💎70💎

4.2K 418 30
                                    

Bilik yang serba besar dan terdapat sebuah pentas di tengah-tengahnya. Lantai bilik tersebut pula diliputi karpet lembut. Hanya terdapat beberapa tingkap kecil yang berada di dinding. Gaya sudah macam sebuah bilik untuk orang membuat persembahan kecil.

Aku dan Faron dicampak ke atas pentas tersebut. 

Aduh! Belakangku yang terhentak terasa perit sekali. Faron yang berada di sebelah turut mengadu kesakitan.

Aku mendongak ke atas. Pentas itu telah mengurung kami dengan sebuah dinding kaca yang menghalang kami dari keluar. Pengudaraan masih elok buat kami namun perasaan terkurung ini membuatkan aku rimas. Cuba kalian bayangkan kalian kena kurung dalam satu botol kaca? Begitulah rasanya!

Faron mengetuk dinding itu keras. "Woi, apa kau nak ha?!" Marahnya.

"Aku tak nak kau. Aku nak budak perempuan sebelah kau tu." Ethan berkata nakal. Bertambah bengis wajah Faron.

"First, awak kata awak hanya ahli main-main dalam Lilac. Tapi tengok sekarang, awak berkerja untuk menangkap saya. Second, awak kata saya teman wanita awak. Tapi kenapa awak buat macam ni?!" Aku bersuara geram. Sungguh, aku dah banyak sangat bersabar dengan dia ni.

Ethan ketawa kecil. "Kau dah banyak sakitkan hati aku! Kita putus." Ucapnya sambil memejamkan mata seraya berpeluk tubuh. Apabila sunyi menerpa, dia membuka sebelah mata bagi mengintai keadaanku.

"I'm fine with that." Balasku setelah dia memandang aku. Aku menghadiahkan senyuman sinis buatnya.

Jawapanku itu mengundang tawa para pengikut Lilac yang lain. Mereka memandang Ethan dengan pandangan 'kan dah kena'.

"So, awak nak apa dengan saya? Mana keluarga saya?" Aku kini bertindak serius. Tiada meninggi suara, tiada menangis dan tiada riak ketakutan yang terpapar. Hanya, kedinginan menguasai emosi aku.

"Pasal keluarga kau, aku tak tahu mereka di mana. Tapi sebab aku bawa kau ke sini adalah kerana ini." Ujar Ethan sambil menayangkan sebuah botol kecil padaku. Ya, itulah botol yang mengandungi suaraku. Mungkin dia sempat mengambilnya dari aku.

Faron mengerutkan dahi dari kejauhan. "Apa benda tu?" Bisiknya pelik.

"Aku nak lagi. Sebelum aku sendiri yang kelar leher kau untuk aku ambil kotak suara kau, baik kau bagi kami semua apa yang kami nak sekarang." Ugut Ethan. "Tak pun, kawan kau tu yang akan jadi mangsa." Gertaknya lagi bagi menakut-nakutkan aku.

Macam boleh je nak ambil kotak suara aku. Yang dia ni koyak sangat, apahal? Orang lain tak bercakap pun. Dia je yang membebel dari tadi.

Mungkin dia ketua untuk misi kali ini? Hm, mungkin.

"Kalau macam tu..." Aku berjeda sebelum menyambung kata-kata aku. "Faron, awak mainkan piano tu." Arahku sambil menuding ke arah sebuah piano berdekatan.

Ternganga Faron dibuatnya. Gayanya seperti sedang menyatakan bahawa aku sudah hilang akal. Tidak, sayangku Faron. Jawapan aku tidak akan straightforward.

Aku memegang tangan Faron sambil mengangguk yakin. Tanpa dia sedar, kami telah pun bertukar kelebihan.

"You can do this."

"As you wish, my princess.

Dia bangkit lalu bergerak ke arah piano tersebut kemudian duduk dengan penuh berkarisma. Tangannya dan jari-jemarinya diregangkan untuk memanaskan badan. Amboi, gaya macam professional je.

"Hailey, kau buat apa dekat tanda lahir aku?" Tanya Faron setelah perasan akan perubahan pada tanda lahirnya. Aku tidak tahu di manakah ia, tapi aku tahu, mesti dekat tempat yang agak terbuka.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now