Part 85 - New baby

33.3K 1.6K 35
                                    

"Congratulation !" Randy Fernandez menghulurkan tangan pada sepupunya itu. Satu-satunya saudara yang dia ada di atas muka bumi ini.

Sudah lama mereka tidak bersua. Lebih kurang 2 bulan juga mereka tidak bertanyakan khabar. Randy kini sedang sibuk mendalami ilmu baru di sebuah kampung yang agak jauh dari bandar. Kehidupan lalunya sudah lama ditinggalkan.

"Thanks. Kau tu bila pulak" mereka berjabat tangan. Masing-masing menggambarkan rasa yang tidak terucap dengan kata-kata. Alhamdulillah ! Akhirnya semua telah selesai. Kemelut masalah mereka juga sudah lama berakhir. 

"Tunggu bidadari jatuh dari syurga" jawab Randy tenang. Wajah manis seorang gadis terlayar di ruang mata.

"Banyak la kau. Kalau nak bidadari, kau kena pergi syurga. Bidadari tak ada kat dunia" Zuhairie tertawa kecil. Dia tahu itu hanya gurauan semata-mata. Lagipun, tak lama lagi Randy akan menjadi salah seorang daripada mereka.

Tak salah rasanya jika dia mahu berkongsi ilmu yang dia tahu. Cuma, agak sukar untuk menerangkan lebih terperinci tentang hal di luar jangkauan manusia.

"Who's say? I meet one of them last night" Randy tersengih sahaja. Bukan bidadari syurga yang dia maksudkan sebenarnya. Sebaliknya, sesuatu yang tidpak dapat diungkap melalui kata-kata. 

"Prove it to me" Zuhairie seakan-akan mencabar. Sengaja menguji pendirian sepupunya itu.

Randy Fernandez berdehem seketika. Dia cuba mengingati semula tentang buku yang dia baca tempoh hari. Buku yang dia beli tanpa sengaja ketika berjalan-jalan di kedai buku. Bagaikan ada satu tarikan untuk dia terus membaca hingga ke helaian terakhir.

"Bagi aku, di dunia juga ada bidadari. Bidadari yang aku maksudkan bukan dari segi kecantikan luaran tetapi dari segi kecantikan hati seseorang wanita tu. Kau juga ada bidadari dalam dunia ni, that's it your wife, Ain Amani" Randy berhenti seketika sebelum menarik nafas dalam-dalam.

"Bidadari di dunia amat sukar untuk kita jumpa. Seorang wanita yang sentiasa indah di mata dan tenang di hati. Sebab tu aku guna perkataan bidadari sebab bidadari dunia limited edition" Randy tersenyum megah. Akhirnya, apa yang terbuku di hati dia dapat sampaikan dengan baik.

Zuhairie mengangguk setuju. Dalam diam, dia berasa amat kagum. Randy semakin mendalami dan memahami ilmu tentang Islam. Diharapkan lelaki itu dapat menjadi saudara baru yang dapat membawa ajaran Islam dengan baik.

•••••

Ain Amani bergerak perlahan menuju ke dapur untuk membasahkan tekak. Perut yang sudah menunjukkan bentuk, dia usap lembut. Sejak dia berbadan dua, Zaura asyik mahu melekat dengannya. Langsung tak nak main dengan papa. Macam tahu-tahu je dia bakal menjadi seorang kakak.

Air yang diisi dalam cawan, Ain teguk rakus. Terasa nyaman tekak apabila minuman kosong itu melalui rongga tekak. Lega ! Hilang sudah rasa hausnya sebentar tadi.

"Kenapa tak bagitahu aku aku dulu sebelum turun ke bawah. Penat aku cari dalam bilik" suara dari belakang menyentakkan Ain Amani. Pantas dia menoleh.

Wajah asam kecut Zuhairie terbentang di depan mata. Perangai yang satu ini membuatkan dia rasa terkongkong. Perangai memang tak berubah sejak dari dia mengandungkan Zaura lagi.

Dia VampireWhere stories live. Discover now