Part 2 - Sombong?

41.8K 2.2K 67
                                    

Suasana library yang agak lengang memudahkan Ain untuk menjalankan tugasnya sebagai ketua pengawas perpustakaan. Menjadi rutin hariannya untuk memastikan keadaan disiplin pelajar dalam keadaan terkawal. Dia juga bertanggungjawab memastikan pengawas yang bertugas pada hari berkenaan menjalankan tugas mereka dengan sempurna dan mencatitkannya ke dalam Buku Laporan yang telah disediakan.

Tiba- tiba, pandangannya terarah kepada satu susuk tubuh di sudut yang agak tersorok dalam library. Ain Amani mengecilkan mata. Almaklumlah, orang rabun jauh gini la cara yang sesuai. Cermin mata pula lupa bawa. Adoi cuai sungguh, bisik hatinya. Dia melangkah perlahan mendekati pelajar misteri yang leka membaca buku di situ.

"Hai... Kau budak baru kan kat sini?" Soal Ain beramah mesra walaupun dia tahu akan jawapannya. Dia melabuhkan punggung di tepi gadis itu.

Diam. Gadis itu memandang Ain seketika sebelum kembali menunduk membaca buku atas meja.

"Aku Ain Amani. Kau?" Tangannya dihulurkan untuk bersalaman sebagai tanda persahabatan. Ini kali pertama mereka berbual. Maklumlah kelas mereka berdua berbeza. Budak baru tu belajar di kelas 5A iaitu kelas pertama di tingkatan lima manakala Ain pula ditempatkan di kelas 5B iaitu kelas nombor dua.

Minatnya yang mendalam dalam bidang rekaan membuatkan dia memilih kelas 5B walaupun dia pernah ditawarkan untuk memasuki nombor satu itu.

Tapi yang dia pelik, semua budak perempuan di sekolah itu tergedik- gedik mahu memasuki kelas 5A yang menawarkan aliran sains tulen iaitu Biologi, Kimia, Addmath dan Fizik. Ini mesti pasal mamat longkang yang juga merangkap ketua pengawas sekolah itu.

Diam lagi. Amboih sombong betul minah ni. Sekali aku pelangkung baru kau tau. Kata - kata itu hanya bermain di mindanya sahaja.

Ain menarik kembali tangannya apabila huluran tidak disambut. Dia terpaksa memaniskan wajah walaupun dia sedikit terasa dengan layanan gadis itu.

"Erm... Tak apa la. Aku dengar ada orang panggil. Nanti ada masa kita sembang lagi. Bye" Ain meminta diri apabila terasa suasana janggal menyelubungi mereka berdua. Sebenarnya, tiada sesiapa pun yang memanggilnya. Itu hanyalah rekaan semata- mata bagi menjauhkan diri dari budak misteri itu.

Patut la tiada siapa mahu berkawan dengan budak tu, sombong rupanya. Tanpa membuang masa, Ain terus berlalu menuju ke arah Faa yang sedang mengemaskini buku kedatangan pelajar. Budak misteri itu sedikit pun tidak menunjukkan reaksi.

•••••

"Budak tu langsung tak nak cakap doe" beritahu Ain perlahan. Dalam library la katakan, mana boleh cakap kuat- kuat.

"Kan aku dah cakap, kau tak nak dengar" balas Faa. Dia meneruskan kerja menulis buku kedatangan pelajar ke pusat sumber. Langsung tidak mengangkat muka memandang Ain di hadapannya. Malas sebenarnya melayan perangai degil kawannya itu.

"Aku rasa dia ada something special. Sebab tu la aku nak kawan dengan dia" Ain mencebikkan bibir apabila Faa berjaya mengenakannya. Ingatkan pemalu. Tak sangka pula budak tu sombong yang teramat.

"Kau jangan.. " Faa memberi amaran. Dia berhenti menulis dan wajah comel Ain dipandang.

