Part 78 - Hajat

28.6K 1.5K 118
                                    

Ain Amani merenung langit malam. Kerlipan bintang bintang langsung tidak menarik minatnya.  Fikirannya jauh menerawang memikirkan permintaan Randy. Sungguh dia terkejut. Tak sangka permintaan itu yang diminta oleh Randy.

"Aku nak kau tolong aku kenali Islam"

Randy yang terkenal dengan kejahatannya. Randy yang penuh bertato di badan. Randy yang tak pernah ada sinar keceriaan mahupun kegembiraan, tiba tiba mula tertarik untuk mengenali Islam.

Tapi, tak mungkin semudah itu. Apa penyebab dia mahu mengenali lebih rapat tentang Islam? Betul atau tidak, semua itu dia tidak tahu. Atau cuma sebuah perangkap untuk memusnahkan hidup mereka.

Ain Amani tersenyum nipis. Biarlah, itu urusan Allah. Hidayah itu milikNya. Bila-bila masa je Allah boleh kurniakan kepada hambanya. Tak salah sebenarnya jika Randy mahu menjadi saudara baru. Bersyukur dia pada yang Maha Esa kerana membawa Randy ke jalan yang benar.

Tiba-tiba terasa tarikan kuat dari arahan belakang. Sakit jangan cakap la. Macam nak tercabut tangan. Nasib baik tak ditarik tangan yang luka akibat gigitan Zuhairie. Kalau tak dah lama dia cepuk orang itu.

Zuhairie mencengkam kuat lengan isterinya. Geram ! Tak suka dia melihat senyuman itu. Mesti gadis itu teringat akan Randy. Tak guna !

"Aduh ! Sakit la abang. Apa ni main tarik-tarik. Ain tahu jalan sendiri la" Ain menjeling tajam Zuhairie yang mengenakan pakaian warna hitam. Seram pulak dia lihat Zuhairie malam ini. Lain macam sahaja aura yang ditonjolkan.

Tubuhnya ditarik menuju ke sofa. Tangan isterinya dilepas dengan kasar membuatkan gadis itu mengaduh kecil. Dalam hatinya memberontak geram. Nasib baik suami! Kalau tak memang dia backhand lelaki itu.

Zuhairie berlalu pergi begitu sahaja tanpa sebarang bicara. Ain hanya diam memerhati. Tarik aku macam nak tercabut tangan. Dia blah macam tu jer?! Motif !! Walaupun begitu dia langsung tidak meninggalkan sofa. Sedap pulak dapat duduk atas sofa empuk itu.

Zuhairie datang semula bersama satu kotak di tangan. Barang peralatan ubat ubatan dikeluarkan satu persatu. Balutan di tangan Ain dibuka dengan kasar. Dia masih diam membisu seperti tadi. Manakala Ain menyumpah nyumpah dalam hati. Dia ni nak buka balutan tangan atau nak buka balutan hadiah. Sakit la woiii !

Balutan dibuka hingga selesai. Melihat keadaan tangan gadis itu, Zuhairie menggigit bibir. Bukan semakin baik, tapi makin teruk lagi ada la.

"Kau memang tak reti balut luka sendiri ke? Bengkak sampai biru macam ni" Zuhairie merenung tajam wajah isterinya. Luka yang membengkak di tangan Ain dia jeling sekilas.

 Luka yang membengkak di tangan Ain dia jeling sekilas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ain bukannya doktor. Lain la macam Elicia tu" jawab Ain perlahan. Memang dia balut luka itu sendiri tanpa bantuan sesiapa pun. Lagipun, dia mana tahu bagaimana mahu membalut luka. Patut la makin sakit. Tak sangka pula sampai jadi biru macam tu.

Zuhairie menggeleng kepalanya. Mungkin kesal dengan tindakan Ain Amani. Botol ubat dibuka, lalu disapu perlahan ke lengan Ain Amani menggunakan kapas. Kain bersih dicapai dah dia mula membalut luka dengan kemas.

Dia VampireWhere stories live. Discover now