💎4💎

8.2K 681 50
                                    

"Hello. Pada hari ini, saya akan menjadi guru muzik anda." Ujar seorang guru lelaki yang segak. Tiada seorang pelajar perempuan pun yang berkelip mata melihatnya.

Termasuk aku.

Tidak mahu aku nafikan yang dia kacak.

"Kita akan belajar apa cikgu?" Soal pelajar perempuan dengan gaya mengada.

Aku tumbuk gak karang. Geli!

Guru itu tersenyum. "Saya ingin kalian cuba untuk keluarkan alat muzik melalui tanda lahir kalian itu. Bagaimana? Pasti ada taktik magis di situ. Baiklah, kita mulakan sekarang." Ulasnya dengan bergaya.

Masing-masing berusaha untuk menghasilkan alat muzik melalui kelebihan mereka. Ya, ia sangat sukar.

Tetapi tidak bagi aku.

Aku memegang tanda lahir yang berada di tangan dengan lembut. Selepas itu, tangan yang terletaknya tanda lahir tersebut akan dilayangkan ke udara. Beberapa saat kemudian, satu cahaya berwarna ungu melingkari lenganku. Muncul papan piano di tanganku dengan serta-merta.

Semua pelajar yang melihat terpegun. Kini, aku menjadi pusat perhatian.

"Wah! Nampaknya Cik Hailey sudah berjaya. Gerakan yang bagus!" Puji guru kami, Tuan Robert. Semua pelajar bertepuk tangan dengan gemuruh.

Apahal lah hari pertama dah jadi macam ni.

Malu aku.

♪♪♪♪♪

"So, how was your day?" Soal Mayu sambil mengunyah sushi yang dibelinya tadi di kafeteria sekolah.

"Memalukan." Ucapku sambil menutup muka dengan tangan. Aku dapat merasakan aura yang mengecewakan kerana terasa seperti terdapatnya cahaya hitam sedang bersinar di belakangku.

Mayu ketawa kecil. "Biasalah tu, hari pertama sekolah." Dia berkata lalu mengunyah lagi.

"Hah..." Keluhku. Kemudian, aku bingkas berdiri dan berkata. "Saya nak pergi tandas tau, Mayu. Nanti saya datang semula."

Setelah mendapat anggukan daripada Mayu, aku segera memusingkan badan untuk ke tandas. Namun, tanpa kusedari, aku terlanggar seseorang yang sedang membawa makanan.

Kami berdua terjatuh ke belakang.

Aku bangkit lalu menggosok kepala yang terhentak. Seorang jejaka yang sedang mengerang kesakitan terlihat di hadapanku.

"Kau ni, lain kali nak jalan, tengok guna mata. Bukan guna lutut!" Marahnya sambil membersihkan baju.

Aku yang pada mulanya ingin membidas, terus terdiam.

Uniform jejaka itu lain. Dan tanda lahirnya juga lain. Alamak! Aku sudah menempah maut!

"Ma- Maafkan saya." Kataku sambil menundukkan kepala. Uniform yang kotor hanya aku biarkan.

Jejaka itu tersenyum sinis. "Heh, jangan fikir aku akan maafkan kau macam tu je. Kau akan diberikan hukuman!" Ujarnya bongkak.

"Hah?! Apa kau fikir kau ni bagus sangat ke?!" Marahku. Yalah, benda kecil je kot.

Ummm, maybe tak kecil sebab baju cantiknya sudah kotor.

"Apa kau cakap kat aku? Ikut aku sekarang!" Jeritnya lalu menarik tanganku bagi mengikutinya.

Sebelum keluar daripada pintu kafeteria, aku menoleh ke arah Mayu lalu menunjukkan wajah penyesalan.

Ternyata, kami telah menjadi tumpuan orang ramai.

•••••

"Disebabkan makanan aku tumpah, aku nak kau belanja aku makan sepanjang minggu ni." Arah jejaka itu.

Apakah?!

"Aku dah cakap minta maaf tu, sudahlah!" Jeritku padanya. Aku menjeling tajam.

Sekolah ni sekolah orang kaya kot. Semua orang pastilah berkemampuan. Ini tidak, suruh orang belanja pula.

Tanpa kami sedari, terdapat dua orang gadis sedang berjalan melepasi kami berdua. Mereka berbisik antara satu sama lain.

"Wah, sombongnya gadis itu. Berani dia tinggikan suara pada Faron Aden." Bisik gadis pertama.

Sahabatnya mengangguk sebelum berbisik semula kepada sahabatnya. "Betul tu! Sudahlah dia itu putera sekolah ini. Tidak sama taraf langsung!"

Aku yang mendengar bisikan mereka itu hanya mampu menjerit di dalam hati. Sebagai seseorang daripada keluarga Chanson (walaupun tidak diketahui), aku haruslah mengekalkan imej cool dan awesome.

"Oh, nama awak Faron Aden ya. Nama tak sesuai langsung dengan perwatakan awak yang sombong ni." Aku memberikan paku buah keras.

Wajahnya masih kelihatan sinis.

"Yalah, akulah Faron si jejaka idaman wanita. Engkau ni, harap muka saja cantik tapi hati busuk. Sudahlah, malas aku nak layan kau." Balasnya lalu berpaling pergi.

Aku yang berasa bersalah akan kejadian tadi hanya mampu tersenyum nipis. Nampaknya, perwatakan baik hati yang telah aku buang dahulu masih tersimpan dalam hati.

"Alah, janganlah merajuk macam perempuan. Esok jumpa aku dekat kafe. Aku belanja kau!" Jeritku apabila dia semakin menjauh.

Dia hanya mengangkat tangan kanannya lalu melambai tanpa melihatku.

Nampaknya, aku dah ada kawan baru.

Ehem, kejap.

Maksud aku,

Musuh baru.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now