Part 51 - Mengidam

37.8K 1.7K 94
                                    

Ain mencari kelibat suaminya. Kandungan yang berusia 3 bulan lebih sudah menunjukkan bentuk perutnya besar. Ain berjalan perlahan-lahan ke bilik yang menjadi tempat 'kegemaran' suaminya. Di mana lagi kalau bukan bilik kebal bawah tanah.

Kalau cari merata tempat tak jumpa, di situ lah Zuhairie berada. Tidak akan ke mana-mana kecuali dalam bilik itu. Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Beberapa minit lagi azan maghrib akan berkumandang. Tetapi, kelibat Zuhairie masih belum dijumpai.

Perut yang besar menyukarkan Ain untuk melangkah. Kandungannya ini nampak lebih besar berbanding orang lain. Dulu semasa kakaknya, Asya Raisya mengandungkan Arian, tidaklah sebesar perutnya ini.

Ain menolak daun pintu perlahan. Gelap gelita. Langsung tiada cahaya. Pintu bilik itu dibiarkan terbuka luas bagi memancarkan sedikit cahaya ke dalam. Dada Ain mula berpalu kencang. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu perkara buruk berlaku.

Di satu sudut yang gelap, Ain ternampak satu susuk tubuh sedang memeluk lutut erat. Lelaki itu menundukkan memandang ke bawah. Badannya berpeluh hingga basah baju yang dipakai. Terketar-ketar tubuh itu seperti menahan kesakitan yang amat dasyat. Rambut dicengkam kasar seperti mahu memisahkan rambut dari tempurung kepala. Badan digoyang ke depan dan ke belakang.

Serius macam dalam cerita hantu weh!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Serius macam dalam cerita hantu weh!!

Ain Amani cuba mencari suis lampu. Tetapi, tidak jumpa. Di mana suis itu berada dia tak tahu. Langkahnya diatur berhati-hati mendekati tubuh itu. Dari segi fizikalnya, kelihatan seperti Zuhairie. Apa yang dah terjadi sebenarnya? Kenapa tubuh Zuhairie bergetar sampai tahap begitu sekali?

"Abang? Is that you?" Soal Ain sambil mata tak lepas memandang susuk tubuh itu. Tubuh itu berhenti bergerak. Statik di kedudukannya. Tetapi, wajah masih belum diangkat. Walaupun tidak nampak wajah lelaki itu, Ain yakin itu ialah Zuhairie. Siapa lagi yang boleh masuk ke dalam bilik ini kecuali lelaki itu.

"What's wrong with you abang?" Soal Ain lagi sambil mendekati tubuh Zuhairie. Tubuh suaminya masih menggigil perlahan walaupun tidak sekencang tadi.

"Please, jangan dekat dengan abang" suara Zuhairie bergema. Wajah masih dibenamkan di lututnya.

Ain tidak mempedulikan amaran Zuhairie. Malah dia nekad untuk menyentuh tubuh suaminya. Di saat jemarinya menyentuh kulit tubuh Zuhairie, ternyata badan lelaki itu sangat sejuk. Terlalu sejuk seperti dia menyentuh bebola salji. Pantas Ain menarik tangannya semula kerana terlalu terkejut.

"Abang okay ke tak ni?" kata Ain risau. Tubuh suaminya bertukar warna pucat. Bagaikan tiada aliran darah dalam badan lelaki itu. Lelaki itu tetap menunduk, tidak mahu menunjukkan wajah. Jangan cakap Zuhairie hisap darah sendiri. Please no!!!

"Sayang, please ke.. keluar" pinta Zuhairie menahan getaran pada suaranya. Dia menggenggam jemari kuat hati sehingga timbul urat hijau di pergelangan tangan. Tubuhnya menggigil lebih kuat dari tadi. Kali ini kepala dihantuk perlahan pada lutut.

Dia VampireWhere stories live. Discover now