Part 83 - Satu ikatan

30.7K 1.7K 72
                                    

Andry Zuhairie Risley melangkah mendekati isterinya yang ralit merenung langit malam. Rambut Ain terbuai apabila ditiup angin malam. Lantas tangannya melingkar di pinggang ramping gadis itu. Jelas tubuh itu seakan terkejut dengan perbuatannya itu.

Satu kucupan hinggap di leher dan kemudian turun pada bahu Ain yang terdedah. Dia menggigit lembut hingga meninggalkan kesan taring di situ. Haruman tubuh Ain Amani dihidu dalam- dalam. Rasa cinta buat isterinya semakin menggunung hari demi hari.

"Zaura dah tidur?"

Rindu pula dia pada anak gadisnya itu setelah seharian dia di pejabat. Selesaikan semua kertas kerja dan mesyuarat penting. Esok mereka akan pulang ke rumah arwah Puan Marina di bandar untuk lakukan persiapan perkahwinan Andrea.

"Dah... Menangis dia tadi sepanjang hari tak tengok muka papa dia"

Tersenyum Ain Amani teringatkan telatah Zaura tadi. Tak henti-henti menyebut dan memanggil si papa. Zaura tak akan tidur selagi tidak melihat wajah Zuhairie. Itu pun dia tertidur akibat penat menangis tadi. Letih juga Ain nak mengawal.

Zuhairie mengangguk kecil. Manjanya Zaura, langsung tak boleh renggang bapa kesayangan.

"Kau kenapa tak tidur lagi?" Soal Zuhairie lagi. Pelukan di tubuh kecil itu dieratkan lagi.

"Tunggu abang balik la. Sambil-sambil boleh tengok bintang-bintang di langit. Cantik!" Ain tersenyum manis. Dia masih leka merenung langit yang dihiasi taburan bintang.

"Kau memang suka tengok bintang ke?" Zuhairie meletakkan dagu atas kepala Ain Amani. Dia turut memandang ke arah langit gelap yang dihiasi bintang gemerlapan. Memang indah ciptaan Tuhan. Dalam hati dia akui, kebesaran Allah tiada sesiapa pun yang dapat tandingi.

"Suka sangat. Time mengandungkan Zaura dulu, abang pernah hamparkan tilam kat luar semata-mata nak cipta memori indah dengan Ain" Ain berkata ceria. Kenangan indah yang tersemat dalam ingatan, tidak akan dia lupakan. Detik indah bersama Andry Zuhairie Risley suatu ketika dahulu amat berharga baginya.

Suasana jadi sunyi tiba-tiba. Pelukan di pinggang terasa kendur. Terlintas rasa aneh dalam hati Ain Amani. Lantas dia mengalihkan tubuh menghadap Zuhairie. Dia lihat Zuhairie menunduk sayu, merenung kaki.

"Maaf" kata Zuhairie ringkas

"Kenapa abang minta maaf?" Ain menyoal lembut. Dia sudah tahu jawapannya, tetapi sengaja mahu menyoal. Menyesal pula dia mengungkit tentang zaman silam. Peristiwa sebelum Zuhairie hilang ingatan.

"Sebab aku tak boleh ingat kenangan tu" Zuhairie mengangkat wajah, memandang lama wajah manis isterinya.

Ain Amani menarik nafas, lalu dihela lembut. Dia cuba mencari kata-kata yang sesuai untuk diucap. Ain Amani mencapai tangan Zuhairie lalu menggenggam erat.

"Ain tak pernah salahkan abang. Ain tahu ada hikmah di sebalik semua ni. Abang dah boleh terima Ain dan Zaura ni pun dah cukup bermakna bagi kami" Ain memujuk perlahan.

Ain tersenyum manis. Tangannya naik mengusap pipi Zuhairie lembut. Lelaki itu memejamkan mata rapat. Merasa sentuhan dan belaian kasih dari seorang isteri. Andai ingatannya kembali, dia akan pastikan memori itu kekal tersemat di ingatan sampai bila-bila.

