Part 49 - Andrea keliru

32.9K 1.7K 82
                                    

Andrea termenung di hadapan televisyen yang sedia terpasang di ruang tamu rumah. Hanya mata hazelnya sahaja yang terpaku di kaca tv itu tetapi fikiran melayang entah ke mana. Abangnya dan Ain Amani berada dalam bilik tidur. Mungkin sudah enak dibuai mimpi kerana jam sudah berganjak ke angka 12 malam. Hanya dia seorang diri sahaja di situ.

Peristiwa yang Ain ceritakan tadi bermain di fikiran. Patut la sudah tiada orang yang menganggunya di sekolah. Ingatkan budak-budak nakal itu sudah insaf. Rupa-rupanya benda lain yang terjadi.

'Ke sebab dah kena warning dengan ketua pengawas kita'

Kata kata Ain suatu ketika dahulu semasa mereka melepak di bangku sekolah. Patut la Ain cakap macam tu. Rupa-rupanya dia tahu apa sebenarnya yang terjadi. Sedaya upaya Andrea sembunyikan perkara tersebut dari pengetahuan Ain. Ternyata gadis itu awal-awal lagi telah mengetahuinya.

Sungguh dia tidak pernah jangka dengan apa yang telah Ain ceritakan tadi. Kalau Ain tak buka mulut, sampai bila pun dia tak tahu. Dia sangka yang Fawwaz Amsyar bencikan dirinya. Namun, semuanya meleset sama sekali. Kebenaran akhirnya terungkap juga.

Kalau betul Fawwaz mencintai dirinya, kenapa dia diperangkap oleh lelaki itu. Malah, Fawwaz ada niat mahu melakukan perkara yang tidak elok. Lelaki itu hampir memperkosanya. Pasti dia hanyut sekali jika dia tidak melawan untuk mempertahankan maruah.

Bunyi mesej masuk di telefon membuatkan Andrea kembali ke dunia nyata. Mata terarah pada skrin telefon bimbitnya. Fawwaz!?

Goodnight sayang. I love you. Walaupun kau tak reply tapi aku tahu kau baca, kan? Apa-apa pun yang terjadi, aku tetap akan tunggu kau

Sweettalker! Huh ! Memang tak la dia nak percaya dengan agenda lelaki itu. Namun, di sudut hatinya ada secebis kasih terhadap Fawwaz Amsyar. Memori bersama lelaki itu kekal berada dalam kotak fikirannya.

Secebis kasih yang telah kau beri...
Kan ku simpan dalam memori indah

Tapi... Semuanyaa telah berakhir !!!!

Serta merta lagu Luluh nyanyian Khai Bahar bermain di kepala Andrea. Jangan ingat dia tak tahu tentang lagu-lagu terkini. Opss!! Tapi, part last tu belum berakhir kut.

Usikan Fawwaz yang kadang kala menyakitkan hati. Memang pada zahirnya dia marah dan geram, tapi dalam hati hanya dia yang tahu. Rasa suka sudah muncul saat dia bertentang mata dengan lelaki itu. Ketika pertama kali dia menjejakkan kaki di sekolah itu.

•••••

Andrea masih mencari-cari di mana terletaknya kelas 5A yang menjadi kelas pembelajarannya. Sudah la sepanjang perjalanan di koridor tadi, ramai yang memandangnya dengan pandangan menjengkelkan. Dia tak tahu kenapa.

Baju yang dia pakai terlalu lusuh atau mukanya nampak buruk? Rasanya Nick sudah belikan baju baru dan di wajahnya ditempekkan sedikit bedak. Takkan buruk lagi kut. Atau juga mungkin pelajar baru akan dilayan seperti ini? Pelik-pelik betul manusia di sini.

Andrea tersenyum apabila terpandang seorang pelajar perempuan yang kelihatan sebaya dengannya. Gadis itu berjalan dengan penuh keyakinan dengan kepala didongakkan sedikit menghala ke arahnya. Lantas Andrea menegur.

"Hai... Saya nak tumpang tanya. Di mana kelas 5A?" Soal Andrea bersama senyuman di bibir. Rambut lurusnya diselitkan ke belakang telinga.

Andrea lihat gadis itu menjeling tajam. Muka kelat dan masam ditayang. Seperti tidak suka dengan kehadiran Andrea di situ.

"Kau ingat aku kaunter pertanyaan?! Kau cari la sendiri! Sibuk tanya aku kenapa?!" Marah gadis itu kuat sebelum melangkah pergi meninggalkan Andrea terkulat seorang diri.

