💎25💎

5.7K 445 9
                                    

"Quoi?"

Aku sedang duduk di hadapan tiga orang sahabatku dengan selimut yang diletakkan di bahu serta terdapat secawan hot chocolate di hadapanku. Sepinggan marshmallow turut disediakan.

"Min Hyuk kata awak sedih! Ja (jadi)... Saya arahkan dia bawa awak ke sini, The Green's Cafe!" Balas Mayu dengan gembira sekali. Dia mendepakan tangannya luas bagi memperkenalkan kafe yang comel tersebut. Di bahagian kami, tiada satu pelanggan yang kelihatan.

Aku memandang Reuben yang hanya tersenyum kecil sambil menghirup kopinya. Kemudian, dia melihatku lalu tersedar.

"Oh, ini kafe milik keluarga saya. Saya lupa nak bagitahu yang tempat ni dekat dengan akademi kita. Kalau tidak, boleh kita lepak dari awal." Reuben berkata seperti tahu sahaja apa maksud pandanganku itu.

Hmm, tidak kusangka sahabat-sahabat yang baru kukenal tahun ini sangat baik hati. Uhuk, aku nak nangis.

Secara tiba-tiba sesuatu yang hangat jatuh ke pipi. Eh, aku betul-betul menangis?

"Hailey-chan, Daijoubu desuka?" Soal Mayu risau lalu mula berdiri dan duduk disisiku.

Aku segera menyeka air mata. Alamak, malunya!

"Relax, tak ada sesiapa di sini pun. Luahkan ajelah. Kami setia mendengar." Ujar Reuben mesra.

"Tapi, aku ada kat sini." Satu suara menyahut dari bahagian hujung kafe.

Reuben membuat roll eyes sebelum memandang pemilik suara tersebut. "Saya tahulah bang. Nak saya halau ke?"

"Oh, tak, tak. Aku... nak pindah tempat. Bye." Tutur Talha sebelum mengangkat sepinggan kek strawberry dan secawan teh lalu menghilangkan diri di sebalik dinding. Kedengaran derapan tapak kaki menuruni tangga ke tingkat bawah.

Oh, lupa nak cakap, kafe ni ada dua tingkat. Tempatnya agak terpencil tetapi di dalamnya sungguh menawan hati. Di dalamnya, bunga-bunya dan daun-daun menjadi penghias dinding. Warna hijau laut menjadi santapan mata apabila memasuki kafe ini.

Tingkap yang berupa english style sangat memaut pandangan. Kerusi bewarna putih dan meja yang bewarna hijau cair menjadi tempat duduk pelanggan. Makanan ringan pelbagai aneka yang disediakan boleh kecur dibuatnya. Rata-rata pelanggannya ialah pelajar sekolah dan universiti.

Jadi, bayangkanlah!

"Hailey? Hailey? Mengelamun sendiri lagi ke?" Soal Mayu seraya menepuk tanganku lembut. Alahai, baru nak monolog diri.

Aku menghela nafas lalu merenung mereka seorang demi seorang. Hendak buka mulut atau tidak? Lakukan sahajalah!

"Begini ceritanya..." Aku memulakan kisah.

"Saya... cuma penat saja. Dicemuh sana-sini disebabkan hubungan saya dengan Faron yang secara tiba-tiba. Kami sahabat! Tiada benda lain."

Mayu menyengetkan kepalanya. "Sahabat?"

"Ya. Baru saja jadi sahabat sebab saya dah tak nak bergaduh. Nanti kena baling tomato lagi." Balasku lalu ketawa kecil dan kemudian menyambung. "Selepas itu, ada seorang lelaki jadi 'kawan' saya sebab dia nak selamatkan saya dari peminat Faron tapi dia ni macam... Obses pula."

Maaf rakan-rakanku. Aku terpaksa tutup cerita dengan menggunakan sesuatu yang lebih kurang. Oh tuhan, maafkanlah aku kerana menipu!