•••••

Zuhairie dan Ain pulang ke rumah Puan Marina untuk menguruskan hari yang penuh bermakna itu. Mereka tinggal di sana untuk beberapa hari sahaja. Selepas ini, rumah peninggalan arwah Puan Marina akan dihuni oleh Andrea dan Fawwaz. Lagipun sebelum ini memang Andrea sahaja yang tinggal di sana bersama beberapa orang gaji selepas kematian Puan Marina.

Pelbagai persediaan sudah dilakukan oleh mereka. Kawasan rumah Puan Marina di bandar sudah dihias cantik. Rumah itu dijadikan tempat berlangsungnya majlis akad nikah antara Fawwaz Amsyar dan Andrea Az Zahra Rislea. Seterusnya mengadakan majlis persandingan di kawasan halaman rumah.


Majlis akad nikah antara Fawwaz Amsyar dan Andrea berlangsung dengan lancar sekali. Andry Zuhairie Risley menjadi wali, menikahkan Andrea Az Zahra Rislea dan Fawwaz Amsyar. Kini, mereka berdua sudah sah menjadi suami isteri.

Tuan Azahari dan Puan Aisyah turut sama datang membantu. Melayan kerenah si Zaura yang suka dengan hiasan bunga-bunga. Meriah kawasan rumah itu dengan gema suara dari tetamu yang hadir. Kebanyakannya terdiri daripada kalangan ahli korporat yang terkenal.

Fawwaz dan Andrea seperti pinang dibelah dua ketika bersanding di atas pelamin yang dihias cantik oleh pereka terkenal. Sungguh Ain tidak menyangka, dua orang yang sentiasa bergaduh ketika zaman sekolah, kini berkahwin atas dasar cinta.

Sebab itulah jangan terlalu benci pada seseorang kerana nanti akan bertemu jodoh juga suatu hari nanti.

Sedang Ain Amani ralit berangan, tiba-tiba terasa satu tepukan halus di bahunya. Pantas dia menoleh. Ingin melihat gerangan yang berani mengganggu angan-angannya sebentar tadi. Melihat wajah manis itu, serta merta riak wajah berubah. Senyuman lebar menghiasi bibirnya.

"Faa ! Lamanya aku tak jumpa kau" Ain terjerit kecil. Wanita bertudung labuh di hadapannya dipeluk erat. Sungguh dia rindu akan sahabatnya itu. Terlalu lama mereka tidak ketemu. Baru kini mereka berpeluang berjumpa dan meluahkan rasa rindu yang menggunung dalam hati.

Faiha Jannah. Sahabat baiknya ketika sekolah dulu. Rakan gosip dan geng mak cik bawang yang paling terkenal di sekolah. Segala berita pasal budak hot mesti akan sampai pada pendengaran si Faa ni dulu. Rindunya dia pada zaman persekolahannya itu.

"Rindunya aku kat kau. Tak sangka aku, Ain Amani si pengawas pustakaan ketot dah jadi mak budak sekarang ni" ujar Faa ceria setelah pelukan dileraikan. Sempat lagi dia mengutuk ketinggian tidak normal Ain Amani. Alahai, dia pun lebih kurang sama saja. Dalam kategori 'Geng Tak Cukup Kalsium' !

Ain mencebik masam. Nasib baik la Faa ni tetamu. Kalau tak, dah lama dia kasi backhand pada gadis itu.

Faa tersenyum manis. Bahagianya melihat telatah kebudak-budakan Ain Amani. Banyak cerita yang keluar dari mulut masing-masing. Mengimbas kembali kenangan mereka di sekolah menengah. Sempat mereka bertepuk tampar sebelum Ain Amani menariknya menuju ke kawasan pelamin yang dihias cantik.

Namun, tanpa dia sedar ada mata tajam yang sedang memerhati tingkah lakunya. Merenung setiap gerak geri Faiha Jannah. Langsung tidak terlintas di fikiran akan kedatangan gadis itu. Senyuman jahat terukir di bibir pucat itu.

"We meet again, dear !"

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now