Part 59 - Ain selamat ?!

26.3K 1.5K 130
                                    

Oksigen bagaikan menjauh darinya. Nafas Ain tersekat dek kerana tangan tajam yang mencekik kuat lehernya. Ain cuba menarik lengan itu tetapi gagal. Cengkaman itu amat kuat.

Di saat nafasnya semakin lemah, mata hampir tertutup. Tendangan bayi dalam kandungan bagaikan mahu memberitahunya sesuatu. Mungkin nyawanya hanya setakat ini sahaja.

Tiba-tiba, Ain terdengar derapan laju menuju ke arahnya. Ya Allah, adakah itu Zuhairie? Terima kasih YaAllah !

Benda yang berlari tadi menyerang manusia berkuku panjang membuatkan cengkaman terlerai juga. Terbatuk-batuk Ain mencari nafas yang berpusu-pusu memasuki rongga hidung.

Ain memandang ke hadapan. Gelap gelita. Tiada apa yang dia nampak. Tetapi, telinganya menangkap bunyi sesuatu sedang bergelut. Saling bercakaran antara satu sama lain.

"Auuuuuuuu !!"

•••••

Andry Zuhairie menyumpah-nyumpah dalam hati apabila Ain masih lagi tidak dijumpai. Sudah beberapa minit dia berlegar-legar di kawasan hutan ini mencari Ain namun tetap juga tidak dijumpai.

Dia sekarang tidak fikir apa-apa kecuali tentang keselamatan Ain Amani. Jika terjadi apa-apa kepada Ain, dia memang tidak dapat memaafkan dirinya. Kalau tak disebabkan kesibukannya tadi, Ain tak akan hilang.

Dia tahu ada risiko yang perlu dihadapan tiap kali dia meredah hutan ini. Namun, apa dia peduli. Semua itu ditolak tepi dek kerana rasa risau yang menggunung terhadap si isteri. Walaupun dirinya sudah biasa sejak kecil lagi. Bahaya itu tetap ada. Lagi berbahaya buat isterinya.

 Lagi berbahaya buat isterinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mana isteri aku, Ya Allah. Tolonglah lindungi dia dari malapetaka" lirih suara Zuhairie memohon kepada Tuhan Yang Maha Esa. Lagi luluh hatinya ini. Sakit fizikalnya tidak seseksa jiwanya.

Dia terus merentas setiap halangan yang ada di hadapan. Baginya tiada apa yang dapat menjadi penghalang buat dirinya kalau sesuatu itu melibatkan isteri tercinta.

Air matanya menitis tatkala bayangan isterinya yang dalam ketakutan menjelma dalam minda. Hatinya jadi tak keruan.

"Auuuuu...." salakan Ries menarik perhatian Zuhairie. Dia mula berlari mengikut arah datang bunyi itu. Hanya dalam sekelip mata Zuhairie tiba di suatu kawasan semak samun yang dipenuhi dengan pohon-pohon menjalar.

Ada pohon yang bersaiz raksasa dengan timbulan akarnya terdapat di situ. Dia menghampiri kawasan itu. Kepalanya dijengulkan pada balik pohon yang berakar itu. Alangkah terkejut dirinya apabila melihat keadaan isterinya yang kotor dengan tanah.

Dia VampireWhere stories live. Discover now