💎48💎

4.3K 405 25
                                    

Sepanjang aku di Perancis, aku banyak menghabiskan masa di rumah. Sambil-sambil tu, aku cuba juga untuk menghubungi mama. Namun, panggilan langsung tidak diangkat. Apakah yang sedang dilakukannya ya?

Sehinggalah suatu hari....

"Hailey, Keane, Halley." Suara ayah bergema memanggil kami. Kami yang kebetulan sedang bermain bersama segera berlari ke tingkat bawah setelah mendengar panggilan itu.

"Ya ayah?" Soal kami serentak lalu duduk di atas kerusi yang telah disediakan.

Ayah tidak duduk tetapi berdiri di hadapan kami dengan kerutan di dahi. Tangannya sedang memegang segulung kertas.

"Ayah dapat surat daripada Tuanku." Ujar ayah, risau. "Baginda nak apa? Nak ambil perniagaan ayah? Nak ayah kerja dengan dia? Jatuhkan hukuman sebab minta perlindungan untuk keluarga kami? Atau-"

"Ayah." Panggil abang. "Ayah dah baca ke belum?"

Terdiam seketika bebelan ayah yang mengarut itu. "Umm, belum."

"Dah tu? Bacalah dulu." Balasku pula.

Ayah aku ni, bab risau atau gelabah memang dia nombor satu. Aku tak faham macam mana mama boleh tahan dengan ayah. Bila mama pergi jauh, barulah reda sikap ayah yang suka menggelabah itu.

"Biar Halley baca." Kakakku bangkit dan mengambil surat itu dari tangan ayah yang terketar-ketar.

Dia mampir ke hadapan dan membuka gulungan tersebut.

"Ke hadapan Tuan Hilaire Chanson, ini bukanlah surat daripada raja seperti apa yang tuan sangkakan. Saya Hudson (nama samaran), seorang pengintip yang mana bekerja di bawah kerabat diraja bagi merungkaikan kerajaan yang teruk ini. Seperti yang orang kata, Ochestra World mempunyai raja yang kejam. Apakah benar? Itulah yang saya cuba rungkaikan." Baca Kakak dengan bersemangat.

Aku dan abang saling berpandangan. "Kenapa dia beritahu kita tentang ini?" Soal kami berdua serentak.

"Kejap, biar kakak habiskan dulu." Potongnya. Kami mengunci mulut.

"Sekiranya tuan sekeluarga tertanya-tanya, pekerjaan tuan yang sangat dekat dengan kerabat diraja mempunyai sesuatu yang misteri. Mengikut intipan saya, tuan sekeluarga ada kaitan dengan kerabat diraja. Disebabkan itulah, tuan sekeluarga tidak mempunyai sebarang peninggalan dan sejarah berkenaan keluarga tuan. Segalanya melibatkan kerajaan yang kotor. " 

"Apa yang saya boleh beritahu sekarang ialah, berkenaan kelebihan keluarga tuan yang sangat asing dan menarik. Selain daripada menggunakan pelbagai jenis alat muzik, tuan sekeluarga boleh memberikan satu alat muzik kepada orang lain sebagai pinjaman." Nada kakak semakin lama semakin perlahan.

Wah, jikalau begini, memang mudahlah mama rungkaikan sejarah keluarga kami. Aku yakin yang membantu kami itu ialah salah seorang daripada organisasi Zamrud. 

"Pinjam kuasa? Pinjam apa ni?" Abang segera bangkit dan bergerak ke sebelah kakak untuk membaca surat itu bersama-sama. Ayah pula mundar-mandir di dalam ruang tersebut.

Aku tersenyum sendiri sebelum berpaling ke belakang bagi melihat Logan yang sedang berdiri bagaikan patung di muka pintu. Senyuman daripadaku buatnya membuatkan dia tersentak seketika sebelum meletakkan jari telunjuknya ke bibir.

