Part 29 - Puan Marina

40.1K 1.8K 20
                                    

"Awak tahu solat? Saya tak pernah tengok awak solat" tegur Ain ketika Zuhairie baru selesai mengenakan seluar trek dan t shirt pendek hitam di tubuh. Zuhairie baru sudah mandi. Mata lelaki itu kelihatan seperti tersentak dengan pertanyaan Ain Amani.

"Aku tahu tapi dah lama aku tinggalkan. Dah lama aku tak solat" lambat-lambat Zuhairie menjawab. Terasa malu dengan Ain Amani sekarang. Dia rasakan dirinya insan yang hina dan terlalu banyak dosa yang dia lakukan.

"Tak apa.. saya boleh tolong awak. Ada masa lagi untuk awak berubah" pujuk Ain lembut. Tangan Zuhairie digenggam erat. Mata mereka saling bertatapan. Zuhairie melihat senyuman manis yang terukir di bibir isterinya.

"Awak tahu mandi wajib?" Soal Ain tiba-tiba. Wajah Zuhairie yang tenang tadi kembali menyinga. Darah menyerbu ke muka. Entah mengapa dia berasa malu pula apabila disoal seperti itu.

"Kau nak aku terkam kau dulu baru mandi wajib? Aku tahu la cara mandi" ugut Zuhairie. Pandangannya menikam wajah Ain yang masih tersenyum. Ikutkan hati nak jer dia terkam minah ni. Tapi, bila difikirkan Ain dalam keadaan period, hasratnya dibatalkan. Selepas itu, dia terus berlalu ke bawah meninggalkan Ain seorang diri dalam bilik.

"Tanya aje pun" Ain mencebikkan bibir. Tanya pun salah ke? Dah kenapa dengan dia tu? Atau.... Dia malu? Muka merah semacam. Alolo comel jugak laki aku ni. Ingatkan jenis tak tahu malu. Ain tersenyum sendirian.

•••••

"Ibu....." Zuhairie menyalami tangan Puan Marina dengan penuh kasih. Kemudian, beralih di dahi dan kedua belah pipi wanita kesayangannya.

"Anak ibu sihat?" Puan Marina tersenyum. Wajah Zuhairie dipandang dengan cahaya sinaran dan tangannya mengusap pipi permata hatinya. Bibir anak lelakinya akan pucat tidak berdarah pada siang hari. Tetapi akan menjadi merah saga seperti terlebih tenaga pada waktu malam. Walaupun sumpahan itu sudah tidak mendampingi anaknya, tetapi kesan pada fizikal tetap akan berkekalan.

"Sihat je. Macam ibu nampak sekarang" balas Andry Zuhairie. Dia memegang erat tangan Puan Marina yang masih memegang pipi. Rasa rindu pada ibunya semakin menebal setelah sekian lama tidak bertemu. Terlalu sibuk urusan pejabat membuatkan dia tidam sempat menjenguk ibu tercinta.

"Sejak kahwin, makin berisi Rie yer. Pandai Ain jaga anak ibu" puji Puan Marina. Dia menarik Zuhairie masuk ke rumah. Pintu ditutup rapat.

"Oh ya.. Mana Ain? Kenapa tak bawa Ain sekali?" Soal Puan Marina. Dia merenung dalam anak mata Zuhairie. Mata warna hazel itu seperti menyimpan seribu satu kedukaan. Yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Hanya mampu tersemat di satu sudut jiwa anak lelakinya. Hanya orang yang benar-benar layak yang mampu mencungkil rahsia hati itu. Terlalu lama Zuhairie memendam dan sudah tiba masanya untuk Zuhairie memiliki kehidupan yang normal seperti lelaki lain.

"Ibu.. Keadaan sekarang sangat bahaya untuk dia" lirih Zuhairie berkata. Dia cuba melawan panahan mata Puan Marina. Dia tahu keadaan sekarang sudah tenang. Tiada lagi musuh yang datang mengganggu seperti yang pernah berlaku di zaman kanak-kanaknya.

"Ibu yakin. Diorang tak akan dapat jejak kita di sini. Tempat ni dah selamat" pujuk Puan Marina lemah-lembut. Dia tahu hati anaknya senang cair. Walaupun pada luaran nampak garang dan bengis. Dingin dan kejam. Tetapi, semua itu hanya kepura-puraan semata-mata. Di dalam hati Zuhairie semuanya berlawanan dengan sikap luaran lelaki itu.

"Tapi ibu.... Tak mustahil diorang akan cari kita. Dendam diorang tak akan pernah padam" Zuhairie amat memerlukan sokongan tatkala ini. Apa yang bermain di kepalanya, benar-benar membuatkan fikirannya kusut. Dia risau apa yang bakal terjadi akan memusnahkan segalanya. Segala yang telah dia bina. Segala yang telah dia usaha. Sungguh dia tidak sanggup untuk kehilangan orang yang dia sayang.

"Dengar cakap ibu. Kita masih ada Allah yang sentiasa membantu hambanya. Ibu percaya Rie kuat. Rie mampu hadapi semua ni" bahu Zuhairie ditepuk. Cuba memberi semangat untuk meneruskan hidup sebagai hamba Allah yang bertakwa.

"Terima kasih ibu" ucap Zuhairie ikhlas. Tubuh Puan Marina dipeluk erat sepertimana yang pernah dia lakukan kepada Ain Amani. Dakapan yang tidak akan dia leraikan sampai bila- bila. Dakapan yang boleh menenangkan hatinya yang gundah gulana. Fikiran yang serabut boleh dilapangkan hanya dengan dakapan dari sang ibu atau sang isteri. Sang isteri?

Gulp !

"Ada masa nanti bawa Ain jumpa ibu. Ibu rindu nak tengok muka dia" pesan Puan Marina lagi. Nasib ada Andrea sebagai penemannya di rumah. Boleh juga dia berkongsi masalah. Lagipun, sejak kebelakangan ini, Andrea jarang berada di rumah. Rumah banglow tiga tingkat itu membuatkan dia rasa sunyi apabila berada seorang diri tanpa peneman di sisi.

"InsyaAllah" ujar Zuhairie penuh hormat. Terbayang wajah comel Ain Amani di ruangan mata. Sejak kebelakangan ini suka benar Ain tersenyum dan tersengih. Hendak menutup rasa kecewa dan sedih kerana tidak dapat bertemu keluarga? Ataupun.... Isterinya itu sedang hamil? Oh tak mungkin kerana Ain sedang datang bulan sekarang ini.

•••••

Dia VampireWhere stories live. Discover now