Part 90 - Honeymoon

35.4K 1.6K 168
                                    

Andry Zuhairie Risley membetulkan selimut yang menutupi tubuh isterinya. Tidur lasak betul isterinya itu. Nasib baik resort ini menyediakan dua katil king. Kalau tak, mesti Zaura dan Zuhaira dah kena tendang jatuh katil.

Pandangannya dilarikan ke arah katil sebelah di mana Zaura dan Zuhaira ditempatkan. Lena sungguh dua beradik itu tidur. Tak kurang juga lasaknya sampai jatuh bantal ke lantai. Ikut perangai siapa? Fikirlah sendiri. Sudah terang lagi bersuluh sikap itu diwarisi dari ibu mereka.

Zuhairie kembali merebahkan badannya di sebelah Ain Amani yang masih tidur. Jam yang menunjukkan pukul 6 pagi dia jeling sekilas. Tak lama lagi, azan subuh akan berkumandang di bumi Langkawi ini. Tak perlu rasanya untuk dia melelapkan mata semula. Risau pula jika subuhnya akan terlepas.

Anak mata hazel itu menatap wajah wanita kesayangan di sebelah. Dengan bantuan samar cahaya lampu tidur, membolehkan dia merenung wajah itu. Tenang wajah itu seperti tiada masalah yang berlaku. Jarinya naik menyentuh dan membelek setiap inci kulit mulus itu. Kecantikan itu makin terserlah apabila dia tersenyum. Zuhairie ralit merenung sehingga tidak sedar dia telah mengganggu tidur si isteri.

Pergerakan kecil tubuh Ain Amani membuatkan tindakan Zuhairie terhenti. Mata yang tertutup itu perlahan-lahan terbuka. Hanya separuh saja kelopak mata itu terbuka akibat sisa ngantuk yang masih menguasai. Dia merenung wajah si suami yang hanya beberapa inci dari wajahnya. Tiada sebarang bicara meniti di bibir mereka.

"You being here with me still feels like a dream, you know? Waking up and seeing you at my side is always the best part in my life" ucap Zuhairie dalam nada berbisik. Pelukan di pinggang isterinya dieratkan lagi.

Ain tidak membalas. Maklumlah baru bangun dari tidur. Otak lambat nak loading. Hanya telinga saja yang berfungsi mendengar bait bicara yang meniti di bibir Zuhairie.

"Hmm .." ringkas saja balasan yang dia beri. Mata dikejip beberapa kali sebelum ingin tertutup semula.

Zuhairie menggeleng melihat telatah isterinya. Ini kalau dibiarkan boleh terlajak subuh jadinya. Tak pasal-pasal dia juga turut terlibat sama.

•••••

Bunyi deruan ombak menghempas pantai kedengaran di kawasan peranginan tersebut. Bunyi mengasyikkan itu amat mendamaikan pengunjung yang datang. Ditambah pula dengan keindahan yang terlakar di dada langit yang panas terik. Sesuai untuk para pelancong luar negara memerangkan kulit mereka.

Ain Amani merenung Andry Zuhairie Risley dari jauh. Lelaki itu sedang sibuk melayan Zuhaira dan Zaura bermain air. Zuhaira yang masih lagi bertatih memegang erat jemari si ayah sambil berjalan. Deruan ombak sekali-sekala menolak tubuh kecil itu sehingga jatuh. Sudah basah pakaian yang dipakai oleh bayi itu.

Kekacakan yang terserlah pada wajah suaminya membuatkan Ain tersenyum sendiri. Tenangnya dia melihat wajah itu. Kulit putih itu sedikit kemerahan akibat terkena pancaran matahari yang memancar. Meskipun, terdapat topi yang menutupi wajah itu. Masih terasa bahang matahari di kawasan pantai itu.

Pandangan Ain terarah pulak pada Zaura

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pandangan Ain terarah pulak pada Zaura. Kanak-kanak tersebut seronok bergelak tawa apabila ombak datang menghempas tubuhnya. Kadang kala, dicubitnya pipi montel Zuhaira dengan ekspresi muka geram. Haihh la budak ni ! Kalau tak kacau adik tu memang tak sah.

