💎33💎

5.1K 434 28
                                    

Aku membawa kesemua buku aku ke taman bagi meluangkan masa untuk belajar. Aku, bukan budak library. Aku budak taman. Aku lebih suka belajar dikelilingi oleh alam semula jadi daripada dikelilingi rak yang dipenuhi buku. Bau buku ni kalau banyak-banyak pun, pening juga.

"Aih, nak buat apa ni?" Bisikku perlahan. Sejak Lydia bagitahu yang dia ada kelab tadi, aku jadi bosan. Mayu pula selalu kelas lama-lama. Pemain seruling memang ekstrem sikit eh kalau belajar?

Aku hanya bersandar pada kerusi lalu mendongakkan kepala. Secara tiba-tiba, muncul wajah Faron yang menunduk melihat wajahku. Aku yang terkejut ni terus mengangkat kepala dan apa lagi, berlagalah kepala kami di situ.

"Ouch!" Jerit Faron akibat hentakan kepalaku yang kuat itu. Serta merta dia menekan tempat yang dirasainya sakit.

Kepala aku yang sakit ini pula aku gosok laju. Aduh, habis merah.

"Kenapa kau buat macam tu?" Soal Faron, marah. Matanya bagaikan menakung air akibat kesakitan yang teramat.

"Dah awak yang buat saya terkejut." Balas aku geram. Dia yang tiba-tiba muncul lepastu nak marah orang pula.

Faron menjelingku sekilas sebelum bergerak ke kerusi yang berada di hadapanku. Dia merenungku.

"Dah kenapa?" Tanyaku yang tidak mengerti akan pandangan itu. Mamat ni kalau jumpa aku biasa membebel tapi senyap pula. Adakah kerana tempat ini ialah perpustakaan?

"Aku kan..."

"Ha'ah?"

"Mak aku suruh kahwin."

Terdiam seribu bahasa aku dibuatnya. Biar betik?!

"Tak adalah. Gurau je." Sebaik sahaja dia menyebut perkataan gurau, sebuah buku melayang ke kepalanya sehingga membuatkan semua orang memandang kami.

Faron membuat isyarat memohon maaf. Pelajar-pelajar perempuan mengangguk faham manakala pelajar-pelajar lelaki pula memandang bengis.

"Kau ni, agak-agaklah." Marahnya padaku lalu membaling buku itu ke arah aku semula. Sebuah dinding piano menjadi halangan buku itu daripada menjengah wajahku.

Hanya jegilan mata aku berikan padanya tanda protes. Malas aku nak layan mamat yang tak serius ni.

"Tapi serius, ini pasal Audrey." Ujarnya dalam nada sedih.

Adeh, kalau pasal perempuan tu, memang tak boleh tolong. Bukan apa, nanti disebabkan dia, aku punya hidup tak tenang lagi. Biarlah sekarang ni keadaan masih reda.

Aku menyilangkan tangan lalu bersandar pada kerusi. Wajah serius aku tayangkan padanya. "Ya, kenapa dengan Audrey?"

Dia mengambil nafas dalam kemudian memandang keadaan sekeliling seperti ingin memberitahuku perkara rahsia dunia.  Selepas itu dia mendekatkan kerusinya di sebelah aku.

"Mummy Audrey suruh aku banyak luangkan masa dengan anak dia. Mater (mak) aku pula, beritahu mummy dia yang aku ni sibuk selalu. Nasiblah mater aku okey je tak mendesak." Jelasnya.

Aku menjongketkan kening kiriku. "Jadi, apa masalahnya?"

"Masalahnya sekarang, aku nak cakap yang aku tak suka Audrey." Katanya terus terang.

Aku dah agak! Audrey je yang lebih-lebih selama ni. Bahaya ni! Baik aku bagi dia amaran awal-awal.

"Baik awak jangan cakap apa-apa pasal itu."

"Kenapa pula?"

"Sekarang ni, awak banyak luangkan masa bersama saya. Lepas tu, dah banyak kes jadi pasal kita. Saya tak nak nama saya kena petik lagi. Saya tak nak!" Balasku tegas namun perlahan.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now