"Esok aku nak sembang dengan dia lagi la" Ain tersengih sambil menongkat dagu di kaunter perpustakaan

"Ain... Aku nak bagitahu kau sesuatu" kata Faa. Gosip yang masih hangat yang baru dia dengar tadi ingin diceritakan kepada temannya.

"Apadia?" Ain bersedia memasang telinga. Faa dengan gosip memang tak dapat dipisahkan

"Baru-baru ni aku dengar orang cerita budak baru tu dia suka makan makanan mentah" cerita Faa.

"Makanan mentah? Contoh?" Ain buat muka pelik

"Macam daging separuh masak. Telur separuh masak" Faa memberitahu satu persatu. Jarinya memainkan peranan.

"Mana kau tahu?" soal Ain. Dia memandang Faa yang mengetuk pen pada dagu seperti cuba mengingat kembali.

"Jiha cerita kat aku. Dia dengar budak tu pesan kat makcik kantin masa rehat" balas Faa ringkas.

"Apa la korang ni. Mana la tahu tu favourite dia" Ain angkat sebelah kening. Alasan langsung tak logik. Si Jiha tu pun sama. Suka sangat sebar benda yang belum tentu sahih. Ini dah dikira fitnah.

"Ha lagi satu" suara Faa yang agak lantang mengejutkan Ain. Satu jelingan tajam diberikan kepada kawannya.

"Apa lagi?" Jawab Ain malas. Matanya dijulingkan ke atas.

"Aku selalu nampak dia baca buku pasal darah dan vampire kat sini" Faa membuka cerita.

"Aku tegur dia tadi elok je dia study biology" Ain menjuihkan bibir. Baca buku je. Tu pun jadi masalah ke? Membaca tu kan jambatan ilmu. Apa salahnya kalau budak tu nak membaca?

"Memang la.. Sekarang kan exam pertengahan tahun. Gila apa nak baca buku macam tu sekarang. Mesti dia tengah fokus study. Nanti waktu dah habis exam kau try tengok. Mesti buku pasal vampire yang dia baca" balas Faa geram. Mahu saja dia ketuk kepala Ain yang berlindung di sebalik tudung.

"So....?"

"Kau tak rasa dia tu...." Faa pandang kiri dan kanan. Takut jika ada yang mendengar. Paling seram kalau budak misteri tu muncul tiba- tiba di sebelah mereka. Boleh kena histeria woo....

"Mengarut la kau. Mana ada vampire dalam dunia ni. Semua tu karut. Tak logik langsung!" Marah Ain. Dia memandang sekeliling. Pelajar dalam library itu semakin sedikit kerana lagi beberapa minit loceng akan berdering menandakan waktu rehat sudah tamat.

"Ishh.. Susah la cakap dengan orang terlebih pandai ni" Faa meneruskan kerjayanya. Minggu ini ramai pelajar yang datang ke perpustaakaan. Mungkin kerana minggu peperiksaan yang sedang berlangsung.

"Macam mana pon, esok aku nak jumpa dia" Ain membuat keputusan. Kalau dia mahukan sesuatu, dia akan buat sampai dapat. Tiada siapa yang dapat menghalang. Itu prinsip Ain Amani.

"Nak buat apa lagi kau ni. Tak takut kena gigit" Faa mengugut walaupun dia tahu Ain sedikit pon tidak tergugat.

"Nak takut buat apa? Kan aku kata aku tak percaya semua tu" Ain mendengus perlahan. Dia langsung tidak percaya akan kewujudan vampire atau lebih dikenali sebagai drakula. Faa ni mesti banyak tengok cerita english. Tu yang selalu sangat terpengaruh.

"Suka hati kau la Ain. Lagi ditegah lagi nak buat" Faa menjeling temannya.

"Tahu tak apa" jawab Ain sambil tersengih. Dia mencatit sesuatu di atas kad laporan. Ramai pengawas yang tidak datang bertugas hari ni. Memang nak kena denda diorang ni.

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now