kau? Dengan dia?"

Aduhai, pleaselah Faron. Taste aku lebih tinggi kay. Kalaulah kau tahu siapa si Ethan tu memang aku dah minta tolong kau!

"Haha... Ha." Aku memberikan tawa menyerah kalah. Mataku diarahkan ke tempat lain. Faron pula hanya melihatku dengan penuh hairan.

"Oh ya, Hailey. Ikut aku jap."




Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now