Part 33 - Fawwaz kembali

39.8K 1.8K 117
                                    

Bunyi loceng dari muka pintu mengganggu perhatian Ain yang sedang menonton saluran astro di ruang bawah. Rancangan masak memasak ditinggalkan sebelum dia bergerak ke muka pintu. Dia ingin melihat siapa yang datang ke rumah.

Buka sahaja pintu, terpampang wajah Puan Marina yang sudah lama dia tidak ketemu. Terbit senyuman manis di wajah melihat tetamu itu.

"Rindunya menantu ibu" kata Puan Marina sambil memeluk tubuh menantunya erat. Ain membalas dakapan itu. Terasa sebak hatinya. Hampir menitik air mata namun ditahan agar tidak jatuh. Dia teringat pula pada Puan Aisyah. Dia rindu akan mama.

"Ain sihat?" Soal Puan Marina setelah pelukan dileraikan. Tangannya dikucup lembut oleh Ain Amani. Terlalu teruja hingga lupa untuk bersalaman.

"Sihat ibu" jawab Ain jujur. Senyuman manis tidak lekang dari bibir. Tak dapat bertemu mama, ibu mertua pun jadi la. Boleh juga mengubat kerinduan pada keluarga.

"Zuhairie ada pukul Ain?" Soal Puan Marina lagi. Mana tahu kalau-kalau Zuhairie melampaui batas. Tetapi, melihat fizikal tubuh Ain, dia pasti segalanya baik belaka. Dia kenal akan anak lelakinya itu. Seorang yang protective dan penyayang. Walaupun sikap penyayang itu tidak akan sama sekali dizahirkan dengan perkataan. Cukup dengan perbuatannya sahaja.

"Tak.. dia baik sangat" ikhlas Ain menjawab. Zuhairie kini telah berubah. Solat lima waktu tidak pernah lelaki itu tinggal. Melihat perubahan itu, hatinya melonjak kegembiraan. Ain pasti, Zuhairie akan menjadi seorang suami yang baik.

"Bagus la kalau macam tu" Puan Marina mengangguk kecil.

"Ibu jemput masuk. Ibu duduk dulu eih. Ain pergi dapur buatkan air" ajak Ain lemah lembut. Asyik berborak hingga lupa untuk mengajak ibu mertuanya

"Eh tak payah susah-susah. Ibu datang sekejap jer" Puan Marina menolak lembut.

"Tak apa.. buat air senang jer. Ibu tunggu kejap okey. Ain naik atas panggil Zuhairie. Dia buat apa pun tak tahu dalam bilik tu" Ain meminta izin. Melihat Puan Marina mengangguk, dia terus menaiki tangga menuju ke bilik.

Beberapa minit kemudian, Zuhairie turun berpakaian santai. Iaitu baju hitam lengan pendek dan seluar pendek paras lutut. Rambut lelaki itu disisir rapi. Ain pula sudah menghilang ke dapur.

 Ain pula sudah menghilang ke dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ibu.... Ibu datang sini naik apa? Kenapa tak bagitahu dulu nak datang. Boleh Hairie pergi jemput kat rumah" Zuhairie menyalami tangan ibunya dengan penuh kasih. Kemudian dahi Puan Marina dikucup lembut. Dia mengambil tempat di sebelah ibunya di atas sofa.

"Ibu minta pemandu hantarkan. Nak drive sendiri mana la ibu tahu. Minta tolong Andrea dia asyik kena jumpa client" beritahu Puan Marina. Dia menatap lembut wajah Zuhairie. Wajah kacukan yang diperoleh 90% dari baka arwah suaminya. Zuhairie lebih mengikut genetik si bapa. Itu yang membuatkan dia rindu setiap kali memandang wajah Zuhairie. Kacak seperti ayahnya juga.

Dia VampireWhere stories live. Discover now