Part 80 - Sembuh

32.8K 1.7K 144
                                    

Andry Zuhairie Risley melangkah memasuki sebuah bilik. Gelap dan kelam. Hanya diterangi dengan cahaya lilin dan obor yang disangkut pada dinding. Satu bau kurang menyenangkan memasuki rongga hidung. Bau seperti darah dan bangkai yang dicampur aduk menjadi satu.

Ain Amani memandang sekeliling. Dari tadi dia setia menemani si suami. Sanggup dia tahan loya ketika memasuki bilik itu. Suasana kelihatan amat menakutkan. Dia bagaikan berada di rumah bomoh yang mempunyai banyak tengkorak manusia.  Namun, tidak bagi Zuhairie dan Randy. Mereka sudah biasa keadaan seperti ini.

Zuhairie didudukkan di atas sebuah kerusi besi. Tubuhnya diikat kuat oleh Randy. Begitu juga dengan tangan dan kaki. Ni nak ubatkan aku atau nak bunuh aku. Sakit la, gila. Sempat lagi Zuhairie mengutuk dalam hati.

"Kau yakin aku boleh sembuh?" Soal Zuhairie. Dia berasa ragu-ragu dengan kemahiran yang dimiliki oleh Randy. Risau juga dia jika penyakit itu bertambah teruk. Bukan sebarang penyakit yang dia hadapi ini. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh sembuhkan.

"InsyaAllah, aku masih ingat dan tahu cara buat penawar tu. Dan ini hasilnya" cecair di atas tray ditunjukkan kepada Zuhairie dan Ain Amani. Setelah dua hari dua malam dia bertungkus lumus menyiapkan ramuan itu, akhirnya berjaya juga. Disebabkan dia Zuhairie jadi begitu. Jadi, dia juga yang perlu hilangkan darah vampire itu.

Zuhairie dan Ain saling berpandangan. Bukan teruja kerana ramuan yang ditunjukkan, tetapi perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu membuatkan mereka berdua tersentak.

Tak sangka Randy mudah menerima ilmu baru. Lelaki itu dah mahir menggunakan perkataan tersebut. Walaupun agak kekok dia menyebut tadi.

Randy mengerutkan dahi. Kenapa dua manusia dia hadapannya itu kelihatan terkejut? Dia silap cakap ke?

Seketika kemudian baru dia sedar.

"Kenapa? Tak salah kan?" Randy berkata polos. Dia masih dalam proses mendalami ilmu Islam. Banyak lagi perkara yang perlu dia belajar. Mujur otaknya mudah faham, kalau tak memang kena ulang-ulang banyak kali.

Ain menggeleng perlahan sambil tersenyum manis. Manakala Zuhairie menjeling tajam wajah isterinya. Senyum tu simpan sikit untuk suami ni. Bentak Zuhairie geram.

"Okey.. aku akan mulakan sekarang" cepat-cepat Randy ubah topik apabila sedar akan jelingan tajam sepupunya. Kuat jeles pulak sejak-sejak hilang ingatan ni eh.

Zuhairie mengangguk laju. Dia ingin cepat sembuh. Mahu melakukan semua aktiviti yang mungkin boleh mengembalikan ingatannya.

Randy mula membaca mantera entah dalam bahasa mana. Ain hanya memerhati. Dah macam dalam cerita Harry Potter dah. Ditambah lagi dengan tongkat kayu kecil yang dipusing-pusing ke arah Zuhairie.

Ain terfikir sebentar. Kenapa Randy tak ubatkan darah vampire dia sendiri? Adakah dia tidak mahu jadi manusia normal seperti yang lain.  Oh ya ! Baru dia ingat, darah Randy sememangnya asli dan tak boleh diubati lagi. Darah itu akan kekal selamanya dalam tubuh lelaki itu.

Randy mengambil jarum di atas tray lantas memasukkan cecair warna merah pekat ke dalam tubuh Zuhairie.

Tiba-tiba Zuhairie mengganas. Nyaringan suara kuat kedengaran. Ain lihat Zuhairie seperti bertarung dengan kesakitan yang dialami. Merah muka suaminya itu. Urat-urat hijau mulai timbul di sekitar wajah dan lengan. Seperti ada satu kuasa yang berasak-asak mahu keluar dari tubuh lelaki itu.

Dia VampireWhere stories live. Discover now