Part 22 - Lepaskan dia

42.4K 1.9K 17
                                    

Ain Amani berjalan perlahan mendekati tingkap bilik. Rasa sakit pada lehernya masih belum sembuh. Dari situ, dia dapat melihat dengan jelas suasana di kawasan rumah. Telekung tidak ditanggalkan kerana mahu menunggu waktu maghrib. Sudah lama dia berkurung dalam bilik ini memandangkan pintu dikunci dari luar. Mungkin lelaki itu tidak mahu dia lari lagi.

Dia begitu asyik memerhati suaminya. Lelaki itu fokus memberi arahan itu dan ini kepada para pekerja. Semak samun yang tumbuh meliar di sekitar kawasan itu sudah dibersihkan. Nampak cantik dan kemas dilihat dari atas.

Dah nak maghrib pun masih lagi bekerja? Selama beberapa hari tinggal bersama Andry Zuhairie, baru Ain tahu, tiba sahaja waktu senja pasti lelaki itu akan lengkap berpakaian pejabat siap berkot lagi. Tak pernah dibuat orang ke pejabat pada waktu malam. Biasanya orang bekerja di pagi hari. Dan kemudian, Zuhairie akan muncul semula tepat pukul 12 malam. Pelik sungguh suaminya itu. Dia kahwin dengan manusia atau hantu? Oh lupa separuh vampire.

Ain masih lagi merenung suaminya yang tidak berbaju. Jelas ketulan-ketulan otot di tubuh itu. Boleh tahan kacak juga lelaki ni. Tapi, kenapa memilih tempat tersorok ini sebagai tempat tinggal? Apa tujuan sebenar Zuhairie terhadapnya. Bila difikir balik, tiada kepentingan langsung menculik dirinya. Kata- kata Andrea diingati balik. Darah aku manis? Habis..darah orang lain pahit ke?

Tiba- tiba Zuhairie berjalan memasuki hutan di hadapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiba- tiba Zuhairie berjalan memasuki hutan di hadapan. Langit yang gelap menyukarkan Ain untuk memandang suaminya. Aik... Mana dia nak pergi? Dengan gelap macam ni? Tambah lagi hutan tebal yang mungkin terdapat haiwan liar di dalamnya.

'Heyy cik akak... Risau ke dengan suami awak?' hati kecilnya berbisik perlahan. Memerli tuan badan sendiri.

"Mesti la risau. Walaupun aku kena culik dengan dia, tapi dia tetap suami aku" tanpa sedar, Ain bersuara kuat. Pantas dia menekup mulut. Dia memandang sekeliling. Nasib baik dia sahaja yang berada dalam bilik ini. Buat malu tuan badan sendiri saja kalau ada orang lain dengar.

•••••

"Bila abang nak lepaskan dia? Sumpahan abang pon dah hapus kan?" Kata Andrea sambil melabuhkan duduk di atas kerusi pejabat abangnya. Nasib baik Zuhairie sudah kembali. Tidak perlu lagi dia berjumpa dengan Fawwaz Amsyar. Si lelaki poyo!

"Rea tahu kan abang kena sembunyikan Ain untuk sementara waktu. Kalau tak dapat abang, mereka akan jadikan Ain sebagai mangsa pula" Zuhairie melabuhkan duduk di atas sofa berdekatan dengan meja pejabat. Kaki disilangkan sambil bersandar pada sofa.

 Kaki disilangkan sambil bersandar pada sofa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"And.. i'll never let her go from me. She's mine! " Sambung Zuhairie lagi. Keras sahaja nada suaranya.

"Family dia sekarang sedang berusaha cari dia. Mungkin diorang akan lapor pada polis" Andrea memandang abangnya sambil memeluk tubuh. Dia tahu Zuhairie tak akan senang-senang melepaskan Ain pergi. Tetapi, bagaimana penerimaan keluarga Ain terhadap kehilangan gadis itu. Pasti keluarga Ain sedih sepertimana dia kehilangan bapa tersayang.

"No one can take her from me. She is my wife now! " Zuhairie mencerlung tajam memandang Andrea. Seperti memberi amaran kepada adiknya untuk tidak memberi maklumat kepada keluarga Ain Amani.

"I know that. Tapi boleh kan lepaskan dia dan pulangkan balik pada family dia" kata Andrea. Melihat kehidupan kawan baiknya, dia kasihan. Setiap hari dikurung dalam bilik yang serba mewah itu.

Zuhairie menggeleng. Idea adik perempuannya memang betul-betul gila. Berkali- kali dia beritahu, dia tidak akan sama sekali melepaskan Ain Amani. Tak akan!

"Sekali masuk perangkap, dia akan kekal selamanya. Hanya mati yang akan pisahkan kami berdua" ujar Zuhairie tegas.

"Up to you. Cuma, jaga dia baik baik. At least bagi dia kebebasan. Kesian dia asyik kena kurung. Biar dia keluar bebas dalam rumah tu" Andrea memberi pendapat. Mungkin dengan cara ini, trauma Ain terhadap abangnya akan berkurangan. Elicia ada memberitahu bahawa Ain akan meracau jika melihat Zuhairie di hadapan mata. Pasti akan menjerit dan membaling bantal.

Andry Zuhairie diam. Mempertimbangkan pendapat Andrea.

Andrea bangun dari kerusi apabila melihat abangnya senyap dari tadi. Dalam hati dia tersenyum nipis. Supaya kebahagiaan menjadi milik abangnya.

"Oh yea... Don't forget to call ibu. She keep nagging from last night" pesan Andrea malas. Ibunya iaitu Puan Marina tidak henti-henti bising apabila tidak dapat bertemu dengan anak teruna kesayangannya. Anak dara depan mata ni tak ada pula nak bermanja lebih. Ini yang nak merajuk dengan ibu ni!

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now