💎10💎

6.9K 601 25
                                    

Papan piano kutekan dengan penuh bersemangat. Bagi menghilangkan tekanan di dalam diri, aku bermain sebuah lagu dengan bersungguh-sungguh.

Mujurlah, bilik muzik itu kosong dan tiada sesiapa yang berada di situ. Sehinggalah...

"Yo, buat apa tu?" Soal satu suara yang agak familiar bagiku.

Aku menoleh lalu terlihat seorang jejaka yang sederhana tingginya. Dia melihatku dengan mata hijau yang terang akibat terbias dari cahaya yang berdekatan.

"Reuben? Kenapa ada dekat sini?" Tanyaku lalu menghentikan perbuatanku daripada terus menekan papan piano.

Dia menggosok bekakang tengkuknya sebelum memandangku tepat. "Err... Mayu mana?" Soalnya.

Senyuman nakal kuukirkan. Wah, jejaka ini semakin rapat pula dengan si Mayu tu? Ada hatikah? Kui, kui, kui.

"Mayu kat bilik muzik 3A rasanya. Carilah." Ujarku dan kemudian sambung bermain piano.

Jejaka itu mengangguk lalu berlari keluar.

Fufufu... Cepatnya.

♪♪♪♪♪

Sambil bernyanyi kecil, aku berjalan keluar dari bilik muzik 5D. Kertas-kertas di tangan kupeluk erat.

"Eh, itu bukan budak yang gedik dengan Encik Aden ke?" Satu suara kedengaran dari belakang.

"Iyalah! Siapa lagi kalau bukan satu-satunya gadis yang mempunyai rambut yang bewarna ungu di sekolah ini? Hah, tak normal langsung!" Balas sahabatnya di sebelah dengan ketawa mengejek.

Weh, pleaselah. Aku baru je lepaskan tension dalam diri tapi sekarang mereka dah buat aku tertekan semula.

"Sudah-sudahlah tu! Tak baiklah ejek orang." Ujar salah seorang pula.

Oh, ada tiga orang?

Tepukan perlahan kudengar dari belakang. Walaupun aku sedang berjalan namun, deria pendengaran kubuka luas-luas.

"Sakitlah! Janganlah pukul saya." Ucap gadis yang dipukul.

"Kau ni Ainsley! Kau kawan baik Audrey kot. Kau kena berpihak pada dia. Jangan berpihak pada perempuan tu!" Marah sahabatnya. Hm, aku rasa dia sedang menuding ke arah aku.

Ainsley hanya mendiamkan diri. Kedua-dua sahabatnya pula membiarkannya dan sibuk mencaci aku lagi.

Aku memberhentikan perjalanan dan perbuatan itu membuatkan mereka tersentak. Dengan kelajuan maksima, aku berpaling. Terkejut mereka. Hahaha!

"Kalian cakap pasal saya?" Soalku dengan wajah yang serius. Tak perlu beri senyuman dekat orang-orang yang tidak bertamadun ini.

Mereka terdiam seketika sebelum dua daripada mereka (kecuali Aiensly) membuka bicara. "Ah tidak, tidak."

"Mari!" Ucap salah seorang daripada mereka lalu menarik tangan sahabatnya dan Ainsley.

"Tunggu!" Ucapku lalu memegang tangan Ainsley. Ainsley kaget manakala sahabat-sahabatnya pula melarikan diri terlebih dahulu.

Gadis itu menggigit bibir lalu menundukkan kepala. "Lepaskan saya." Pintanya sambil menarik tangannya yang berada di dalam genggaman aku.

"Kejap." Ucapku sebelum menyambung. "Kenapa awak pertahankan saya?"

Dia mengangkat kepala lalu merenungku dengan tajam. "Mana ada saya pertahankan awak! Saya cuma tak suka bila kawan-kawan saya cakap buruk pasal orang je." Jawabnya dengan nada yang tinggi.

Terkejut? Ya, aku terkejut juga. Tiba-tiba saja melenting.

Aku menarik nafas dalam lalu melepaskannya perlahan-lahan. "Terima kasih." Balasku dengan senyuman yang manis.

Secara tiba-tiba, wajah Ainsley menjadi merah sedikit. Dia memalingkan wajah lalu dengan segera aku melepaskan tangannya. Selepas itu, dia berlari meninggalkan aku.

Aduhai, kenapalah budak yang baik ini boleh tersekat dengan puteri sekolah yang perasan tu?

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now