Part 27 - Senggugut

46.2K 2K 109
                                    

Bunyi desahan sedikit sebanyak mengganggu tidur Zuhairie. Terpisat-pisat dia membuka mata. Dari samar cahaya lampu tidur, dia melihat Ain sedang meringkuk seperti menahan kesakitan. Leher dan dahi isterinya berpeluh walaupun kipas terpasang. Mata Ain Amani terpejam rapat dan dahi gadis itu berkerut seribu. Sebelah tangan menekan perut dan sebelah lagi memegang dahi. Mungkin dia sakit perut , fikirnya.

Zuhairie bangun dari perbaringan lalu menolak selimut yang menutupi tubuh Ain. Wajah Ain sangat pucat, tangan dan kakinya sejuk membeku. Jari jemari Ain dipegang erat. Kasihan melihat isterinya yang dalam kesakitan. Sudah la sakit di kaki belum pulih, ditambah lagi dengan demam dan sakit perut.

"Sa.. sakit." Kata Ain sepatah. Air mata yang ditahan sedari tadi akhirnya merembas keluar. Dia tidak tahan, kerana terlalu sakit.

"Syyyy... jangan nangis. Aku ada kat sini." Zuhairie berusaha memujuk Ain Amani. Ain yang tidak tahan dengan sakit yang dialami, meringkukkan badannya. Dengan balutan di kaki membuatkan dia tidak selesa. Tidak tahu apa yang harus dibuat. Tangannya sudah menggeletar kerana menahan sakit. Nafasnya disusun satu persatu.

Zuhairie cepat-cepat bangkit dari katil dan menuju ke tempat simpanan ubat-ubatan. Di capai satu botol minyak angin dan menyusun langkahnya menghampiri Ain di katil.

Baju Ain Amani ditarik melepasi paras pinggang. Dia membuka penutup minyak angin tersebut lalu dituangkan ke telapak tangannya. Dia urutkan perlahan-lahan. Zuhairie mengurut-urut lembut sekitar pinggang dan perut isterinya. Ain membiarkan sahaja perbuatan suaminya. Dia berasa selesa dengan kehangatan minyak angin dan sentuhan lembut jari jemari kasar Zuhairie.

Ain yang berasa selesa dengan tindakan Zuhairie mula bertenang. Akhirnya dia tertidur dalam kesakitan. Zuhairie melihat kerutan di dahi Ain semakin lama semakin menghilang. Itu tandanya, kesakitan yang dialami oleh Ain semakin berkurangan. Tetapi, dia masih lagi meneruskan mengurut-urut perut Ain dengan perlahan-lahan.

Setelah memastikan Ain selesa dengan urutan tersebut, Zuhairie memberhentikan perbuatannya. Dia menarik selimut untuk menyelimutkan tubuh Ain kembali. Kaki dan tangan Ain masih lagi sejuk. Mungkin disebabkan demam yang dialami belum pulih. Dia memerhati susun nafas Ain yang semakin teratur. Ain sudah lena di alam mimpinya, mungkin disebabkan terlalu sakit sehingga Ain lena dalam kesakitan.

Zuhairie menarik tubuh Ain ke dalam dakapan. Ditepuk bahu Ain seperti mendodoikan anak kecil. Dia merapatkan mukanya ke muka Ain. Dahi Ain dicium lembut. Rutinnya setiap malam sebelum tidur.

•••••

Ain buka mata perlahan-lahan. Terasa mencengkam di bahagian bawah perutnya. Ari-arinya sedikit ngilu membuatkan dia berasa tidak selesa. Sakit semalam mesti tak lain tak bukan senggugut. Dia cuba untuk bangun dari katil.


"Kau nak pergi mana?" Soal suara serak dari sebelahnya. Zuhairie bangun dari perbaringan. Dalam keadaan mamai, belakang kepala digosok perlahan.

"Tandas" jawab Ain ringkas sambil melorot memandang wajah suaminya. Selimut yang jatuh hingga ke pinggang menampakkan tubuh sasa lelaki itu. Zuhairie mengangguk perlahan sebelum merebahkan badan semula di atas katil. Dia ingin menyambung tidur memandangkan hari masih lagi awal.

"Awak bangun kejap" pinta Ain Amani serba salah. Mata Zuhairie yang layu, terbuka semula. Pandangan mereka bertatapan untuk seketika.

Zuhairie masih lagi terpinga-pinga, namun diturutkan jua arahan Ain Amani. Matanya tertancap pada cadar putih yang bertompok warna merah. Oh... Patut la sakit sangat malam tadi. Senggugut rupanya.

Dia VampireWhere stories live. Discover now