Part 87 - Bahagia

31.5K 1.6K 44
                                    

"So, kau dah ingat semuanya?" Tanya Randy Fernandez dengan raut wajah tak berperasaan. Dia memeluk tubuh sambil bersandar pada dinding.

Semalam dia mendapat khabar berita ini daripada Ain Amani sendiri. Lantas dia bertolak dari kampung yang menjadi tempat untuk dia mendalami ilmu agama.

Zuhairie diam tidak menjawab. Malah, dia mencerlung tajam memandang sepupunya itu.

"Aku tahu.. kesalahan yang aku lakukan dulu memang melampau. Kejadian beberapa bulan lepas yang membawa kepada kematian kembar Zaura. Isteri kau pula hampir kena rogol dengan bapa aku masa dalam tahanan tu" kata Randy satu persatu.

Terlalu banyak dosanya kepada Andry Zuhairie Risley. Sungguh dia malu untuk berdepan dengan lelaki itu setelah ingatan Zuhairie kembali seperti sedia kala.

"Permohonan maaf aku memang tak ada gunanya sekarang ni. Ibu kau dah mati dibunuh dengan kejam oleh bapak aku. Anak kau juga mati disebabkan oleh orang tua tu" sambung Randy lagi.

"Sekarang, aku serah diri pada kau. Buatlah laporan polis atau kau nak seksa aku sampai mati sekalipun. Aku terima semuanya. Asalkan kau maafkan kesalahan aku" matanya melawan renungan Zuhairie.

Pasti lelaki itu berdendam dengannya. Biarlah nyawanya menjadi galang ganti. Apalah sangat jika mahu dibandingkan dengan apa yang telah dia lakukan sebelum ini. Memang patut pun dia terima hukuman berat dari Zuhairie.

Ini kali pertama dia menyerah dengan mudah. Nampaknya, cahaya keimanan sedikit sebanyak menjalar dalam hati gelapnya. Hati yang dulunya kelam, kini ada sinar yang sedikit sebanyak menerangi ruang tersebut.

Zuhairie bangkit dari duduk. Jelas menunjukkan kemarahan pada wajah itu. Dia menapak perlahan mendekati Randy yang berdiri jauh di hadapannya.

Penumbuk digenggam kuat hingga timbul urat di lengannya. Hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam wad tersebut. Ain dan Zaura diminta untuk menunggu di luar. Dia mahu selesaikan sendiri masalah ini dengan Randy.

Andry Zuhairie Risley berdiri betul-betul di hadapan Randy Fernandez. Sesaat kemudian, tubuh sepupunya didakap erat. Randy terkejut. Dia ingatkan Zuhairie mahu membelasahnya. Sangkaan Randy ternyata meleset sama sekali.

"Aku ingat semuanya Randy. Semuanya ! Kejadian kau larikan aku dari konco-konco Raymond yang cuba nak bunuh aku. Kau sembunyikan aku di rumah Grandma di England. Lepas tu, kau rawat aku. Kau bawa aku semula ke rumah ni. Kau simpan aku selama tiga bulan tanpa pengetahuan Ain Amani. Mungkin naluri seorang isteri, Ain akhirnya datang cari aku. Tapi, malangnya aku hilang ingatan dan tak ingat siapa dia" cerita Zuhairie panjang lebar. Kejadian tersebut masih segar di ingatannya.

"Aku tahu hati kau bersih. Cuma, perkara lepas yang buat kau jadi orang yang tak ada perasaan macam ni. Orang yang kau sayang, satu persatu pergi tinggalkan kau. Yang tinggal hanyalah seorang bapa berhati kejam yang besarkan kau dari kecil" bahu Randy ditepuk.

Randy mengangkat wajah. Semua yang meniti di bibir lelaki itu, benar belaka. Zuhairie seperti dapat membaca rahsia hati yang selama ini dipendam di sudut yang paling dalam.

Kisah yang terbuku selama ini telah menceritakan segalanya tentang seorang lelaki bernama Randy Fernandez.

Ibunya dibunuh dengan kejam oleh bapanya sendiri ketika dia kecil. Dibesarkan oleh seorang bapa yang kejam. Dera dan pukul sudah menjadi perkara biasa. Sehinggakan dia membesar tanpa hati dan perasaan.

Kehidupan kanak-kanaknya amat berbeza dengan Zuhairie. Lelaki itu dilimpahi dengan kasih sayang dari kedua orang tua. Dibelai dan dimanja. Hari hari lelaki itu dipenuhi dengan gelak tawa dan senyuman yang riang. Tidak seperti dirinya. Sepanjang waktu dia menangis dan menjerit sehingga lama kelamaan diganti dengan jiwa yang kosong.

Dia VampireWhere stories live. Discover now