💎18💎

6.2K 518 25
                                    

Hidup. Aku ingin sekali hidup dengan gembira. Oleh itu, masa yang aku ada kini mari kita manfaatkan bersama.

"Todokete Setsunasa ni wa namae wo tsukeyou ka Snow halation."

"Omoi ga kasanaru made matezu ni
Kuyashii kedo suki tte junjou."

Aku dan Mayu menyanyi bersama-sama sambil melakukan tarian yang dilakukan oleh kumpulan Muse daripada anime Love Live. Lagu Snow Halation kami nyanyikan dengan penuh bersemangat.

Walau suaraku boleh digunakan untuk menyanyi, aku hanya menggunakan suara biasaku sahaja kerana tidak ingin menimbulkan syak wasangka. Mayu pula, suaranya amatlah boleh membingitkan telinga.

Darya yang melihat kami dari atas katilnya hanya ketawa lucu. Melihatkan kami yang terus menari, dia bagaikan terikut-ikut.

Tok tok!

Pintu dorm kami diketuk kuat. Alamak, kami nyanyi kuat sangat ke? Bukankah setiap dorm kami kalis bunyi kerana kami semua dibenarkan untuk berlatih di dalam dorm?

Aku berlari-lari anak ke arah pintu lalu membukanya sedikit.

"Ya, ada apa?" Soalku kepada seorang gadis yang sedang berdiri di hadapan pintuku. Siapa ni? Pakaiannya seperti pengawal diraja.

"Konnichiwa, saya Hamano Miharu, pembantu kepada Mayu. Saya dihantar ke sini untuk menyampaikan pesanan kepada puteri kami." Ujar gadis itu sambil memberikan senyuman manis kepadaku.

Mayu yang sedang melompat gembira sambil membuat pertunjukan kecil di hadapan Darya terus sahaja menoleh setelah aku memanggilnya. Dia berlari kecil ke arah kami.

"Ada apa, Hailey?" Soalnya dengan penuh kebudak-budakan sekali.

"Tuan puteri."

Dengarkan sahaja panggilan seperti itu, wajah Mayu bertukar menjadi serius dan dia berpaling ke arah Miharu dengan pantas.

"Miharu-chan?"

"Ya tuan puteri. Saya dihantarkan ke sini untuk menyampaikan pesanan daripada ayahanda tuan puteri." Miharu berkata sambil melakukan tunduk hormat.

Selepas itu, dia menyerahkan sebuah bungkusan kepada Mayu. "Ayahanda tuan puteri meminta tuan puteri menggunakannya dengan sebaiknya."

"Ah, baiklah." Balas Mayu sambil mengangguk faham.

Aku yang berada di sebelah Mayu ini hanya memandang Miharu dan Mayu bersilih ganti dengan wajah terkejut.

Gadis yang childish ini... Seorang puteri?

"Awak boleh pulang." Ujarnya sambil tersenyum kecil. Miharu melakukan tunduk hormat lagi sebelum memulakan langkah.

"Oh, matte kudasai (tunggu sekejap)." Pinta Mayu.

Miharu berhenti melangkah dan menoleh pantas. "Ya, tuan puteri?"

"Wahai sepupu yang kusayangi Kazue Miharu, tolong jangan panggil saya tuan puteri boleh? Dan, boleh pakai pakaian yang normal sikit tak? Saya tahu ini bukan awak punya. Baju pengawal mana awak ambil ni, Miharu-chan? Siap tukar nama keluarga lagi. Kalau nak visit sekolah saya ini pun, beritahu sajalah." Tutur Mayu dengan penuh sopan sekali. Kemudian, dia tertawa perlahan.

Miharu hanya tersenyum malu. "Alah, sekali-sekala. Hmm, kata-kata tuan puteri itu akan saya hadam nanti." Jawabnya sebelum berlari laju meninggalkan dorm kami. Dengan baju besi yang berbunyi-bunyi, dia telah menarik perhatian beberapa orang yang sedang berada di luar dorm di situ.

Kemudian, kami masuk ke dalam dorm dan aku menutup pintu. Persis petir menyambar bumi, aku berdiri di hadapan Mayu.

"Awak seorang puteri? Di Jepun?!" Aku menyoalnya secara mengejut. Darya yang mendengarkan hal itu terus bangkit daripada perbaringan.

Mayu mengeluh perlahan lalu ketawa kecil. "Bukan sebenarnya." Balasnya. "Dengar tak yang Miharu-chan tak panggil ayah saya 'tuanku'? Nampak sangat yang saya bukan anak raja."

"Habistu?"

"Saya dipanggil sebegitu kerana ayah saya tuan besar di sebuah kawasan tersembunyi di Jepun. Dia mendapat pengiktirafan untuk membuka kerajaan sendiri di sana. Dengan itu, kami mempunyai sebuah rumah persis istana dan beberapa orang pengawal serta pembantu istana." Jelasnya. "Tadi itu, sepupu saya. Haih, dia itu gemar main-main even seorang yang pemalu. Ada pula dia pinjam baju pengawal rumah saya." Sambungnya lagi dengan keluhan.

Aku dan Darya hanya memandang satu sama lain lalu memandangnya semula. Anggukan faham diberikan.

"Ini yang buat saya tak sabar nak pergi Jepun dan lawat rumah awak ni." Aku berkata dengan penuh semangat.

Mayu meletakkan bungkusan yang dia dapat itu ke atas meja. "Boleh-boleh. Marilah!" Ajaknya.

"Yeay!" Sorakku dan Darya serentak.

♪♪♪♪♪

Faron berjalan dengan gembira sambil mengunyah kismis yang dia dapat daripada Talha. Walau di mana dia berada, pasti ada gadis-gadis yang mengintai dirinya.

"Ugh, rimas. Tahulah aku handsome." Bebelnya perlahan. Kaki mengorak langkah dengan laju.

"Aku nak kena cari Olivia. Kalau tak, habis aku kena bebel dengan cikgu tu." Gumamnya dengan wajah serius. Tanpa dia sedari, jeritan-jeritan kecil mengikuti perjalanannya.

Jeritannya begini,

"Uwah, putera sekolah kita lalulah!"

"Handsomenya!"

"Muka serius dia tu memang tak boleh lawan."

Tidak dapat dinafikan, jika terdapatnya magis muzik melindungi diri, sudah lama jejaka itu menghalimunankan dirinya.

Sedang Faron bermain dengan fikirannya, dia terlihat seseorang yang dikenalinya. Ah, Ethan!

"Ethan." Panggilnya dengan wajah dingin. "Ada nampak Olivia?"

"Oh, Olivia?" Soal Ethan semula dengan wajah gembiranya yang selalu ditayangkan. "Tak silap saya, dia ada di blok Izili. Awak ada latihan dengan dia ya?"

Faron menganggukkan kepalanya. "Ya. Terima kasih."

Ethan mengukirkan senyuman manis. Jejaka itu menyambung semula petikan gitar yang diganggu sebentar tadi.

Mahupun begitu, Faron berasa sedikit curiga. Hal ini demikian kerana, tatkala dia ingin memulakan langkah, dia sempat menangkap jelingan tajam yang diberikan oleh Ethan kepadanya.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now