Part 31 - Nasihat Elicia

43.4K 1.8K 40
                                    

"Hey bruh.." tegur Elicia apabila melihat Zuhairie di tempat yang dijanjikan. Lelaki itu segak berpakaian pejabat bersandar pada bangku di taman itu. Di tangan ya terdapat air minuman sejuk. Elicia mengambil tempat di sebelah Zuhairie yang merenung jauh ke hadapan.

"Kenapa monyok ni? Macam ada masalah besar je. Tak nak cerita ke?" Soal Elicia prihatin. Wajah masam Zuhairie dipandang. Kalau dulu lelaki itu langsung tak nak keluar rumah siang hari. Katanya takut cahaya matahari. Nampaknya segalanya dah berubah sekarang. Andry Zuhairie Risley telah menjadi manusia yang normal semula.

"Ain..... " Jawab Zuhairie perlahan.

"Kenapa dengan dia?" Elicia jadi pelik. Ada perkara buruk yang berlaku ke?

"Dia nak pulang ke pangkuan family dia" beritahu Zuhairie lirih

Elicia hembus nafas lega. Ingatkan apa la tadi. Buat suspen aje Zuhairie ni.

"So? Apa masalahnya. Kau pun dah beberapa bulan sembunyikan dia. Tentu family dia risau" tenang Elicia bersuara. Dia cuba memberi nasihat yang terbaik buat sahabatnya.

"Masalahnya aku tak sedia lagi. Aku tak tahu penerimaan diorang macam mana. Kau tahu kan aku kahwin senyap-senyap" matanya merenung redup wajah Elicia. Satu masalah besar yang sedang dia pikul.

"Kau boleh.. aku tahu kau boleh. Mintak Andrea atau mama kau temankan. Cerita kepada diorang semuanya. Ingat ! Perempuan yang kau kahwini tu anak perempuan diorang" kata Elicia. Dalam satu perkahwinan, tiada apa yang perlu disembunyikan. Setiap pasangan mesti jujur dan ikhlas.

"And...kalau dia balik pada family dia. Dia akan tinggalkan aku. Aku tak nak kehilangan dia. Aku.... Aku sayang dia" ucap Zuhairie penuh ikhlas. Dia menundukkan kepala merenung pasiran di taman itu. Rasa sebak mula mencengkam.

Kali pertama dia merasai perasaan ini selepas bapanya meninggal dunia. Sejak itu dia cuba menjadi kuat demi melindungi ibu dan adik serta orang yang dia sayang. Sejak mengenali Ain Amani, dia berjanji pada diri sendiri akan menjaga dan melindungi gadis itu sepenuh hati. Dia tidak sanggup kehilangan Ain Amani. Dia tidak dapat bayangkan apa yang bakal berlaku jika dia memberitahu perkara sebenar kepada keluarga Ain Amani.

Adakah mereka akan berpisah dan bercerai? Oh tidak! Dia tidak akan sama sekali melepaskan Ain Amani dari hidupnya.

Tidak akan !

•••••

"Polis masih tak dapat kesan adik ke Aniq? Masih tak ada apa- apa berita?" Soal Tuan Azhari kepada anak keduanya. Puan Aisyah di sebelah hanya diam. Segala urusan tentang kes kehilangan anak perempuannya dia serahkan kepada pihak polis.

Hanya Allah sahaja yang tahu di mana anaknya berada. Sama ada masih hidup atau sudah mati dibunuh. Air mata sudah lama kering. Dia mesti kuat untuk menerima sebarang berita. Dia tidak boleh lemah.

"Polis tak dapat nak jejaki adik" jawab Aniq tenang. Fikirannya sangat serabut. Dia tidak tahu di mana lagi dia mahu mencari adik kesayangannya itu. Satu satunya adik yang dia ada.

Ting.... Tong.....

Aniq dan Tuan Azhari berpandangan sesama mereka. Kemudian, mereka bangun untuk melihat siapa yang datang. Pintu rumah dibuka. Terpampang wajah seorang lelaki yang tidak dikenali. Mata mereka beralih ke sebelah. Andrea Az Zahra Rislea memandang mereka sebelum menyiku lelaki itu.

"Saya Andry Zuhairie Risley. Abang Andrea. Kami datang ni nak bagitahu perkara sebenar" kata Zuhairie tenang. Lelaki muda yang berada di sisi Tuan Azhari dipandang sekilas. Mungkin abang kepada Ain merangkap abang iparnya.

"Tentang apa?" Soal Tuan Azhari pelik. Tiba-tiba sahaja datang memperkenalkan diri. Seperti ada yang tidak kena. Dia memandang Aniq. Pelbagai persoalan bermain di minda mereka berdua.

"Tentang anak tuan, Ain Amani" beritahu Zuhairie. Andrea memandang belakang tubuh abangnya. Janganlah ada perkara buruk yang terjadi.

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now