LAST SPECIAL PART

27.8K 1.5K 181
                                    

"Pontianak !"

Panggilan seorang budak lelaki menyebabkan dia berhenti melangkah. Wajahnya dipaling menghadap suara itu. Siap pakej jelingan tajam dihadiahkan khas untuk budak lelaki berbadan gempal itu. Rasa marah yang sedang membuak buak dalam hatinya, sedaya upaya dia tahan.

Ada jugak yang hilang kepala karang. Nafas ditarik sedalam yang mungkin. Dia mengurut dada. Sabar... sabar... !

Budak lelaki yang sedang duduk di tembok tadika, dia pandang tajam dengan mata bundarnya. Terdapat juga beberapa orang kanak-kanak sebaya berkumpul sambil memandang ke arahnya. Mungkin kawan kepada budak lelaki tersebut.

"Korang tahu tak dia anak cikponti?" Soal budak lelaki itu kepada rakan-rakannya. Senyuman jahat menghiasi bibir kecil itu. Suka benar dia melihat wajah itu memerah menahan marah.

Rakan-rakannya yang berpakaian sut tadika hanya menggelengkan kepala. Langsung tidak mengetahui akan berita seperti yang dikatakan rakan mereka.

"Hah ?! Korang tak tahu ? Sedihnya hidup korang. Gosip hangat macam ni pun tak tahu. Slow macam siput sedut !" Ejek budak lelaki itu kepada rakannya. Kepala digeleng berkali-kali.

Ada juga orang nak berkawan dengan budak gemok ni. Langsung tak ada adab bila bercakap.

Wajah berpaling menghadap mangsa ejekannya semula. Mereka saling merenung antara satu sama lain.

"Pontianak ! Tunjuk la muka buruk kau kat kitorang. Kitorang nak tengok !" Jeritan budak lelaki itu bergema lagi. Kemudian, diikuti dengan gelak tawa yang amat memedihkan telinganya.

Menguji kesabaran betul toyol ni. Dah la gemuk pastu pendek pulak. Dasar katik !

"Kau diam la gemok ! Melalak macam badak" balas Aisha Zaura Rislea geram. Dia paling pantang jika orang mempermainkan soal keturunan keluarganya. Macam mana budak lelaki itu boleh tahu tentang perkara itu?

Meskipun dia baru berusia 5 tahun, namun kepetahan bersuara menyebabkan orang dewasa mengkagumi dirinya. Ada saja idea mahu membalas dan mencatas setiap kata-kata.

Panggilan yang diberi oleh Zaura menyebabkan wajah budak lelaki yang bernama Qalish itu merah padam. Lantas dia melompat turun dari tembok tadika. Bibir diketap kuat. Perkataan yang paling dia tak suka dan benci sekali.

"Mak aii.. sensitif betul aku dengan perkataan tu. Baik kau tarik balik kata-kata tu sebelum aku ..." Qalish hilang kata. Terdiam dia memikirkan ayat seterusnya.

"Sebelum apa? Nak tumbuk aku? Kalau berani mari la" cabar Zaura sambil tersenyum sinis. Dia mara ke hadapan tanpa rasa getar. Budak lelaki itu tak akan berani berdepan dengannya. Dia tahu itu !

Cakap saja siapa Aisha Zaura Rislea, pasti semua murid-murid dan guru-guru di situ mengenali dirinya. Pelajar tadika yang menjadi pemenang seni mempertahankan diri peringkat kebangsaan. Waw ! Hebat kan?

Dan dia juga terkenal dengan keturunan yang memiliki darah vampire. Lihat saja papanya, pasti setiap guru di situ akan tertarik untuk berpaling buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Kecomelan putih kemerahan wajahnya semestinya diwarisi daripada papanya, Andry Zuhairie Risley.

Aisha melihat Qalish berundur je belakang. Penakut rupanya budak ni. Nampak macam berani sangat tadi.

"Penakut !" Zaura tersenyum sinis. Dia memeluk tubuh sambil menenyeh hidung seperti seorang samseng. Budak lelaki itu dia pandang atas bawah.

Alahai budak ni, kecil-kecil dah buat perangai gangster dia.

"Kurang ajar kau pontianak" jari telunjuk diarahkan kepada Zaura. Nak aje dia ganyang budak perempuan berwajah campuran di hadapannya itu. Tetapi, apabila teringat akan kebolehan Zaura, dia jadi gerun. Dibatalkan saja hasrat yang berbuku dalam hati.

Dia VampireWhere stories live. Discover now