"Siapa lelaki yang jadi 'kawan' awak tu?" Soal Reuben yang sedang menongkat dagu sambil tekun memandangku.

Aku tersenyum kecil. "Mana boleh beritahu, teehee." Kataku dengan nada gembira bagi menutup cerita.

Nanti mereka serang Ethan tu, habislah aku.

"It's just that... I am tired of everything yang terjadi sekarang." Aku berkata lemah.

"Family? Hailey okay dengan family?" Soal Min Hyuk yang bersuara secara tiba-tiba.

Aku tersengih lalu mengangguk kecil. Family aku okey cumanya...

Aku tidak tahu di mana mama aku sekarang ini. Kerja rahsia dia itu telah membawa dia pergi dari kami. Sama ada dia telah menghilangkan diri atau sesat di mana-mana.

Apa yang aku boleh kata... She was missing in action. Tiba-tiba sahaja hilang tanpa jejak dan memberitahu kami melalui e-mail bahawa dia sedang melakukan kerjanya dan tidak perlu risau.

"Okeylah, tidak perlu sedih-sedih! Ayuh kita nikmati makanan ini!" Kata Reuben dengan gembira sekali dan menyuakan sepinggan croissant dan dua pinggan kek blueberry. "Nah, share-share."

Entah dari mana dia ambil makanan tu aku pun tidak tahu. Tetapi apabila melihat sahaja sepinggan croissant itu...

"Ha! Ada pun croissant dekat sini!"

Mereka yang sedang sibuk memilih makanan terus memandangku laju. "Ha?"

"Saya ingatkan tak ada croissant dekat-dekat sini! Ada pun. Reuben, saya dan Mayu akan jadi pelanggan setia awak mulai hari ini." Ujarku gembira sambil memeluk tangan Mayu yang berada di sebelah.

"E- eh? Kenapa saya terlibat sekali?!" Soal Mayu dengan wajah yang merah sambil memandang Reuben yang tersengih mengangguk.

Oh dunia, berikanlah aku lari dari engkau buat sementara dengan kegembiraan yang aku rasakan kini.

♪♪♪♪♪

"Faron, awak bawa Hailey ke sini?" Soal Ethan dengan ramah sekali. Imejnya yang happy go lucky cuba untuk dikekalkan.

Faron dengan wajah bekunya mengangguk. "Oh, aku bawa dia ke sini untuk cek kelayakan dia. Maafkan aku kerana tidak minta keizinan kau." Balasnya senada.

Ethan hanya menayangkan senyuman lalu mengangguk tanda memahami. Olivia yang berada di sebelah pula hanya sekadar melihat.

"Macam mana awak tahu yang Faron dan siapa tu? Ah, Hailey- ada dekat sini?" Soal Olivia ingin tahu.

Dengan bangganya, Ethan mendabik dada dan bercekak pinggang. "Instinct."

Tawa kecil Olivia lepaskan. Faron yang berdiri tidak jauh dari mereka hanya mengelamun panjang.

Di manakah Hailey pergi? Fikirnya.

'Olivia ni, suka Ethan ke?' Getus hatinya.

"Liv, jom pergi jumpa Miss Ariana. Aku nak lapor sesuatu." Ujar Faron sambil melihat rimbunan pohon daun luruh iaitu arah pelarian Hailey dan seorang jejaka misteri itu tadi.

" Ujar Faron sambil melihat rimbunan pohon daun luruh iaitu arah pelarian Hailey dan seorang jejaka misteri itu tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ah, okay." Balas Olivia yang tersentak dengan panggilan Faron. Hal ini kerana, dia sedang sibuk bermain daun luruh bersama Ethan.

Mereka kemudiannya berjalan serentak menuju ke pintu tempat tersebut seterusnya menghilangkan diri.

Ethan memasukkan tangannya ke dalam poket. Dia hanya melihat kedua-dua pelajar elit itu keluar dari Music Autumn.

"Cis, kacaulah mereka ni." Tuturnya sendiri.

Kemudian, dia berpaling dan mula berjalan keluar.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now