💎 42 💎

4.7K 392 15
                                    

Pagi-pagi lagi kami semua sudah bersiap. Malam tadi berlatih sekejap-sekejap saja sebab Lydia sibuk mengedarkan baju yang emak dia jahitkan untuk kami. Maka hari ini, kami semua sedondon. Jika dilihat dari jauh, kami bagaikan langit biru yang telah jatuh ke bumi. 

Semuanya biru-biru belaka. 

"Nani?" Mayu bersuara apabila melihat aku yang masih belum mendandang rambut. "Sini cepat. Saya dandan rambut awak."

Sepit sana sini, ikat itu ini, pusing, pusing, pusing. Siaplah rambut aku yang cantik ini.

"Dah siap." Kata Mayu. Lydia yang baru sahaja memakai alat solek di wajah, menjerit sakan setelah melihat aku yang sudah sempurna untuk naik ke pentas.

"Comelnya!" Laung Lydia yang boleh memecahkan gegendang telinga.

Mayu mengemas segala benda yang ada lalu mengarahkan kami berdua untuk cepat keluar. "Okey, dah. Jom kita pergi cepat. Katanya jumpa dekat tempat biasa."

Selepas itu, kami bertiga berlari dengan pantas bersama kasut yang langsung tidak sesuai untuk digunakan ketika berlari.

♪♪♪♪♪

"Semua sudah ada?" Tanya Justin setelah kami bertemu dengan yang lain di bilik kelab kami.

Dengan penuh letih akibat berlari, kami mengangguk laju kerana hanya kamilah ahli terakhir yang tiba di situ.

"Talha sudah sihat?" Soal Olivia risau. Buat yang tak tahu, cita-cita dia ni mahu jadi doktor sebab itulah dia sentiasa risau sekiranya orang terdekat dengannya jatuh sakit.

Talha yang terkejut akibat ditegur, memandang gadis itu lalu membalas dengan anggukan. Kus semangat.

"Okey The Blue Silhouette. Ayuh kita berusaha!" Jerit Faron degan penuh bersemangat. Tangannya diangkat ke atas.

Kami yang turut dapat merasakan aura semangatnya melakukan perkara yang sama. "Ayuh!"

♪♪♪♪♪

Sebelum beralih ke belakang pentas, aku dapat melihat beberapa orang juri dari negara-negara yang berlainan. Ada beberapa orang yang kukenal kerana kakak dan abangku pernah berlatih dengan mereka pada suatu masa dahulu.

Jikalau mereka kenal aku, mungkin ini boleh dijadikan satu peluang untuk kami menang kerana aku merupakan ahli keluarga Chanson. Tetapi disebabkan aku anak terakhir dan kewujudan aku dirahsiakan, aku tidak berani untuk membuka rahsia. Segalanya menjadi begini selepas peristiwa yang terjadi di sekolah rendahku dahulu. 

"Hailey, tengok apa lagi tu?" Soal Min Hyuk yang sedari tadi berdiri di belakangku.

Aku menoleh memandangnya. "Tak ada apa-apa. Saya takut sikit." Balasku.

Serta-merta dia memegang tanganku yang sejuk. "Awak jangan risau. Kita boleh! Kita sudah berusaha bersungguh-sungguh. Lagi pun, kita kan nak keluar sama-sama nanti." Tuturnya dengan penuh lembut.

Aku menunduk ke bawah sebelum tersenyum kecil. Betul juga apa yang dikatakannya. Segalanya bakal terbukti dengan usaha dan ikhtiar.

Aku mendongak bagi melihatnya yang menunggu jawapanku dengan penuh sabar. Comel pula aku lihat dia ni. Haha.

"Okey! Nanti jangan lupa belanja saya aiskrim ya."

♪♪♪♪♪

Aku menarik nafas dalam dan menghembusnya dengan perlahan. Selepas kumpulan Aesthetic Sketch, kami pula akan beraksi. Buat pengetahuan semua, kami merupakan kumpulan kedua terakhir yang akan berada di atas pentas. 

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now