💎14💎

6.6K 570 49
                                    

"Cou- Couple?"

"Ha'ah couple. Alah, kalau tak faham maksud dia bercinta." Ucap Ethan sambil meletakkan kedua-dua belah tangannya pada kaki yang bersila. Senyuman manis sehingga menampakkan gigi dia berikan kepadaku.

Aduh, comellah pula dia ini.

"Awak, saya baru sahaja kena kontroversi apa benda semua di sini. Jangan tambah masalah saya boleh tak?" Aku berkata seraya menekan kepala dengan kuat. Dia ini, orang baru sahaja selesai dari masalah si putera sekolah selepas si Audrey 'selamatkan' keadaan. Nasib baik dia ini senior dan sama umur dengan Justin. Kalau tidak, sudah lama aku menyuruh Justin memberikannya amaran supaya jauh daripadaku.

Dia mencebik kemudian berkata. "Kes-kes awak kacau putera Fries tu? Alah, saya tak kisah. Jomlah!"

"Nama dia Faron, bukan Fries. And, awak ni tak rasa malu ke minta budak baru belajar dekat sini couple dengan awak?" Ujarku sebelum memberikan jelingan maut. Sudahlah ajak orang couple tiba-tiba, lepastu sebut nama Faron pun salah. Kejap, kenapa aku macam nak marah ni?

Ethan membuat aksi berfikir lalu memandangku dengan wajah bercahaya. "Kan senang kalau kita couple. Saya boleh jaga awak. Bila orang nampak awak dengan saya, si pemain gitar terhebat di dunia, tak adalah yang berani ganggu. Selain itu, reputasi awak akan terjaga. Kalau kita couple, saya janji saya akan belanja makanan kegemaran awak setiap hari."

Hmm, maklumlah pelajar sekolah ini kaya, belanja orang pun boleh setiap hari. Oh, dia ini pemain gitar terhebat di dunia? Eh please lah, jangan perasan!

"Jaga reputasi? Hei, lagi jatuh adalah! Nanti orang fikir saya ini playgirl pula. Belanja makanan favourite? Saya suka Croissant dan roti itu tidak akan dijumpai di sekolah ini. Faham? Saya tak setuju." Aku berpaling daripadanya lalu berpeluk tubuh. Lantaklah dia nak buat puppy eyes ke apa ke. Aku tetap tak setuju.

Dia merengus kuat lalu bercekak pinggang. "Fine, awak tak nak ya? Tidak mengapa, saya akan campak banyak-banyak croissant dekat awak tiap-tiap hari. Lepas dapat nombor awak di pejabat sekolah, saya akan mesej awak setiap hari. Tak pun saya akan selitkan surat cinta saya dalam buku awak diam-diam setiap kali saya terjumpa awak. Awak ini kan ratu buku." Ulasnya panjang dengan senyuman bangga.

Aduh, ini dah macam psycho!

"Lepas tu, saya-"

"Sudah! Saya tak nak!" Jeritku lalu bangkit dan segera berlari dari situ dengan tangan yang menggenggam buku.

Tanpa sedar, Ethan mengikuti larianku dengan lirikan matanya lalu tersenyum kecil.

"Playing hard to get, huh?"

♪♪♪♪♪

Min Hyuk berjalan dengan tenang sambil menilik buku yang berada di tangannya. Tanpa dia sedari, dia telah terlanggar tiang asas koridor yang berada di hadapannya dalam perjalanan untuk ke kelas.

"Aduh!" Jeritnya kecil sebelum hidung digosok dengan tangan.

"Pfft-"

Dia segera menoleh tatkala satu suara menjengah pendengarannya. Kelihatan Mayu dan Reuben yang sedang berdiri di atas platform melihatnya sambil menahan tawa.

Wajahnya terus sahaja menjadi merah dan kepulan asap mula memenuhi kepala. "Apa pandang-pandang har?!" Dia cuba untuk menggerunkan dua orang pelajar itu.

"Dah terlanggar tu terlanggar sajalah!" Ucap Reuben lalu ketawa sambil menekan perutnya.

Buk! Kepalanya diketuk dengan dram yang muncul secara tiba-tiba di atas kepalanya.

"Hey, jangan guna kelebihanlah." Tegur Mayu lalu menggosok kepala Reuben yang sedang mencebik dengan lembut sebelum menjeling muka Min Hyuk.

Min Hyuk berjalan ke arah mereka lalu memalingkan wajah. Dia sudah bersedia untuk berdiri di atas platform dan mula menghayunkan tangan bagi mewujudkan tangga.

"Ah, kalian bertiga ada di sini? Bonjour!" Aku menjerit sebaik sahaja berlari ke dalam bangunan sekolah. Wah, nampaknya mereka bertiga ada di sini.

"Hello!" Balas Reuben dan Mayu ramah sambil melambai tangan mereka. Senyuman manis diberikan.

Min Hyuk yang tadinya kelihatan marah berubah menjadi ceria. Dia segera berpaling dan memaparkan senyuman kecil.

Haih budak seorang ini, senyuman susah betul nak ukir. Kuudere betul!

Kini, kami berempat berdiri di sini dan bersedia untuk menggunakan kelebihan bagi mewujudkan tangga.

"Perhatian kepada pelajar yang bernama Hailey Cha- Ehem, Hailey, sila ke pejabat sekolah sekarang."

Satu suara bergema di segenap ruang sekolah dari pembesar suara. Mujur namaku dipotong daripada disebut sehingga habis. Jika tidak, habislah identiti yang disorokku. Tetapi...

Apa pula kali ini?!

----------------------------------------
Notes :

Kuudere merujuk kepada watak yang selalunya sejuk, tiada perasaan, dan sinis. Mereka mungkin kelihatan kurang menunjukkan emosi dari luar, tetapi di dalam diri mereka sangat peduli. Sekurang-kurangnya jika terlibat dengan orang yang mereka cintai.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now