Part 11 - Mencari Andrea

31.7K 1.9K 42
                                    

7 tahun kemudian ...

Ain memberhentikan keretanya di hadapan tanda yang tertulis 'Dilarang masuk'. Laluan ke rumah rumah Andrea telah dihalang dengan kayu besar. Semak samun mula tumbuh di laluan itu seperti tidak pernah digunakan oleh orang. Tempat itu kelihatan sudah lama ditinggalkan. Ain memandang sekeliling. Hanya ada beberapa kenderaan sahaja yang melalui kawasan itu.

Misinya untuk mencari Andrea setelah 7 tahun tidak bertemu tergendala. Bukan tidak pernah dia menjejaki kawannya itu, banyak tempat telah dia cari. Sama ada di facebook, twitter atau instagram semuanya gagal. Cermin mata bulat yang melekap pada wajahnya dibetulkan sedikit.

Ain mengeluh seketika. Mati akal untuk mencari kembali teman- temannya. Dia baru sahaja beberapa bulan pulang dari oversea setelah tamat belajar dalam bidang reka fesyen. Dan kini dalam proses pembinaan bangunan untuk membuka butiknya yang pertama. Faa pula telah berjaya menjadi seorang guru di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Manakala Andrea pula hilang khabar berita.

Ain memboloskan diri ke dalam perut keretanya kembali. Enjin dihidupkan kemudian kereta Swift putih meluncur laju menyusuri jalan yang lengang dan sunyi itu.

Di sebalik semak, ada mata merah yang memerhati tingkah Ain tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di sebalik semak, ada mata merah yang memerhati tingkah Ain tadi. Senyuman jahat terukir di bibirnya yang pucat tidak berdarah. Wanita yang pernah dia lihat dahulu kembali semula. Kakinya berjalan perlahan menuju ke rumah agam putih itu. Semak samun yang memenuhi kawasan rumah itu dilangkahnya dengan tenang. 

•••••

Ain Amani mendengus kuat. Mana kunci kereta aku! Merata tempat sudah dia cari, dalam beg, atas meja, atas katil langsung tidak ketemu. Kepala yang dilitupi shawl hitam digaru kasar.

"Hai... Cari ni ke?" Aniq Wafri muncul di muka pintu bilik adiknya sambil menggoyangkan kunci kereta Swift di tangan. Melihat jelingan tajam Ain, Aniq terus berlari meninggalkan bilik itu.

"Abang!" Ain segera mengejar abangnya yang menuruni tangga dengan cepat. Kalau jatuh ni boleh lebam punggung woo..

"Hey.. apa lari- lari dekat dapur ni. Tak nampak mama tengah masak?" Marah Puan Aisyah kepada anak- anaknya. Yang seorang dah kahwin tapi perangai nauzubillah. Yang seorang lagi umur 25 tapi umur macam 5 tahun.

"Ma.... Tengok abang tu" Ain mengadu kepada mamanya. Bibirnya dicebikkan ke arah Puan Aisyah. Kaki menghentak lantai seperti kanak- kanak.

"Aniq...!!" Kata Puan Aisyah meleret seakan memberi amaran kepada anak keduanya. Aniq ketawa kuat sebelum melemparkan kunci kereta kepada adiknya. Ain tangkas menangkap dengan sebelah tangan. Wajah abangnya dijeling tajam.

"Masing masing dah besar badak tapi perangai tak berubah" sampuk minah kepoh aka Asya Raisha iaitu kakak sulung Ain Amani. Arian yang berusia dua tahun hanya memandang wajah ibu saudaranya yang masam mencuka.

•••••

Ain Amani

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ain Amani

Ain menghentak kakinya geram. Sakit hatinya dengan sikap pelanggan yang cerewat. Dah la bad mood terhadap abangnya pagi tadi belum hilang. Ditambah pula dengan sikap pelanggan yang entah apa- apa.

Bukkk !!

Ain mendengus geram. Kenapa hari ini nasibnya sungguh malang. Ada sahaja yang tidak kena. Kali ini ada orang berlanggar dirinya sehingga dokumen yang dibawa tadi berselerakan.

"Ain? Ain Amani kan?" Wanita yang melanggarnya bersuara. Ain angkat wajah. Gadis bertudung di hadapannya dipandang.

"Ya saya. Ni siapa?" Soal Ain. Macam mana dia tahu nama aku. Boleh tahan famous jugak aku ni. Ain tersengih dalam hati.

"Kau tak kenal aku?" Wanita itu berkata lagi. Ain mengamati wajah itu. Ditilik dari atas sampai bawah. Seketika kemudian, senyuman kegembiraan terukir di bibirnya.

"Andrea!!!! Andrea Az Zahra Rislea. Wehhh serius aku tak perasan kau tadi. Dah bertudung dah sekarang" jerit Ain teruja. Pipi Andrea yang sedang tersengih lebar ditekup dengan kedua belah tangannya.

Andrea mengangguk laju. Tubuh Ain ditarik dalam pelukan erat. Terasa gembira kerana dapat berjumpa dengan kawannya setelah sekian lama.

"Kau dah tak ada gigi taring la. Patut la aku tak kenal kau" kata Ain sambil ketawa kecil. Sempat lagi membelek gigi Andrea yang sedang tersengih.

"Jom pergi minum. Banyak benda aku nak sembang dengan kau" ajak Andrea. Tangan Ain dicapai.

"Kejap! Barang aku". Dokumen yang berselerakan di atas jalan dikutip. Seterusnya, mereka bersama- sama berjalan menuju ke kafe berhampiran.

•••••

Pelbagai cerita yang keluar mengenai kerjaya masing- masing. Baru Airen tahu yang Andrea sedang menguruskan perniagaan keluarganya. Kata Andrea, Puan Marina teringin sangat mahu bertemu dengannya.

"Kau pergi mana? Hari tu, aku ada cari kau kat rumah. Tapi jalan kat kaki bukit tu tutup" cerita Ain Amani. Air milo kegemarannya disedut perlahan.

 Air milo kegemarannya disedut perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku pindah dah lama la. Rumah tu jauh sangat dari bandar dan terletak tengah hutan. Tak ada jiran semua. Susah juga kalau sakit, orang lain tak tahu" beritahu Andrea tentang perpindahannya itu. Kini, rumahnya terletak berdekatan dengan bandar. Mudah untuknya ke tempat kerja.

"Lagipun, rumah tu seram sikit. Aku ada dengar rumah tu sekarang tak berpenghuni. Mungkin benda lain yang duduk kut" sambung Andrea lagi. Dia seakan- akan memberi amaran. Ain telan liur. Dia akui memang rumah Andrea seram dan menakutkan.

"Heishhh kau ni. Naik bulu tengkuk aku weh" kata Ain. Belakang lehernya digosok perlahan.

"Kau jangan pergi sana lagi. Bahaya! Tempat tu mungkin jadi sarang penagih dadah atau tempat bunuh orang" beritahu Andrea lagi. Ain mengangguk laju tanda faham. Taubat tak nak pergi dah.

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now