Part 10 - Tamat SPM

30.1K 1.9K 54
                                    

Ting

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ting... Tong..

Ain menekan loceng. Kuih yang dibekalkan oleh mamanya dipeluk erat. Sementara menunggu pintu dibuka, Ain memerhati sekeliling rumah agam putih itu. Cuaca mendung yang menandakan hari akan hujan menambahkan lagi suasana seram dalam rumah itu. Badan Ain dipusing- pusing setempat sambil mata masih terpaku pada hutan gelap di hadapan rumah Andrea. Pak Wan sedang menunggu dalam kereta.

Tiba- tiba matanya memandang susuk tubuh seseorang lelaki berjalan memasuki hutan itu. Hoodie hitam yang dipakai menutupi keseluruhan mukanya. Ain tidak lepas memandang susuk itu.

"Eih Ain" tegur Puan Marina yang baru sahaja membuka pintu rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Eih Ain" tegur Puan Marina yang baru sahaja membuka pintu rumah.

"Assalamualaikum mak cik" tangan Puan Marina disalam penuh hormat. Etika yang diajar oleh mama dan papa sejak dia kecil.

"Waalaikumussalam. Maaflah lambat sikit buka pintu. Mak cik kat dapur tadi" kata Puan Marina sambil tersenyum.

"Tak apa. Ni mak beri kuih sikit" Ain Amani menghulurkan bekas biru kepada Puan Marina.

"Terima kasih. Andrea demam sampai tak boleh bangun. Dah pergi klinik tadi dan dapat MC tiga hari. Esok Ain tolong bagitahu guru kelas Andrea eih" berita Puan Marina.

"Oh ye ke. InsyaAllah esok Ain akan maklumkan" kata Ain Amani. Senyuman manis tidak lekang dari bibirnya sejak tadi.

"Jemput la masuk dulu. Tak elok pulak sembang dekat luar ni" ajak Puan Marina.

"Eh tak apa. Pak Wan tengah tunggu Ain dalam kereta tu. Nanti ada masa, Ain datang lagi. Kirim salam dekat Andrea dan pesan kat dia jangan lupa makan ubat. Okay la. Ain balik dulu. Sekejap lagi mama papa risau pula" Ain menolak lembut.

"Okay. Hati- hati" kata Puan Marina ringkas.

"Terima kasih. Assalamualaikum" Ain memberi salam. Sejurus itu dia terus menuju ke arah kereta di mana Pak Wan sedang menunggu.

"Waalaikumussalam" jawab Puan Marina dalam hati.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dia VampireWhere stories live. Discover now