💎51💎

4.7K 413 49
                                    

Angin sepoi-sepoi bahasa yang menyelinap masuk melalui tingkap bilikku menerbitkan perasaan damai. Semalaman kami berusaha mencari lagu dan bermain alat muzik, maka hari ini kami membuat keputusan untuk berjalan-jalan di bandar Ueno. 

Aku memandang ke tingkap. Suasana di hadapanku yang dipenuhi tumbuhan yang indah sangat mengasyikkan. Peluang ini tidak aku lepaskan dengan menyanyikan sebuah lagu. 

"I swear to live longer... To hold our secrets dearly... The family for me to protect... Safety is our destiny." Nyanyiku perlahan sambil menikmati tiupan angin yang sangat lembut. Di Perancis, jarang sekali aku dapat merasakan kedamaian.

Aku mengandaikan aku merasa begini kerana keselamatan aku terjamin. Aku yakin dan aku pasti, tiada ancaman yang dapat memasuki tempat ini dan menyerang kami. Aku bersyukur yang aku satu kumpulan dengan ahli yang baik-baik.

Ktak! Tombol pintu dipusing dan pintu terbuka secara tiba-tiba. Aku segera menutup mulut menggunakan tangan. Risau sekiranya ada yang menelinga nyanyianku itu tadi.

"Hailey! Sudah bangun? Jom makan!" Lydia mucul di muka pintu dengan senyuman lebar. Dia sudah bersiap cantik untuk perjalanan kami nanti.

"Lydia... Awak tak reti ketuk pintu ke?" Soalku apabila aku perasan hanya dia di sana.

Lydia menyengetkan kepalanya tanda tidak mengerti. Nampaknya, tiada sesiapa yang mendengar suaraku tadi. Fuh, lega.

Tanpa membuang masa, aku berlari keluar dan menutup pintu. Kemudian, kami bergerak menuruni tangga dan bertemu dengan Faron dan Talha di separuh perjalanan. Bilik para lelaki berada di tingkat bawah manakala para gadis pula berada di tingkat atas. 

"Yo." Tegur Faron apabila terlihat kami berdua menuruni tangga. "Lif ada, tangga juga kalian guna."

"Orang nak fit. Kalau asyik guna lif je mana nak sihat." Talha menegur tatkala Faron mahu melangkah ke tempat lain. Terhenti langkah jejaka itu.

Faron memandang Talha dan mencebik. "Yalah-yalah."


♪♪♪♪♪


Sewaktu kami semua bergerak ke dapur, kami dapat lihat yang Tuan Kazue sedang memotong daun pudina bersama Reuben sambil berbual kecil. Bukankah ini sepatutnya tugas pihak masakan? 

"Papa-san nak berkenalan dengan si Reuben tu dengan lebih mendalam tu yang ajak buat kerja sama-sama tu. Reuben tu suka je bila buat kerja berkenaan masakan. Maklumlah, ada kafe keluarga sendiri." Bebel Mayu di sebalik dinding. Dia turut mengintai perbuatan kedua-dua lelaki itu.

"Wah, nampaknya Mayu dah ada boyfriend. Jealousnya!" Lydia berkata riang. Malu-malu Mayu dibuatnya.

Olivia, Justin dan Min Hyuk berdiri di belakang kami dan memandang hairan terhadap perbuatan kami yang mencurigakan itu. Mayu segera tersedar dan mengajak kami semua untuk makan di dapur.

"Papa-san! Reuben! Kemas semua ni. Jom makan sekarang." Tegas Mayu dengan gaya yang penuh comel. Cepat-cepat Tuan Kazue berserta Reuben bangkit dari duduk dan membersihkan daun-daun pudina yang memenuhi meja.

Sejurus itu, makanan dihidang oleh pihak dapur. Apabila sajian berada di hadapan aku, aku terliur habis. Sedapnya!

Mungkin bagi mereka biasa sahaja. Tapi bagi aku yang jarang makan makanan sebegini, aku memang teruja. Sudahlah kini sudah berada di negara idaman aku, dapat pula merasa makanan Jepun dia bawah tanggungan Tuan Besar sebuah tempat. Bukan itu sahaja, di dalam istana pula itu.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now