Part 48 - Hero datang !

37.4K 1.8K 86
                                    

"Betul ke? Serius tak tipu?" Soal Andrea teruja. Tersenyum lebar bibirnya saat ini. Tangan Ain dicapai dan digenggam erat. Dia seakan-akan tidak percaya bahawa kawan yang dia sayang, kini telah hamil anak saudaranya.

"Nampak muka aku macam tipu ke? Betul la. Benci la kau ni" rajuk Ain sambil memuncungkan bibir. Fikir dia sedang buat lawak ke? Tak ada masa untuk bergurau tentang perkara penting ini. Nak aje dia cubit-cubit pipi Andrea. Geram!

"Waaaaa! Seronoknyaaa !! Aku nak dapat anak buah!!" Andrea yang baru mengetahui perkhabaran itu menjerit kegembiraan. Dia baru tahu kerana terlalu sibuk urusan pejabat pagi tadi. Tambahan pula dia perlu menggantikan tempat abang kesayangannya sebagai CEO.

Sejak akhir-akhir ini jarang sungguh Zuhairie ke pejabat dan banyak meluangkan masa di rumah. Habuannya, dia yang menjadi mangsa untuk melakukan tugas lelaki itu.

"Yeay²! Ain mengandung. Tak sangka kawan aku nak dapat baby" Andrea ketawa girang. Berita yang ditunggu-tunggu selama ini. Mesti rumah itu tidak akan sunyi sepi lagi selepas ini. Indahnya saat itu.

Mesti ramai tertanya-tanya kan mana Zuhairie pergi? Keluar saja dari perut kereta tadi terus meluru masuk dalam rumah. Buat apa lagi kalau bukan memuntahkan isi perut. Alahan ibu mengandung la katakan. Sampai sanggup tinggalkan Ain Amani seorang diri. Nasib baik ada Andrea yang setia menunggu di luar rumah.

"Kau bila pula?" Usik Ain Amani sambil tersenyum meleret. Andrea kelihatan tersentak namun bijak mengawal riak wajah. Tangan Ain ditampar perlahan. Nasib baik perlahan, kalau tak memang aku sepuk kepala kau Andrea!!

Mereka bergerak ke kerusi batu di luar rumah lalu melabuhkan punggung di situ. Di hadapan mereka terbentang luas pokok-pokok kehijauan. Ditambah lagi dengan kabus tebal warna putih.

"Ish kau ni. Aku kahwin pun belum. Inikan nak dapat anak. Lagipun, lambat lagi la" pipi gebu Andrea sudah bertukar kemerah-merahan. Terbayang wajah seseorang di ruang mata. Siapa lagi kalau bukan.. Erm, korang fikir la sendiri.

"Kau nak tahu satu perkara tak?" Ain menarik senyuman nipis apabila melihat wajah Andrea bertukar warna. Alele malu la tu. Tapi ego, tak nak mengaku!

"Pasal apa?" Soal Andrea pelik. Lain macam je bunyi. Dia memandang Ain dengan pandangan curiga.

"Tentang Fawwaz Amsyar" mata Ain melirik pada riak wajah Andrea. Dia yakin, Andrea mempunyai perasaan sama seperti sepupunya itu. Cuma ego yang menghalang perasaan itu untuk terus subur di dalam hati.

Andrea terpana apabila nama itu meniti di bibir Ain Amani. Wajah kakak iparnya dipandang lama. Lidahnya kelu serta merta apabila terdengar nama itu.

*
*
*


Andrea memanjangkan langkah menuju ke makmal biologi. Loceng tamat waktu rehat sudah lama berdering. Perjalanannya dirasakan amat jauh sekali. Manakan tidak, kelas berada di tingkat paling atas bangunan. Dia perlu menuruni tangga dan berjalan di kaki koridor yang sunyi untuk sampai ke makmal.

Kenapa la buat makmal jauh-jauh? Lain kali buat sebelah kelas aje. Kan senang. Tak payah susah-susah berjalan jauh. Penat tahu tak! Dah la tak ada sesiapa yang sudi teman dan berkawan dengan aku. Lain la kalau ada Ain atau Faa. Sempat lagi Andrea membebel dalam hati.

Ketika Andrea melalui jalan koridor yang sunyi itu, ada suara sumbang yang mengganggu pendengarannya. Pantas dia menoleh. Kelihatan beberapa orang pelajar lelaki dari kelas belakang memandangnya sambil membunyikan mulut seperti tikus.

Dia VampireWhere stories live. Discover now