Andrea mencebikkan bibir. Huh! Sombongnya. Kalau tak tahu, tak boleh ke cakap baik-baik. Tak perlu nak tengking-tengking orang. Orang lain pun ada perasaan la.

Andrea meneruskan langkah. Dia ternampak sekumpulan pengawas lelaki sedang berbual di tepi laluan koridor itu. Mungkin pelajar lelaki di sekolah ini peramah. Belum cuba belum tahu.

"Awak, tumpang tanya. Di mana...." Lidah Andrea jadi kelu tiba-tiba apabila pengawas itu menoleh. MasyaAllah! Indahnya ciptaan Tuhan. Jantungnya berdegup laju. Adakah ini yang dikatakan cinta pandang pertama? Aku dah jatuh cinta! Andrea Az Zahra sudah jatuh cinta untuk pertama kalinya..

"Cepat la nak tanya apa? Ingat aku ada masa nak layan kau" suara garang yang penuh kedinginan itu menyedarkan Andrea.

Kasarnya! Ingatkan pelajar lelaki di sini bersikap baik berbanding perempuan. Rupanya tidak. Semua sama sahaja!

"Maaf. Di mana kelas 5A?" Soal Andrea. Lelaki itu ternyata lebih tinggi darinya. Kawan-kawan lelaki itu berbisik sesama sendiri sambil memandang ke arah Andrea.

"Kau jalan terus jumpa tangga. Naik tingkat tiga. Kelas paling hujung" lelaki itu menunjukkan jalan. Terangguk-angguk kepala Andrea seperti burung belatuk.

"Terima kasih" ucap Andrea dengan ikhlas. Dia mengukir senyuman nipis kepada pengawas itu. Tetapi, dibalas dengan riak dingin dan wajah ketat. Langsung tidak membalas senyuman Andrea.

Baru setengah Andrea melangkah mahu menuju ke tangga, suara pengawas tadi bergema lagi.

"Hoi budak baru. Siapa suruh kau blah?!"

"Saya nak masuk kelas" Andrea menoleh memandang pengawas kacak itu. Kawan-kawan pengawas yang lain tertawa sinis. Pelajar yang lalu lalang mula memandang ke arah mereka.

"Turun" keras suara pengawas itu sambil merenungnya tajam.

"Turun?" Soal Andrea tidak memahami maksud yang disampaikan. Berkerut-kerut dahi mulusnya itu.

"Ketuk ketampi 10 kali" tegas pengawas itu memberi arahan. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar hitamnya.

"Tapi, apa salah saya buat?" Andrea terasa seperti mahu menangis. Hari pertama masuk, sudah kena hadap nasib yang sungguh malang. Ini baru hari pertama dah kena ketuk ketampi, kalau 10 bulan entah apa denda yang dia kena lakukan.

"Kalau kau nak tahu, aku ketua pengawas kat sini. So, kau yang baru masuk sekolah ini kena ikut segala arahan aku,walaupun kau tak buat kesalahan" kata pengawas itu. Andrea rasakan dirinya sangat kerdil ketika itu. Berhadapan dengan singa yang garang pula. Ditambah lagi dengan suasana gelak ketawa jahat dari pelajar sekeliling.

"Turun cepat kalau tak aku tambah lagi dua puluh" ugut pengawas itu. Harap muka je helok tapi perangai kalah syaitan.

Perlahan-lahan Andrea meletakkan tangan di telinga dan mula membengkokkan kaki untuk ketuk ketampi. Kiraan satu persatu disebut oleh pengawas itu. Sorakan dari pelajar membuatkan air mata mahu keluar tetapi pantas dihalang. Dia tidak mahu kelihatan lemah di situ.

Pelajar yang lalu lalang mula berkumpul dan mentertawakan dirinya. Rasa malu tidak dapat dibendung lagi. Api kemarahan dicampur dengan makian terhadap si pengawas yang sombong itu semakin membara. Ini hari kau, esok lusa kau tunggu nasib kau pulak!

Sejak itu dia jadi seorang pendiam hingga digelar gadis misteri. Tiada siapa yang sudi mendekati apatah lagi mahu berkawan dengannya. Sehinggalah muncul Ain Amani menghulurkan salam perkenalan. Sejak itu, dunianya berubah menjadi ceria. Ditambah lagi dengan kehadiran Faa yang turut menambahkan suasana gembira.

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now