Aku faham. Aku sudah hampir untuk mengetahui segalanya berkenaan kehebatan keluarga aku. Sekarang ni, kita hanya perlu tunggu masa.


~~~~~~~~~~~~~~~


"Iya? Logan? Hahahaha! Dia memang cepat cuak. Tapi dia bagus tau. Antara orang yang paling dekat dengan keluarga Chanson." Lydia berkata kepadaku. Terguling-guling dia di atas katil sambil ketawa galak.

"By the way, sekarang ni habis semua pembantu rumah kami dijadikan seperti uji kaji sejak family saya tahu yang kami boleh pinjamkan  kelebihan. Saya malas. Saya terus lepak dalam bilik dan call awak." Ujarku tenang.

Lydia membetulkan kedudukannya dengan meniarap. Dia menongkat dagu sebelum menyambung perbualan. "Hmm, kalau ahli kami yang bekerja bawah raja... Saya tahu seorang. Namanya ialah Jeremie La Muzika."

"La Muzika? Bukankah itu keluarga Justin punya nama?"

Hanya jongketan bahu dihadiahkan Lydia kepadaku. Matanya sibuk memandang syiling yang aku tidak tahu apa yang ada di situ. Gayanya seperti ingin mengelak persoalanku ini.

"Hailey, saya nak siap kemas barang untuk ke Jepun nanti. Awak pun kemaslah ya. Baju bawa yang cantik-cantik tau sebab sekarang musim bunga! Saya harap kita dapat ambil gambar sama-sama. Baiklah, saya pergi dulu. Bye!" Kata Lydia sebelum memutuskan perbualan kami.

Sensitif sangatkah soalan aku? Atau... Dia memang sibuk?

Sudahlah, tak payah overthinking sangat. Benda itu tak penting. Jika ia hal organisasi Zamrud, biarlah mereka yang uruskan. Kau sebagai tanggungjawab mereka, tidak payah masuk campur.

Jadi, sekarang benda yang paling penting untuk dibuat sekarang ialah, pilih pakaian yang cantik untuk ke Jepun nanti. Masa untuk berfesyen!


~~~~~~~~~~~~~~~


"Tuan muda, dah ke? Saya penatlah main tukar-tukar kelebihan. Cukuplah kelebihan saya untuk main Lyre. Saya tak mahu lebih-lebih." Rungut Logan yang sudah terkulai di atas kerusi.

Keane sibuk membaca surat itu berkali-kali seraya menggunakan kuasanya yang mana menerbitkan cahaya ungu dari tanda lahirnya. Setiap kali cahaya itu muncul, setiap kali itulah Logan berasa seram sejuk.

"Sikit saja Logan! Manalah tahu saya boleh unlock kelebihan baru?" Keane masih tidak lagi berputus asa. Perangainya sama sahaja seperti adiknya, gila muzik!

"Ke, sudahlah itu. Kasihan dia. Jomlah makan. Panggil Hailey sekali." Halley menyampuk tatkala Keane sudah mula ingin menggunakan Logan sebagai uji kaji.

Keane menoleh ke arah tangga lalu mencebik. "Tapi kak-"

"Dah! Sebelum kakak sendiri yang bawa kamu ke dapur, baik kamu guna kaki kamu sekarang." Suara Halley sudah mula meninggi.

Tanpa bersuara, Keane hanya menuruti sahaja apa yang disuruh oleh kakaknya yang seorang itu. Jangan main-main dengan orang kedua terkuat dalam keluarga Chanson!

"Logan, jom makan sekali." Ajak Halley, mesra. Bersinar-sinar wajahnya melihat Logan.

Logan tersenyum kecil. "Okey."




~~~~~~~~~~~~~~~

Hai semua! Maafkan saya kerana jarang sekali update. Haritu masalah teknikal, pastu masalah hati then masalah idea. InsyaAllah saya update lagi esok. Terim kasih kerana menunggu dan baca cerita saya! ><

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now