Part 28 - Memasak

42.5K 2K 68
                                    

Ain menuruni tangga perlahan lahan. Walaupun luka di kakinya semakin sembuh tetapi masih terasa sakit lagi. Demam panas yang melanda dirinya sudah beransur pulih. Hari ini agak bosan kerana Andrea telah pulang ke rumah Puan Marina. Sudah lama dia tidak ketemu dengan wanita itu. Kali terakhir ialah selepas akad nikahnya.

"Eh Puan. Kenapa turun bawah? Kang Tuan Zuhairie marah, saya tak tahu.. Dengan kaki belum sembuh, baik rehat dalam bilik" tegur Nick ketika mendaki tangga. Dia ingin ke bilik untuk menukar pakaian. Tak sangka pula terserempak dengan Puan Ain di tangga.

"Saya okey la. Jangan la bagitahu dia" balas Ain sambil tersenyum nipis. Dia sudah sedia maklum yang semua pekerja di sini akan keluar masuk dalam rumah ini. Dia tahu menjaga batas dan aurat. Sebab itu dia 24 jam bertudung kecuali ketika dalam bilik Zuhairie. Sebab hanya dalam bilik itu sahaja dia bebas melakukan apa pun kerana bilik itu dilarang sama sekali dimasuki oleh pekerja mahupun bodyguard. Kecuali Andrea.

Nick hanya menggeleng. Tak habis lagi dengan kedengilan dia ni. Baik bos ikat ajelah si isteri dalam bilik. Senang! Dalam hati dia kagum melihat Ain Amani. Mungkin kepercayaan kepada Zuhairie sudah ada berbanding ketika awal perkenalan mereka dahulu. Akan dia cari wanita seperti gadis itu suatu hari nanti.

Ain terus turun ke dapur untuk menyediakan sarapan kepada semua penghuni di situ. Memandangkan dia sedang rajin dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan, baik dia masak. Lebih berfaedah. Semua bahan dikeluarkan dari peti ais. Kemudian, Ain ambil tempat di atas kerusi. Kakinya cepat lenguh apabila berdiri lama-lama tambah lagi dengan sakit di betis masih belum pulih. Dia mula melakukan kerja memotong dan memasak.

•••••

"Sedapnya bau. Puan masak apa tu?" tegur Ivan apabila hidung menangkap aroma yang cukup menyelerakan. Dari tingkat atas dia boleh bau. Makanan yang sudah lama dia tidak jamah. Nasi lemakk !!

"Panggil la semua turun makan. Saya masak banyak untuk korang" kata Ain sambil tersenyum. Sambal yang sudah masak dicedok dan dimasukkan ke dalam bekas. Semua sudah siap kecuali membancuh air.

"Ivan tolong angkat semua ni ke meja belakang. Hari ini kita makan luar. Meja dalam ni tak muat untuk semua" arah Ain kepada Ivan yang kelihatan tidak sabar untuk merasa masakannya. Ain mencapai jug yang berada dalam kabinet. Dia ingin membancuh teh panas pada pagi ini.

"Baik maam" kata Ivan. Dia terus mengangkat pinggan yang penuh dengan masakan Ain. Antaranya ialah telur rebus, timun, ikan bilis serta kacang goreng. Aroma nasi lemak menusuk ke dalam hidung. Perutnya dari tali berkeroncang.

Disusun kemas di atas meja panjang di belakang rumah. Muncul Ain yang jalan terhincut dari belakang membawa beberapa gelas kaca.

"Boleh saya makan sekarang? Dah lapar ni" kata Ivan sambil tersengih. Dipandang sahaja sambal nasi lemak yang menarik perhatiannya sejak tadi.

"Tunggu semua datang dulu. Baru boleh makan" Ain tersenyum manis. Tudung di kepala dibetulkan. Habis senget benget kerana penat memadak tadi.

"Seronok nampak" satu suara menegur dari belakang mereka berdua. Serentak mereka menoleh.

Zuhairie berpeluk tubuh sambil bersandar pada dinding

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zuhairie berpeluk tubuh sambil bersandar pada dinding. Direnung tajam wajah dua orang yang berada di hadapannya. Entah mengapa terbit satu perasaan aneh di sudut hatinya. Aku jelous ke? Ivan menunduk manakala Ain tersengih manja melihatnya.

"Awak.. mari duduk" Ain melangkah mendekati Zuhairie. Ingin membawa Zuhairie ke meja makan. Alahh macam la laki tu tak boleh jalan sendiri. Kau yang sakit kaki tu pula yang melebih. Kutuk hatinya sendiri.

"Macam mana kau turun bawah? Siap dengan masak lagi.. dah sakit tu buat cara sakit. Kan aku suruh rehat dekat atas. Yang gatal turun bawah nak buat sarapan semua ni kenapa?! Degil betul la kau ni" bebel Zuhairie panjang lebar. Matanya memandang geram Ain yang tersenyum sambil memeluk lengannya. Orang marah pon masih lagi nak senyum-senyum. Dah berjangkit dengan hati batu aku kut.

Meja panjang itu mula dipenuhi dengan bodyguard Zuhairie. Muka masing-masing kelihatan teruja dengan masakan yang berada di hadapan mereka. Mereka mengambil tempat di atas kerusi.

"Awak duduk dulu. Saya nak ambil air kat dapur" kata Ain. Bebelan Zuhairie tidak dihiraukan. Dia balas kang jadi isteri derhaka pula. Tangan yang melingkari lengan suaminya dilepaskan perlahan.

Ain berjalan terhinjut untuk mengambil jug air yang sudah disiapkan di dapur. Bary separuh jalan, terasa genggaman erat di tangannya

"Diri diam-diam kat situ. Jangan gatal nak bergerak walau seinci pun" tegas Zuhairie memberi amaran.

"Raf , pergi ambil air kat dapur" arah Zuhairie memandangkan Rafiqi berada di hujung meja berdekatan dengan pintu masuk. Pantas lelaki itu mengikut arahan .

"Kau mari sini duduk" Zuhairie mengambil tempat di kepala meja memandangkan dia bos di situ.

Ain mengangguk. Perlahan lahan dia melangkah mendekati Zuhairie yang sudah melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Lambat ! Terhincut- hincut berjalan. Kura-kura lagi cepat kau tahu?" Entah dari mana, Zuhairie terus mencembung tubuh Ain Amani. Berona merah wajah itu menahan malu. Nasib baik yang lain sedang menjamu selera. Dalam diam mereka menahan tawa. Kesian dengan isteri majikan mereka yang dari tadi asyik kena marah.

Kerusi ditarik menggunakan kaki dan diletakkan di tepinya. Tubuh Ain didudukkan perlahan. Pinggan yang berisi nasi dihulurkan kepada isterinya. Ain hanya diam. Malu untuk bertentang mata dengan Zuhairie.

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now