Part 71 - Hospital

24.4K 1.6K 98
                                    

Dalam namanya tiada nama 'Risley'. Ini kerana 'Fernandez' merupakan nama keturunan dari sebelah ibunya. Ibunya itu telah meninggal beberapa tahun lalu. Kerana dibunuh oleh ayahnya. Ya! Ayahnya terlalu kejam. Hingga sanggup bunuh isteri semata-mata kerana harta.

Kini, tinggal dia bersendirian di rumah agam itu. Zuhairie telah dibawa ke hospital untuk rawatan susalan.

Dia cemburu dengan Zuhairie. Lelaki itu mempunyai keluarga yang lengkap. Masih ada ahli keluarga yang menyayangi lelaki itu dengan sepenuh hati. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata.

Ya! Dia dengki ! Dia juga mahu rasai semua itu. Disayangi dan dicintai. Dia tak pernah rasa belaian kasih sayang dari seorang wanita kecuali ibunya.

Membunuh gadis-gadis untuk mendapatkan darah, sudah biasa baginya. Raut wajah memukau dapat menarik siapa sahaja yang melihat. Berpusu-pusu beratur mahu menyerahkan diri kepadanya. Akibatnya, diakhiri dengan kematian.

Randy menumbuk besi balkoni itu kuat. Walau apapun yang terjadi, dia mesti memiliki gadis itu.

"You will be mine!" dia tersenyum sinis.

Malam esok, dia akan menyelinap masuk ke dalam rumah gadis itu. Perkara paling mudah yang dia pernah lakukan.

Baju yang tersarung di tubuh, ditanggalkan dan dilempar ke lantai. Jelas kelihatan tatoo bercorak ular di belakang tubuhnya. Rantai salib tergantung elok di leher. Angin malam dibiarkan menyapa tubuh tegapnya.

•••••

"Hentakan kuat pada kepala Encik Zuhairie membuatkan dia mengalami amnesia. Berdasarkan apa yang dia cerita tadi, benda last yang Encik Zuhairie ingat ialah tentang hari lahir Andrea di mana ketika itu dia berusia 19 tahun" kata doktor yang bertugas merawat Zuhairie.

"Berapa lama untuk dia pulih, doktor?" Andrea memandang lama wajah doktor muda itu.

"Perkara ini tidak dapat dipastikan kerana ia bergantung kepada tahap memori seseorang pesakit. Ada pesakit yang tidak dapat mengingati apa pun sampai bila-bila"

Andrea memejam mata rapat. Cuba menenangkan hati yang sudah berkecamuk.

"Untuk percepatkan proses pemulihan, orang terdekat perlu luang lebih masa bersama Encik Zuhairie. Lakukan rutin harian yang biasa dia lakukan. Atau bawa ke tempat-tempat yang boleh kembalikan memori Encik Zuhairie" tambah doktor itu lagi.

Andrea hanya diam. Macam mana kalau Zuhairie tak dapat ingat sampai bila-bila? 

"Untuk sementara waktu ini, saya akan tahan dia di wad. Kalau tiada apa-apa.. saya minta diri dulu"

"Terima kasih doktor" ucap Andrea sambil mengangguk kecil. Dia hanya menghantar pemergian doktor itu.

Satu masalah besar datang menghimpit jiwa. Pasti nama Ain Amani tiada langsung dalam ingatan abangnya.

'19 tahun.... Kalau ikutkan ketika itu aku umur 17 tahun, masih berada di tingkatan 5. Dan hari lahir disambut sebelum aku kenal Ain lagi. Memang tak la abang kenal siapa Ain' bisik Andrea dalam hati.

Masih segar di ingatan bagaimana seronoknya dia ketika itu. Walaupun hanya ada ibu dan abangnya. Bersama sebiji kek coklat. Dan juga lilin sebatang.

Dia VampireWhere stories live. Discover now