Part 74 - Ain yang dulu

28.7K 1.6K 99
                                    

Aniq Wafri memandang wajah keruh adiknya. Sugul wajah itu tanpa secalit keceriaan. Berlainan sungguh dengan dulu, yang selalu tersenyum dan menggembirakan hatinya.

Semuanya telah diceritakan oleh Ain Amani sebentar tadi. Tak sangka begitu teruk penyakit hilang ingatan yang dialami Zuhairie. Hingga tak ingat dengan anak dan bini sendiri.

"Adik kena faham Zuhairie. Dia belum sembuh lagi kan. Bagi dia sikit lagi masa" ujar Aniq lembut, cuba memujuk hati adiknya.

"Tapi sampai bila Ain sorang je kena sabar? Dia tak ingat langsung siapa Zaura. And then dia tak mengaku Zaura anak dia. Siap tuduh tu anak Ain dengan lelaki lain" Ain menahan sebak. Terlalu berat dugaan yang dia tanggung sekarang ini.

Aniq Wafri terdiam sebentar. Tak pulak dia terfikir sampai tahap begitu sekali. Terbit sekelumit rasa kesal dengan perubahan sikap adik iparnya.

'Zuhairie, kau dah buat adik aku terluka' bisik hatinya.

Dia hanya membiarkan Ain melayani perasaan. Diam tanpa bicara. Sekali-sekala terdengar rengekan manja Zaura di pangkuannya.

Namun, untuk seketika senyuman menghiasi bibir merah Aniq Wafri. Merah sebab dia bukan manusia penghisap rokok.

"Adik.. pernah terfikir tak kenapa Allah turunkan ujian seberat ni pada adik? Kenapa bukan orang lain? Dalam banyak-banyak orang, kenapa Allah pilih adik untuk tempuhi ujian ni?" Kata Aniq tiba-tiba.

Sebagai abang, dia perlu beri nasihat untuk selesaikan masalah ini. Bukan menambahkan lagi beban buat Ain Amani.

Ain mengangkat wajah. Memandang tepat ke dalam anak mata abang kandungnya. Dia tak dapat tafsir senyuman yang terukir pada wajah itu. Abang aku ni gembira ke tengok aku derita?

Persoalan Aniq Wafri bermain di minda. Pernah juga dia terfikir sebegitu. Allah terlalu banyak memberi ujian kepadanya. Dari satu perkara ke satu perkara. Tak pernah selesai. Seperti masalah tersebut tiada jalan penghujung.

"Kalau dulu masa Zuhairie hilang, adik sanggup tunggu kepulangan dia walaupun kita tak tahu sama ada dia masih hidup atau dah mati. Sekarang ni Zuhairie dah ada depan mata, kenapa adik tak boleh tunggu sampai dia betul- betul sembuh?" sambung Aniq lagi. Dia mahu Ain sedar bahawa Allah tak akan uji melainkan hambaNya betul-betul bersedia.

"Abang nak adik yang dulu. Yang ceria, selalu senyum. Gunakan Ain yang dulu tu untuk kembalikan Zuhairie yang dulu. Ketepikan rasa marah, sakit hati dan sedih tu. Banyak bersabar dan jangan lupa berdoa. Abang yakin Allah akan hadiahkan sesuatu yang besar atas kesabaran adik selama ni"

Ain rasa mahu menangis. Air mata sudah bertakung. Perlahan-lahan jatuh membasahi pipi. Dia akan pastikan ini kali terakhir dia menangis. Ya, dia perlu kuat. Kuat menempuhi cabaran dalam hidup.

Terhinjut bahunya melepaskan tangisan. Dia perlukan bahu seseorang sekarang ni. Tanpa menunggu lama, bahu si abang menjadi sasaran. Tangisan dihamburkan sepuasnya di bahu Aniq Wafri. Zaura terkebil-kebil memandang. Tak memahami situasi yang berlaku.

Nasiblah si abang ada untuk menenangkan dirinya. Andrea kini berada di luar negara menguruskan hal syarikat. Faa pula sibuk dengan urusan sekolah. Dia perlukan mereka berdua sekarang ini.

"Abang tahu adik abang ni kuat. Jadikan Zaura sebagai pembakar semangat untuk pulihkan Zuhairie kembali"

Aniq Wafri mengusap lembut kepala adiknya. Manja Ain Amani tak akan pernah hilang, dari dulu sampai sekarang. Sebenarnya, jarang dia nak bersweet macam ni. Kalau tak asyik nak cari pasal aje.

•••••

Andry Zuhairie Risley memasuki biliknya. Opss .. biliknya dan si perempuan tu. Sepanjang hari ini, dia masih belum lihat kelibat Ain Amani. Ke mana gadis itu menghilang dia sendiri tak tahu. Huh, kata aku ni suami dia, tapi pergi mana pun tak bagitahu. Kalau dia bagitahu pun, kisah apa aku. Bukan penting pun !

Dia VampireWhere stories live. Discover now