💎72💎

4.2K 431 19
                                    

Rumput tinggi yang memenuhi taman istana yang tidak terjaga itu kami telusuri dengan cepat. Pelik, kenapa tempat ini kotor dan tidak dibersihkan? Nama sahaja istana tetapi tidak dijaga rapi taman ini. Kalau dalam komik, tempat sebeginilah yang sering dikunjungi sahabat handai raja dan permaisuri untuk meluangkan masa bersama.

"Kenapa kita kena masuk tempat ni?" Soalku pada abang apabila tiada suara sepanjang perjalanan kami.

"Ada sebab, kita ke sini." Jawab abang tanpa memandang aku. "Kakak suruh kita tinggalkan dia. Dia tahu apa yang harus dilakukan." 

Kami memasuki kawasan tersebut dengan langkah besar. Walaupun tiada pengawal yang meronda tempat ini, kami tetap berjaga-jaga terhadap persekitaran kami yang gelap ini.

"Faron." Panggilku sambil menggenggam tangan Faron. "Tenang. Saya ada di samping awak." 

"Apa pula? Saya yang sepatutnya cakap macam tulah." Tegur Faron lalu menggenggam tanganku lebih kuat. Aku tertawa melihatkan wajahnya yang putih itu menjadi merah.

"Okay, kita dah sampai." Suara abang memecahkan suasana. 

Sebuah pohon tinggi yang indah menghiasi layar mata. Dedaunnya bewarna ungu dan kebiru-biruan. Batang dan dahannya berkilau walaupun rupanya kelihatan seperti kayu biasa. Dedaun yang gugur ke tanah bakal menghilang bagaikan meresap ke bumi.

"Huh?

Aku menghampiri pohon tersebut. Melihatnya di depan mata, membuatkan hati aku tenang. 

"Terasa seperti dekat di hati bukan?" Satu suara dari belakang pohon menyoal. Aku mengangguk sambil menghulurkan tangan bagi menyentuh daun yang gugur. Seketika ia menyentuh tanganku, daun itu berubah mekar kepada bunga yang bewarna putih.

Faron turut melakukan perkara yang sama namun, daun tersebut lesap sebaik sahaja gugur ke atas tangannya.

Apakah?

"Hailey, kamu sedar tak kamu angguk dekat soalan siapa tadi?" Tanya abang sebelum ketawa kecil. 

Kerutan di dahiku jelas kelihatan. Eh, ya tak ya juga kan?

Aku menyelitkan bunga itu ke belakang telinga. Perlahan-lahan aku melangkah ke belakang pohon bagi melihat sang pemilik suara.

Seorang wanita berusia dalam pakaian lawan sedang berdiri membelakangi aku. Aura macam kenal, tetapi siapa ya?

"Hailey, kita ada jumpa dalam mimpi hari itu kan?" Soalnya sambil berpaling ke arahku. Senyuman manis yang sudah lama tidakku lihat dihadiahkan khas buatku.

Aku menekup mulut sebagai refleks. Air mata tumpah tanpa dipinta.

"Mama?" 

Walaupun aku datang ke sini tanpa rela, tetapi aku bersyukur terhadap apa yang telah terjadi. Seorang demi seorang ahli keluarga yang kurindui muncul di hadapan mata.

"Ya, sayang." Balas mama lalu berlari memelukku. Aku membalasnya erat.

Faron hanya berdiri di sebelah dalam keadaan terpinga-pinga. Terkejut dia apabila mama turut menariknya ke dalam pelukan.

"Eh, eh, aunty." Faron cuba melepaskan diri.

"Terima kasih berkawan dengan Hailey. Dia dah lama tak ada kawan. Nak bercakap dengan orang? Jangan haraplah. Sejak dia masuk Muzika Melodia, aunty dapat lihat perubahan dia. Dengan bantuan Lydia, keadaan dia semakin baik." Ujar mama, terharu. Dia mengalirkan air mata deras.

Faron hanya mampu tersenyum sebagai jawapan walaupun dia hairan akan hubungan keluargaku dengan Lydia. Tiba-tiba sahaja nama gadis itu disebut.

"To be honest, abang pun tak tahu macam mana abang sampai sini. Tahu-tahu sahaja sudah berada dalam sebuah pentas kaca. Tapi masa abang terjaga, tak ada orang. Abang hancurkanlah kaca tu guna suara abang." Keane, abangku mula bercerita. 

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now