💎 47 💎

4.4K 380 17
                                    

Setibanya di perkarangan rumah, aku dapat lihat deretan pembantu rumah sedang menunggu di hadapan pintu. Peliknya. Masa aku ada dekat rumah dulu, tak ramai pula yang ada. Bila ayah aku balik, semua sibuk buat kerja.

"Eh, ramai pula." Sebutku sehingga mengundang tawa ayah. Aku tahu yang ayah sedar akan perkara ini. Kalau jadi begini lagi, pasti akan dipecatnya mereka semua.

"Selamat pulang, cik muda Hailey." Mereka bersuara sebaik sahaja aku melangkah keluar dari kereta. Senyuman manis aku berikan pada mereka.

Berlari-lari aku pulang ke rumah. Aku jarang keluar dari rumah jadi bila tiba di Muzika Melodia, aku rasa lain. Padahal baru berapa bulan dekat sana, tapi aku dah rindu gila nak balik.

"Hailey!" Suara abang dapat aku dengari dari tingkat atas. Bunyi tangga yang kuat menandakan seseorang sedang menuruninya dengan berlari.

Aku membiarkan beg aku di atas lantai dan berlari ke arahnya. Tidak sempat aku berkata apa-apa, dia telah memelukku terlebih dahulu.

"Apa yang sibukkan sangat tu sampai tak boleh ambil adik?" Soalku sinis. Tersentak abang dibuatnya.

"Dia sibuk buat kerja. Main biola tak henti-henti. Katanya nanti dia terlibat dengan ochestra untuk acara pembukaan Le Musique Concurrence."

Wah! Abang akan terlibat dengan Le Musique Concurrence? Gembiranya aku! Hal ini demikian kerana, jikalau kami menang untuk peringkat kedua dan sempat ke rumah aku, kami sekumpulan akan terus ke Amerika Syarikat untuk menyertai Le Musique Concurrence. 

Eh kejap, siapa yang cakap pasal abang aku tadi tu?

"Suara macam kenal." Ucapku sebelum menoleh ke arah tangga. Seorang gadis berambut panjang  sedang tersenyum ke arahku.

Terbuntang mataku melihatnya. Dia semakin cantik dan menawan. Dialah kakakku, Halley Chanson. Pemain segala alat muzik dan penyanyi terhebat yang aku pernah jumpa.

"Kakak!" Jeritku gembira lalu terkedek-kedek berlari ke arahnya. Dia tersenyum riang melihatku yang bagaikan budak kecil.

Kami saling berpelukan. Keadaan ini seperti waktu aku kecil dahulu. Dakapan yang membuatkan aku berasa selamat tatkala diserang sekumpulan ahli organisasi Lilac pada suatu ketika dahulu. Dia rumah ini, di negara ini, aku selamat buat sementara waktu.

Kerana aku tahu, Ethan tiada di sini untuk mengintip aku.

 "Tuan muda, kertas muzik baru dari syarikat Music Beats telah tiba. Tuan muda kena berlatih lebih lagi kerana lagu untuk Le Musique Concurrence telah diubah tanpa sengaja." Seorang lelaki dalam pakaian formal menganggu sesi adik-beradik kami.

Keluhan yang sangat keras dilepaskan oleh abang. Riak wajahnya bagaikan sudah pasrah sungguh!

"Abang, siapa lelaki ni?" Tanyaku apabila tidak familiar dengan kehadiran lelaki dalam pakaian formal itu.

"Ini Logan. Pembantu peribadi abang. Senang kata, manager gitu." Abang memperkenalkan lelaki itu pada aku. Aku pula terangguk-angguk memandangnya.

Sambil meletakkan ibu jari dan jari telunjuk di dagu, aku meneliti segenap pakaian lelaki yang dipanggil Logan itu. Sebaik sahaja mataku tertangkap pada cincinnya yang berbatukan zamrud, aku terus menekup mulut.

"Pfft- Hahahaha!" Tak dapat ditahan, aku melepaskan tawa juga. Logan yang sudah agak bahawa aku sudah mengenal identitinya, memandang aku penuh risau.

Ya, Logan itu daripada organisasi Zamrud seperti Lydia. Pembasmi Lilac. Penyelamat keluarga Chanson. Itulah Lydia, lain kali jangan bagitahu tentang identiti kalian. Kan dah kecut perut pembantu abangku ini.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now