Part 66 - Saat terakhir

23.9K 1.7K 144
                                    

Ain Amani mengangkat wajah apabila terdengar pintu dibuka dari luar. Sungguh dia tidak berdaya tatkala ini. Kaki dan tangannya diikat di sebuah kerusi. Mulut pula ditutup menggunakan sehelai kain. Dia langsung tidak dapat bergerak walau seinci pon.

Wajah lelaki itu dipandang dengan pandangan gerun. Ada iras sedikit seperti Zuhairie. Sungguh dia rindu akan suaminya.

Teringat dia semalam, bagaimana lelaki itu dengan selamba mematikan perbuatan terkutuk Raymond terhadapanya.

"Randy tak suka orang lain sentuh barang Randy"

Walaupun bersahaja dan dingin, tetapi tetap membuatkan Raymond mengalah. Namun, Ain tetap tidak percaya akan lelaki itu. Bekerjasama dengan Raymond untuk musnahkan Zuhairie.

Nasib baik kandungannya baik-baik sahaja. Kadang-kadang terasa tendangan kuat dalam perut. Sakit bahagian pinggang jangan cakap la, rasa macam nak patah. Lelaki kejam itu sungguh tiada sifat perikemanusiaan !

Lelaki itu mendekati Ain Amani sambil tangan dimasukkan dalam poket seluar. Dia berjalan menggelilingi Ain. Mata tak lepas memandang atas bawah bersama senyuman kejahatan. Jelas ketakutan pada wajah gadis itu.

Randy berhenti betul-betul di hadapan Ain. Merenung tajam ke arah gadis itu.

"Kau cantik .. tapi sayang -- ada suami tak guna macam Zuhairie tu. Kalau jadi hak aku, hari-hari aku minta" ujar Randy dengan pandangan gatal. Kemudian dia tersenyum sinis.

Ain menjeling tajam. Dia perlu berani. Kalau mulutnya tidak ditutup, sudah lama terhambur sumpah serta makian buat lelaki itu.

Tangan jijik itu naik mengusap lembut wajah Ain. Puas dia meronta untuk menepis sentuhan itu.

"Ganas..." Bisik Randy menggoda.

Sengaja dia datang ke situ untuk mengganggu Ain Amani. Masa pembunuhan akan tiba sebentar saja lagi.

"Suami kau ada di sini. Dan aku tak sabar nak tengok dia mati dalam tangan papa aku" sambungnya lagi.

Puas hatinya melihat wajah tersentak Ain Amani. Kaku tubuh Ain mendengar perkhabaran itu. Jelas kekeruhan yang menggambarkan perasaan sayu. Ya, dia pernah mengalami perkara itu. Malah, mungkin lebih teruk lagi.

Randy tersenyum hambar. Dia segera melangkah keluar dari bilik itu. Pada zahirnya dia memang kejam, tiada hati perut. Tetapi, dalam hati tiada siapa yang tahu.

•••••

Tubuh Zuhairie ditolak kasar masuk ke dalam sebuah bilik oleh dua orang bodyguard tadi. Terhentak tubuhnya di atas lantai simen itu. Tangan dan kaki diikat kuat. Gelap -- Langsung tiada cahaya memasuki retina matanya.

"Mana isteri aku bodoh !!!"

Tengkingnya kuat. Bergema bilik itu dengan suaranya sahaja. Tiba-tiba, terasa lehernya diperangkap oleh satu tangan.

"Baik kau diam kalau tak nak isteri kau mati" bisik suara itu di telinganya. Sepucuk pistol dicukan ke arah kepalanya.  Dia tahu itu Randy.

  Dia tahu itu Randy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dia VampireWhere stories live. Discover now