Part 81 - Berbincang

29.6K 1.6K 93
                                    

Melihat seseorang yang menunggu di muka pintu, Andrea Az Zahra Rislea terus keluar dari perut kereta milik Fawwaz Amsyar. Kaki berlari anak menuju ke arah pintu rumah di atas bukit.

"Zaura sayang... Lama tak jumpa Zaura. Cik Rea rindu Zaura sangat-sangat. Meh nak cium" kata Andrea teruja. Anak buahnya dalam dukungan Ain Amani diambil. Pipi gebu itu kemudiannya dicium bertalu-talu.

Fawwaz Amsyar di belakang hanya memerhati. Kenal sangat dengan perangai Andrea yang suka akan kanak-kanak. Sampai boleh lupakan kekasih hati di belakang.

"Masuk la dulu. Zuhairie ada kat dapur buatkan susu Zaura ni" Ain menjemput tetamu yang masuk ke rumah. Lagipun, tak manis berbual di muka pintu. Walaupun tetamu itu ialah kenalan rapatnya sendiri.

Fawwaz mengangguk lalu bergerak ke sofa. Entah mengapa rasa hatinya lain kali ini. Rasa resah mahu bertemu dengan bakal abang ipar. Kalau tak, ada sahaja cerita yang ingin dikongsikan jika bertemu dengan Ain Amani, sepupunya.

Andrea masih lagi dengan Zaura. Menggigit dan menggomol bayi itu. Sampai rimas Zaura dibuatnya.

Derap langkah yang mendekati mereka membuatkan Fawwaz bangun dari sofa. Dia lihat Zuhairie beriak serius. Mamat ni tak pernah tak serius. Muka ketat memanjang. Ni yang buat dia lagi takut dan gementar. Padahal perangai kedua-duanya lebih kurang sama. Mungkin kerana status yang bakal bertukar tak lama lagi.

"Apa khabar abang.. Abang sihat?" Tangannya dihulur ke arah Zuhairie. Melihat jelingan tajam lelaki itu membuatkan Fawwaz menelan liur payah. Gulp !

"Siapa abang kau?" Zuhairie berkata tegas. Langsung tiada senyuman di bibirnya. Namun begitu, huluran tangan Fawwaz tetap disambut. Amboih ! Tangan kemain sejuk. Takut sangat nak jumpa bakal abang ipar.

Zuhairie mengambil tempat di sisi Ain Amani. Botol susu yang baru dia bancuh tadi disua ke arah mulut Zaura. Laju saja bayi itu menyambut.

"Dulu datang serang aku kat pejabat bukan main eh... Sekarang ni baru ingat nak berabang abang dengan aku. Banyak cantik" perli Zuhairie tajam. Masih segar di ingatan ketika Fawwaz datang memarahinya di pejabat. Tak lagi tak bukan kerana layanan buruknya terhadap Ain Amani dulu.

Fawwaz tersengih malu. Tak sangka Zuhairie masih ingat tentang perkara itu. Adedeh ! Buat malu je. Nak back up sepupu punya pasal. Sampai lupa lelaki itu bakal abang ipar.

"Saya tak cantik. Tapi, saya handsome abang" balas Fawwaz selamba. Ya, dia kena abaikan perlian Zuhairie tu. Kalau tak semakin banyak kata-kata yang akan menikam jiwa.

"Kau-aku sudah la. Tak payah la 'bersaya berabang' dengan aku. Geli ketiak aku dengar" Zuhairie menjulingkan mata ke atas. Pandai menjawab pula mamat sekor ni. Rasa tua pula bila 'bersaya berabang'. Padahal umur mereka beza 2 tahun saja.

Dia lihat Fawwaz hanya mengangguk. Tiada sebarang suara keluar dari bibir lelaki itu. Heh ! Tahu pun takut jumpa bakal abang ipar ekk.

Macam mana la dia ketika mahu berjumpa keluarga Ain dulu. Bagaimana pula dengan perkenalan mereka? Cara mereka bertemu sehingga menimbulkan bait-bait cinta dalam hati. Teringin dia ingat semua kenangan itu. Ingin juga dia kembalikan semua memorinya. Tetapi, malangnya dia tak mampu. Itu semua di luar kemampuannya.

Tanpa sedar fikirannya melayang entah ke mana. Semua di situ memandang aneh ke arah Zuhairie. Suasana rumah menjadi sepi seketika.

"Abang... Abang okay ? Abang tak sihat ke? Atau kepala abang berdenyut ?" Soal Ain risau. Kadang-kadang Zuhairie selalu mengadu sakit kepala. Mungkin kesan daripada hilang ingatan yang dia alami.

Zuhairie bagaikan baru tersedar. Lantas kepala digeleng perlahan. Jelas riak risau di wajah isterinya.

"I'm fine" balas Zuhairie ringkas. Tak mahu Ain berasa risau dengan dirinya.

Dia VampireWhere stories live. Discover now