Part 1 - Budak misteri

53.6K 2.6K 42
                                    

Ain memerhatikan seorang budak perempuan yang duduk seorang diri di kerusi batu berhampiran dewan sekolah. Sebelah tangannya memegang roti manakala sebelah lagi memegang buku. Begitu khusyuk membaca sehingga tidak perasan ada mata yang sedang memerhati tingkahnya.

Sudah sebulan budak itu berpindah di sekolah ini, tetapi tiada seorang murid pun yang mahu mendekatinya. Ain mahu mendekati budak baru itu tetapi ada suara yang menghalang pergerakannya. Sewaktu dia berkira-kira ingin bangun dari kerusi. Tiba-tiba --

"Weh, jangan dekat dengan dia" tegah Faa atau nama sebenarnya Faiha Jannah. Dia memegang kejap bahu Ain Amani.

Perkenalkan Faa, teman baik merangkap sahabat sejati sehidup semati. Haa gituww . Entah dari mana munculnya dia ni . Tetiba ja. Terperanjat aku.

"Kenapa pulak? Kesian dia makan sorang-sorang" kata Ain sesekali menjeling gadis itu. Rambut panjang itu menutupi wajah apabila dia menunduk membaca buku. Sekali tengok, serius rasa seram weh.

Tak boleh ke ikat dulu rambut tu? Tak pasal- pasal meremang bulu roma aku. Gerutu Ain dalam hati.

"Dia tu misteri sikit. Aku dengar dia ada gigi taring" cerita Faa separa berbisik di telinga Ain. Itulah apa dia dengar daripada budak kelas sebelah. Kecoh satu sekolah dengan cerita itu. Macam mana la si Ain ni boleh tak tahu tentang berita sensasi ini? Pelik betul.

"Ye ke? Jom, aku nak pergi tengok" Ain mengajak Faa dengan penuh keterujaan. Kakinya bangun bersedia untuk melangkah.

"Ain! Jangan!" Faa menarik tangan Ain kuat. Nasib tak tersembam kawannya itu. Kalau tak, mahu pengsan dia kena hempuk dek ketua perpustakaan itu.

"Kenapa pulak? Tadi kau kata ada taring. Aku nak pergi tengok la ni" soal Ain geram. Main tarik- tarik pulak. Ingat aku ni tali? Suka hati je dia ni. Ain mengomel geram.

"Nanti dia hisap darah kau, baru kau tau" ugut Faa. Tangannya membetulkan tudung di kepala sambil matanya memandang pelajar baru tersebut.

" Iya ya jer kau ni" Ain menjeling Faa yang berada di sebelahnya.

"Betul la.. Ada orang kata dia tu keturunan vampire" Faa menambah lagi. Itulah yang dihebohkan oleh budak kelasnya. Budak baru itu keturunan vampire!

"Nonsense. Aku tak percaya cerita karut macam tu" Ain menggeleng kepala. Tangannya yang dipegang erat oleh Faa ditarik perlahan.

"Hey.. betul la. Aku dengar orang cakap" balas Faa membela diri. Dia mencebikkan bibirnya yang agak tebal itu. Ceyhh.. cubit kang baru tahu.

"Kau sikit - sikit percaya orang cakap, sikit-sikit orang cerita. Mulut orang kadang-kadang suka reka cerita. Kau jangan percaya sangat. Entah betul ke tak, kita kena la selidik dulu kan" marah Ain. Betul apa yang dia kata.

Dari tadi si Faa ni asyik dengan 'orang kata' dan seangkatan dengannya. Apa guna cakap belakang. Baik pergi tanya kepada budak baru itu depan-depan. Baru dapat tahu berita sahih atau khabar angin. Ini tak, percaya saja bulat- bulat apa orang cakap. Ain mengeluh perlahan.

"Susah la cakap dengan kau ni" Faa tarik muncung sedepa apabila dimarahi oleh Ain.

"Susah sudah.. tak payah cakap. Kurang dosa sikit. Sampai bila nak jadi pendosa tanpa noktah ni haa?" balas Ain geram. Sengaja mahu membakar hati kawan baiknya itu.

"Ha.. melawan. Ni la budak- budak zaman sekarang ada ja idea nak balas kan. Dah la malas layan kau. Aku masuk kelas dulu. Jangan lama sangat, nanti cikgu marah kang padan muka kau haha" sempat lagi Faa memberi pesanan ringkas serta ketawa mengejek kepada Ain sambil bangun dari kerusi batu yang dia duduk. Di situ port mereka berdua apabila tiba waktu rehat.

Ellehh... Macam la dia tu makcik tua. Dia pon sama ja umur dengan aku. Acah budak zaman sekarang konon. Ceyh! Podahh!! Ain hanya tersenyum melihat gelagat temannya itu

"Yer... Aku tahu la" Jawab Ain malas. Dia memandang pemergian Faa yang melangkah ke kelas. Jam tangannya dipandang. Lagi lima minit loceng tamat waktu rehat akan berbunyi. Masih ada masa untuk dia mengintip gadis 'misteri' yang dikatakan oleh Faa sebentar tadi.

Ain mengalihkan pandangan ke hadapan. Aikk... Dah hilang? Betul- betul misteri ni. Dia tergelak kecil dengan kata-kata mindanya. Matanya meliar mencari kelibat gadis itu. Namun, langsung tidak kelihatan di sekitar dewan tersebut. Mungkin dah masuk kelas kot, bisik hatinya.

Ain Amani hanya mengangkat bahu dan mencebik bibir. Dia membuat telahannya sendiri.

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now