Zaura berlari-lari anak menuju ke arah Ain Amani yang sedang bersantai di tepi pantai. Air kelapa yang dipegang oleh ibunya seakan-akan menarik minatnya untuk menikmati minuman tersebut. Letih dia bermain air di tepi pantai itu. Kini, masa untuk berehat sebentar.

Amboi ! Bukan main melaram dia dengan gaun bunga-bunga warna warni. Ditambah pula dengan rambut keperangan yang agak tebal disanggul tinggi dan diikat bersama reben.

Zaura mengambil tempat di atas riba ibunya. Air kelapa dia ambil lalu dia sedut perlahan. Sedap !

Ain Amani bermain dengan rambut Zaura

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ain Amani bermain dengan rambut Zaura. Dipeluk erat tubuh kecil itu seperti tidak mahu melepaskannya lagi. Pipi comel itu dikucup berkali-kali hingga membuatkan Zaura berasa rimas dan meronta kecil. Ha ! Siapa suruh datang kat umi. Kan dah kena !

Dalam masa yang sama, seseorang datang menghampiri mereka berdua. Tersengih lelaki itu sehingga menampakkan gigi taring. Dia mengambil tempat di sisi Ain Amani. Zuhaira diletakkan atas riba. Sempat dia menghadiahkan satu kucupan di dahi wanita itu.

" I love you " bisik Zuhairie penuh romantis. Senyuman gatal menghiasi bibir pucat itu. Ikutkan hati, nak je dia peluk tubuh Ain Amani di situ. Rindu yang menggunung masih berbaki dalam hati ini.

Ain menjeling manja. Malu sebenarnya apabila kalimat itu meniti di bibir Zuhairie. Terasa bahang wajahnya ketika ini. Ditambah lagi dengan bahang matahari di tepi pantai itu.

Terpana dia apabila terasa pipinya disentuh dengan bibir seseorang. Siapa lagi kalau bukan Andry Zuhairie Risley. Sempat aje bibir tu dalam semua keadaan sekalipun. Bertambah geram dia melihat Zuhairie hanya tanya muka selamba sambil  pura-pura melayan Zuhaira. Dia ni kan memang nak kena !

Cubitan bertubi-tubi dihadiahkan di pinggang lelaki itu. Rasakan ! Terjerit kecil Zuhairie menahan sengatan berbisa dari Ain Amani. Diselangi pula dengan sorakan dan gelak tawa dari Zaura dan Zuhaira. Riuh rendah jadinya kawasan itu dengan suara mereka.

Ain Amani turut sama ketawa. Perasaan bahagia dalam hati semakin merebak hingga ke pelusuk jiwa. Bahagianya dia ketika ini kerana mempunyai keluarga yang lengkap.  Kehidupan berumah tangga yang tak pernah dia impikan ketika usia mudanya. Menjadi seorang ibu dan isteri secara tak disangka-sangka.

Permulaan kisah mereka berdua tidak seperti orang lain. Pertemuan mereka bermula dengan kisah penculikan dan diiringi dengan cabaran dan onak duri lalu berakhir dengan kebahagiaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Banyak ujian yang dia tempuhi bersama dengan lelaki itu.

Ya ! Dialah lelaki itu !

Dia Vampire !

•••••

-- TAMAT --




Ucapan terima kasih tak terhingga kepada pembaca DIA VAMPIRE yang support cerita ni dari awal sampai dah tamat. Korang semua memang best dan sporting. Komen² yang korang bagi memang buat author happy sangat.

Dan satu lagi author nak bagitau, mungkin bagi korang ini berita sedih. Author mungkin tak akan sambung Randy Fernandez buat masa terdekat ni. Atau mungkin untuk selamanya. Buat masa sekarang Randy Fernandez tak akan dipadam, cuma akan diprivatekan saja.

Jangan ada pulak yang meroyan japgi. Author ada sebab tersendiri. Iaitu yang pertama ialah nak fokus study. Tambah pula tahun ni merupakan tahun paling mencabar untuk pelajar STPM. Siapa pelajar tingkatan 6 dia tahu la betapa struggle nya sem 2 dan sem 3 ni.

Terima kasih sekali lagi pada anda semua. Salam sayang dari author Nxraz_wn

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now