Part 24 - Tembak

43.2K 2K 318
                                    

Bang! Bang!

Ain melangkah perlahan keluar dari rumah melalui pintu belakang. Bunyi tembakan itu semakin jelas kedengaran. Dia ingin lihat dari mana datangnya bunyi itu. Perasaan ingin tahu semakin membuak-buak dalam hatinya.

Langkah diatur perlahan mendekati laman belakang. Dia memandang suaminya yang memakai alat seperti headphone ni telinga. Nick turut ada di samping lelaki itu. Berkemeja hitam dan berspek mata gelap. Ain perasan semua orang suruhan Zuhairie turut berpakaian sama. Mungkin itu peraturan berada di rumah ini. Tapi, tak panas ke tengah hari buta pakai kemeja?

"Kau buat apa kat sini?" Soal Zuhairie apabila perasan kehadiran isterinya di situ. Dia sebenarnya sedang berlatih menembak bersama Nick. Jauh di hadapannya, ada satu patung berupa manusia diikat pada pokok.

Ain tersentak lantas menggeleng perlahan. Sengaja dia datang menjengah tadi. Melihat raut Zuhairie yang menyinga, kecut perut dibuatnya. Kaki ingin melangkah pergi dari situ. Namun, pantas sahaja satu tangan merangkul pinggangnya. Pantas Ain menoleh. Dirinya ditarik ke hadapan lelaki itu. Seram melihat sepucuk pistol di tangan kanan Zuhairie.

"Duduk sini diam-diam" Zuhairie memberi arahan. Dia tunduk menyamai ketinggian isterinya. Kepala diletakkan di atas bahu Ain manakala tangan kiri masih melingkari tubuh kecil itu. Gadis itu diam tidak bersuara.

Bang!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bang!

Terhinjut bahu itu kerana terkejut apabila satu das tembakan dilepaskan ke arah patung itu.

"Kalau kau berani lari dari sini...." Bisik Zuhairie meleret di telinga Ain. Bisikan yang halus tetapi amat menakutkan. Ayatnya dibiarkan tergantung.

Bang!

Tembakan mengena kepala patung itu. Ain terkedu. Liur ditelan kesat. Mukanya tak payah cakap la, memang pucat seperti mayat.

"Ini yang kau dapat !" sambung Zuhairie.

Bang!

Tembakan kali ini mengenai tepat pada jantung patung itu. Ain menutup mata rapat. Rasa takut dan gerun terhadap lelaki itu semakin bertambah walaupun dia berasa selamat berada dalam pelukan lelaki itu. Arhh perasaannya semakin bercampur baur.

Kerana rasa takut yang makin menguasai diri, lantas wajah Ain disebamkan di dada bidang lelaki itu. Tubuhnya sedikit menggigil.

"Kalau kau tak buat perangai.. Nyawa kau selamat" kata Zuhairie tenang. Tangan kiri mengusap lembut kepala isterinya yang dilitupi tudung. Kucupan lembut dihadiahkan di dahi Ain Amani. Melihat Ain yang ketakutan, dia pasti isterinya itu seorang perempuan yang manja dan lemah lembut. Di sudut hatinya, dia berjanji akan melindungi Ain Amani hingga ke akhir hayat.

Dia VampireWhere stories live. Discover now